January 2012 - Blog Maknya Naura

Tuesday, January 31

Cara mohon UPU untuk lepasan SPM 2011
SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAGI SESI AKADEMIK 2012/2013

Permohonan UPU atau IPTA bagi lepasan SPM 2011 kini tinggal dua bulan je lagi sebelum ditutup. Melihatkan masih ramai lagi bebudak lepasan SPM yang tak reti dan tak tahu hala tuju mereka selepas SPM, menarik aku untuk mewujudkan entri ini pun nyer adoi. (Maaf, tatabahasa berkecamuk sedikit)

Al-kisahnya bermula bila aku tolong isikan permohonan UPU adik aku, Ekyn Al-Ahmed. Sebab dia pun tak reti jugak camna nk buat dengan No Pin BSN yang cikgu dia suruh beli. Macam aku dulu la, cikgu suruh beli No Pin, aku beli. Cikgu suruh isi borang, aku isi. Apa pun tak tahu, ikut bontot orang jela. 

Pastu sorang demi sorang kengkawan dia bertanya itu ini pasal UPU, hala tuju mereka etc. Secara tak langsung merubah status aku daripada seorang penganggur profesional kepada seorang kaunselor tak bertauliah dan tak berbayar untuk seminggu dua ni. 

So memandangkan permasalahan ini, aku rasa ramai lagi adik-adik lepasan SPM 2011 diluar sana yang masih tak tahu nak buat apa sementara menunggu result bulan Mei ini.  Daripada kau sibukkan diri berfesbuk, bertiwtter, bekerja kilang, beronggeng sana sini, bercucuk tanam lemak sampai obesiti, dan entah apa ber- yang tak berpekdah tu, ada baiknya pergi isi borang UPU.


CARA PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU KE SESI AKADEMIK 2012/2013
BAGI LEPASAN SPM/SETARAF

STEP 1  Adik² perlulah menapak masuk ke kaunter bank BSN yang berhampiran untuk pembelian nombor pin UPU. Jangan lupa bawak IC. Dah dapat slip tu, balik rumah terus atau CC yang terdekat.

STEP 2  Da on pc/laptop, bukak belog akak ni klik like pergi ke link Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar [https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/] Contoh: 

Jenis Permohonan: Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier
Program Pengajian: Lepasan SPM/Setaraf

Kalau rasa taknak masuk U, nak masuk kolej kemahiran ke apanya pun adoi. Adik-adik boleh jugak isi untuk Kemasukan ke ILKA/TEVT-Politeknik. Kalau rasa gatal nak cuba masuk dua-dua, beli no pin BSN yang berlainan untuk setiap satu ye. Jangan kedekut sangat. 

STEP 3  Apalagi, kliklah MASUK. Nanti muncul page Permohonan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: FASA 2. Nampak Panduan Permohonan dalam kotak oren tu? Adik download mana yang kena download [LINK WARNA BIRU], baca mana yang kena baca dan paham mana yang kena paham.

STEP 4  Sudah? Ok sekarang, nampak tak kotak kaler kuning tulis [Permohonan]->[Semakan]->[Kemaskini]? Klik [Permohonan] 

STEP 5  Dengan berbekalkan No Unik ID yang dibeli kat BSN tu, isi mana yang kena isi. Siap, klik [seterusnya>>]. Begitulah seterusnya, lepas isi tekan [SIMPAN] sampai selesai semua, yakni keluar PDF yang perlu anda print untuk simpanan seperti ini:
Ada 3 page kesemuanya. Ini sample sahaja.
Kalau ada ralat, biasanya sebab No IC salah or kau tipu No Unik ID. Jangan cenggitu ea adik-adik, nak menuntut ilmu kena jujur. Kalau ada ralat, klik kembali then isi semula. Kesabaran amat diperlukan disini.

"Ish nak tukar pilihan program la. 
Nak tukar kos medik, amek kos macam Kak Teja."

Ok boleh. Ulang je step tadi tapi untuk ini JANGAN klik [Permohonan], klik [Kemaskini]. Nak semak borang yang diisi klik [Semakan]. Setel semua, rasa puas hati sila la print untuk rujukan.

KEMASKINI HANYA BOLEH DILAKUKAN SEBANYAK 3X SAHAJA

So isi betul², jangan nak menipu sini sana lagi² part Maklumat Kokurikulum tu. Aku dah pernah buat dulu sebelum kau. Ingat ye adik, nak menuntut ilmu kena apa? JUUJOOORRR (suara ramai) .. Bagus!


Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU

UPU FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan : Nov – Dis 2011
UPU FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian : Jan –Apr 2012
Permohonan Ditutup : April 2012
Keputusan Permohonan : Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru : Mei/Jun/Julai 2012

"Akak, akak! Saya ada soalan lagi la. Tak paham ni." Haa sila klik link SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA ini. Semua persoalan yang membelenggu kepala otak kau terjawab disini. Goodluck!

P/S: Dah macam penjawat pentadbiran awam pulak aih aku ni.

Wednesday, January 18

Wordless Wednesday #20


 PSM: Projek Sarjana Muda bukan Parti Sosialis Malaysia.

Wednesday, January 11

Wordless Wednesday #19
Tatkala heroin Disney berkumpul ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tinker Bell menyelit tetibe, luls



Thursday, January 5

Video kenyataan balas Nur Amalina SPM 17A1
Semalam, sekumpulan wartawan tempatan berkumpul di rumah Nur Amalina Che Bakri, yang mesra disapa sebagai Ina *katanya*, pelajar terbaik untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005 - 17A1. Fuhh, genius kepala otak dia. Rasa nak mamah buat sup.

Wartawan tu semua datang buat ramai kat rumah Ina *Hamboi, macam dah kenal lama  ni huhu* untuk mendengar sendiri jawapan beliau mengenai semua isu-isu yang diedarkan pada media sosial. 

Sebab orangnya takde kat sini, so perbualan diadakan melalui persidangan video Skype. *kemain bersidangnya* LOL

Setahun dulu kecoh ceritanya mengenai dakwaan bahawa dia gagal pelajaran di luar negara dan kembali ke rumah ibunya secara senyap-senyap sampai jadi tajuk berita utama akhbar tempatan kot. Aku pun ada dengar orang cakap dia ngisap. Bagaimanapun, khabar angin itu tidak benar. Wallahualam.

Kini, sekali lagi gempar lagi kisah si Amalina ni. Sejak beberapa hari lalu media sosial berapi bercakap tentang gambar Nur Amalina pakai legging dan berpeluk dengan lelaki. LOL Macam kat Malaysia tak ada kes cenggitu. Apa kau ingat legging cenggitu takda jual kat Malaysia ke?

Tapi itulah. Mungkin ini adalah harga yang perlu dibayar untuk menjadi ikon yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Bila orang menjadikan kau idola, contoh kepada anak bangsa makanya secara otometik kau jadi retis. Hal kau hal aku jugak, gittew. Semua kepoh nak tawu. Retis's life, aku paham sangat. Eh hehehe..

Menurut sumber, perkembangan terbaru kini Amalina sibuk dengan penglibatannya dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimasukkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Apakah yang boleh dibanggakan, selain cemerlang dalam keputusan jurusan medik yang dia ambil sekarang, Nur Amalina juga ditawarkan untuk mengambil ijazah tambahan dalam farmakologi dalam tempoh satu tahun berbanding empat tahun. Wow! Double degree di UK uh. Kau hado?



Lagi video berkenaan kenyataan balas dak Amalina mengenai soseh-soseh orang ramai di media sosial boleh lihat di [SINI] atau [SINI]. Yang lagi menarik di [SINI

Hok aloh weh, Youtube kena block pulak aih. (-.-") Haa tape, rakaman ucapan penuh boleh didengari menerusi link Facebook ini ]. Kalau Facebook pun kena block jugak. Silalah pergi study untuk next paper ye. 

Nur Amalina didalam video berkenaan memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan berharap para blogger untuk membuang gambar-gambar seksinya di blog. Maaf Ina, aku berdegil nak haplod jugak gambar kau tapi bukan cecurik dalam FB. Eee tak baik punya. Ahaa ada baiknya aku upload gambar aku sekali, ye dak?

 Dia tunjuk perut.
gambar kecik: Sijil SPM 17A1

Aku tunjuk lengan.
gambar kecik: Nasik bungkus RM1.70

Ada bezakah? *sigh*
HANYUT HANYUT HANYUT HANYUT HANYUT

Nak bertudung, hati kena ikhlas. 

Katanya. Jawapan klise sangat. Bukankah bertudung itu wajib? Keikhlasan tak wajib. Jika niat bukan LilLahhi Taala, apa pun tak boleh. *ustazah sangat* 

Nak nasihat menikam hati pasal aurat wanita? Search hashtag #KesilapanKerapTentangAuratWanita. Ini peringatan untuk diri sendiri juga. Peace (^.^)V


Wednesday, January 4

ShoutMix free plan is currently unavailable
Warghhhhhh
ShoutMix kena bayar ke sekarang?
demm -.-
hilang semua jejak rakan-rakan blogger

Wordless Wednesday #18