October 2010 - Blog Maknya Naura

Friday, October 29

my 1st night wif e****
*blushing*
al-kisahnya aku ni newbie Ehoza.com
baru 2 hari
dengan nama manja sep05en
si paten la manusia pertama
yang memperkenalkan aku dengan mende alah neh
aku baru jew aktif utk 1 malam
first night!
tiba-tiba dapat taw web down
so tunggu jela dia ok balek

sebabnya aku join?
gedik nak join contest tu lah
macam best jew
aku ingatkan beratus orang yg join contest neh
rupanya 14 ketul jew 
dan akulah yg paling muda skalik
antara ehozarian-ehozarian yg bertanding
**bukan umo tp tahap kesenioriti

hari neh bermulalah sesi mengundi 
 Ehoza Blogging Contest 2010
undian dijalankan selama seminggu
dan skali lagi entry aku plg rendah skalik undinya

 view feedback (2) 

sejam lagi ckop 24jam berlalu
hanya ada 2 je undi aku dpt
thanks a lot to Lynda CG
 to be the lucky first voter hee..
**tak taw la dia like sebab betul-betul 'like' or kesian tak ada undian
second voter tak lain tak bukan
aku sendiri haha..
 sedih kan?
orang lain da berpuluh-puluh
i just got 2
nevermind
aku join pon bukan dok gilakan hadiah tu
**statement cover
saje nak lepas addict berblogging
da lama aku tinggalkan zaman-zaman itu

after baca sume 14esei 2000 patah perkataan
apa yg boleh aku konklusikan
akulah peserta plg mnjahanamkan acara
harghh argghhh argghhh,, *gelak jahat*
serius lari dari topik
lagipon aku join time contest dah nak expired
manalah nak cekup idea?
aku pon memang tak ada pengalaman langsung
pakai bedal je lah ngeh3
serius
1st time dengar pasal Ehoza.com neh
bila klik link website yang paten bagi
keluar iklan pasal contest tuh
amat tertarik dgn syarat
tiada limitation utk artikel/entry yang dipost
aku kan bab-bab mencarut  mengarut
memang feberet lah
lagi tengah-tengah mood study week neh
boleh gak hilangkan tension aku

wateva it is
so sorry to pengetua Ehoza
evendo rasa amat down sekali ditika ini
sampai rasa nk surrender
aku jalankan jugalah syarat yang terakhir tuh 
promot link anda utk dapatkan undian
so
silalah klik dan like link berikut:
**haha.. mana la dapat title jiwang camtuh
Sape nak hadiah free dari Paris? =)
kata hatiku: tulisan senget kaler coklat taik kucing
kata hatinya: tulisan skema kaler hitam urang-aring

Antara syarat-syaratnya:

1. bt entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
title entry neh memang compulsary

-DONE-
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 

'Eiffel Tower Giveaway' 

 -DONE- 
2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye. 
 -DONE
still in progress
 
3. mnjadi follower blog ni 
antara yang terawal kot
 -DONE-
 4. tag 3 org blogger lain
dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!
kalau tak bagitao kan lagi senang nak menang, aisyhh
sesape nak aku izinkan amek jew
sbg memenuhi syarat, nama yang bertuah itu adalah.....
sume nama-nama yg terjah kat shoutbox aku kik3
tahniah diucapkan.. :D
 -DONE-

5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye
ramainya, tipis giler peluang nak dapat! kechewa~
 -DONE-


Hadiah?
 5 souveniors yang akan dipos khas oleh Farah dari Paris
huh, 5 jew? kedekut!
mungkin akan di 'up' kan lagi bilangan hadiah
mkin ramai, makin banyak hadiah
up to us bebes. =)
skati diorg jew

Pemenang?
akan dipilih berdasarkan beberapa calculation buatan sendri 
seperti giveaway seblom ni. unik kan?
guna calculator kan lebeh unik, betoi dak?

Tarikh Tutup
20.11.2010, 12.00 PM
beLLa salah bagi info, nak nak cekik sorang2 la tuh
no way girl!
sis syamomel pon sama gak! cakap tag aye, tade pom..
suka mempermainkan perasaan suci murniku ini =(
oh ye! nk copy paste terus entry ni pon boleh

 -DONE-
tapi
ada tapi-tapi lagi
  kami sediakan juga 1 hadiah dari Malaysia+1 hadiah dari France utk entry paling kreatif
sah-sah la aku punya plg tak kreatif skali kan
bajet nak hias-hias letak reben ke
deco-deco bersama Eric ke
sowie, no much time here hee :D

Semoga berjaya semua! =)
-brought to you by, 
..Nadia & Farah..
thanks guyz, korang memang jelita :D
bodek bersih dgn harapan tercalon sbg pemenang
harggghh.. argghhh.. argghhh.. (gelak jahat)

Tuesday, October 26

Senyuman Manismu
Jam sudah menunjukkan 12.15 malam. Tiba-tiba daun pintu dikuak seseorang, aku berpaling ke sisi. Malu rasanya nak menatap wajah orang yang baru ku nikahi itu. Anak mithali, nikah atas dasar pilihan keluarga. Ehmad Ehoza bin Ehmad Idris, itulah nama suamiku. Senyumannya manis. Baru dua kali aku bertemu dengannya, itupun masa akad nikah dengan majlis persandingan. Macam tak percayakan? Itulah cerita, semua perkara tiada logika.

"Sayang, dah tidur ke?" Suara garau lagak ala-ala romantik menyapa ke telingaku. Bulu romaku meremang. Sayang? Watdehack! Nama dia pun aku tak hafal lagi, dah panggil-panggil aku sayang? Nama pelik camtu, 40tahun pun belum tentu ingat. Aku berpura-pura tidur. Mataku pejam serapat-raptnya. Terasa masa berlalu terlalu perlahan.  Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini.

"Jun.." Keriuk-keriuk katil berbunyi. Dia mendekat. Aku masih lagi kaku, jantungku berdegup kencang. Arh, sudah! Jun, brainstroming.. brainstorming! Cari jalan keluar segera, ini tidak boleh dibiarkan. "Jun sayang.. pandang abang, sayang. Junn.. " Tiba-tiba terasa bahuku disentuh lembut. "Saya dah tidur!" Terpancul laju ayat itu dari bibirku. Pada fikiranku mungkin Ehoza ingat aku mengigau, so dia percayalah yang aku dah tidur lena. "Sayang ni.. main-main pulak dia" Kali ini tubuhku ditarik berpaling ke arahnya. Aku.. aku.. aku.. Aarrggggggghhhhhhhhhh....

*****
Pagi-pagi lagi Ehoza bangun menyiapkan sarapan. Urmm, not bad. Ada ciri-ciri suami mithali. Aku masih lagi terbaring lesu di katil. Rasa tak sedap badan la pulak. Dari subuh tadi, asyik muntah-muntah je. Malam tadi okey je. Malam tadi?! Aisyhh.. tak nak ingat, tak nak ingat! Ku gagahkan diri bangun ke bilik air, tak kan nak tunggu membusuk atas katil. Laki aku ni pulak buat sarapan ke baiki dapur? Baik aku mandi dulu.

Keluar dari bilik air, terjongol muka dia di depan pintu. Copot jantung aku! Dia tersenyum. Arh, senyuman manismu itu.. "Sayang, kita jumpa doktor ye? Pucat je muka tu abang tengok" tanya Ehoza lembut. Aku tersentak dari lamunan. Dia membelek-belek wajahku. Seganlah pulak diperlakukan sebegitu. Cepat-cepat aku mengangguk. Ikutkan jelah, aku pun dah tak larat nak berulang-alik menghadap lubang jamban tu. 

Aku dibawa ke Klinik Dr Rozmey. Macam aneh la pulak, bukan ni klinik untuk orang kuruskan badan ke? Itulah cerita, semua perkara tiada logika. Aku mengomel sendirian. Ehoza membawa aku masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan. Itu pun selepas beberapa kali namaku dipanggil. Bukan pekak, pelat misi cina tu tak berapa nak paham. Nama aku Junifah Lutfi, dia sebut Jennifer Lopez. Memanglah aku tak sahut, mujur Ehoza perasan.

"Puan Junifah, tahniah" Senyuman Dr. Rozmey penuh bermakna. "Err.. isteri saya pregnant ke doktor?!" tanya Ehoza dungu. "Eh tak ada lah, isteri encik positif HIV sebab tu saya ucap tahniah" Nampak bodoh benar soalan yang diajukan Ehoza. Serta-merta wajah suamiku berubah bengang. Aku terikut tension. "Hehe.. Sorry, saya bergurau saja. Encik bakal menjadi ayah tak lama lagi. Tahniah." Benarkah apa yang aku dengar ini? Aku cubit peha kiriku, sakit. Sah, aku tak bermimpi! Tak kan aku pregnant kot? Itulah cerita, semua perkara tiada logika.

*****
Ejun Ehozarian binti Ehmad Ehoza, ada gabungan namaku dan Ehoza. Saja ku pilih Ejun, ala-ala nama penyanyi Korean. Untung-untung besar nanti, she has a Korean-look haha gedik..  Ejun Ehozarian, anak yang ku kandung selama 9bulan itu selamat dilahirkan ke dunia. Air mataku mengalir kegembiraan tatkala menatap wajah anak sulungku itu. Senyumannya manis, semanis ayahnya. Lagi mengharukan aku, ketika melihat Ehoza mengazan dan mengtahnikkan Ejun. Ku panjatkan setingi-tingi rasa kesyukuran kepada-Nya kerana begitu bertuah dapat memiliki mereka sebagai orang kesayanganku.

*****
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Dari satu penjuru jalan, mata pemandu Honda Civic Type R hitam ligat memerhatikan halaman rumah keluarga bahagia itu dengan penuh rasa kebencian. Kelihatan Ehoza sibuk melayan kerenah Ejun yang berusia hampir 2 tahun itu bermain. Senyuman manis mereka menyerlahkan kebahagiaan yang mereka miliki.

"Ehoza, sanggup kau tinggalkan aku." Api kemarahan menyala-nyala dimatanya. "Selagi Adila Mustafa hidup, aku akan pastikan kau menderita seperti mana aku Ehoza!" Stereng kereta dihentak, air matanya mengalir deras. Teringat ketika senyuman itu masih lagi menjadi miliknya. Senyuman manis Ehmad Ehoza.Tapi pada tika ini, terasa membuak-buak dendam kesumatnya terhadap Ehoza. Kemudiannya Honda Civic tersebut dipandu keluar, meluncur laju entah ke mana. 

*****
Ingin ketahui apa yang bakal terjadi pada Junifah Lutfi? Ikhlaskah dia mencintai Ehmad Ehoza? Adakah benar Ehozarian anak kandung Ehoza? Apakah hubungan Ehoza dan Adila Mustafa? Dapatkan Novel Senyuman Manismu di pasaran sekarang! Apa kaitannya? Itulah cerita, semua perkara tiada logika.
 Aku hanyalah promoter tak bergaji
tiada cas tambahan dikenakan
Kata-kata penulis penaip: Wah tak sangka berbakat jugak aku neh dalam bidang penulisan. Agak-agak boleh menang tak entry cenggini? Macam lari topik je agaga.. Ehoza punya pasal, kalau menang, alhamdulillah. Kalah sekalipun, alhamdulillah hee.. Itulah cerita, semua perkara tiada logika.

Monday, October 25

untuk bacaan mak-mak janda sahaja
pergh.. how a day!
pukol satu pagi aku sampai dgn selamat di kampus
giler bapak laju Joyah neh bawak keta!
 tak disangka dgn lagak ayu serta pendiam itu
tersemat ciri-ciri seorang drifter

dah berminggu-minggu terperap kat kampus neh
bosan jugak
minggu neh pon da tak banyak keje
dengan minggu exam yg bakal kunjung tiba tak lama lagi
study ke laut lagi
so untuk mngelakkan aku mati kebosanan
follow dak-dak neh lepak kuantan
**kuantan, ada apa je..
kitorang jalan-jalan
makan-makan
shopping-shopping
**ekceli window shopping jew huhu
sehingga terjumpalah

kasut semerah cinta stilleto
outlet mana ea?
lupa pulak aku!
tapi mmg branded la, harga cecah ratusan ringit
**hanya utk spsg kasut, agak mahal la bagi aku 
tadi pon banyak sangat kedai yang disinggah
sume nak try, belinya tak pon.. huahua

after that, kitorang continue jalan-jalan
sampai sesat nak carik Tanjung Lumpur
lalu jalan ke Cherating sana
then lepak pulak kat Teluk Cempedak
lokasi wajib bila ke Kuantan
aktiviti biasa 'menyekodeng'
babak-babak seks panas
pasangan-pasangan yang hangat dilamun cinta
ada yang dengan lain jenis
ada yang dengan sama jenis
manusia, manusia..

penat berjalan carik bahan neh
singgah sebentar di KFC
si Melah nak beli KFC untuk member dia
tunggu punya tunggu
tetiba abang KFC tu dtg ke meja kitorang
bawak sekeping tisu
kaget kejap kitorang neh..

rupanya di kepingan tisu itu terpahat nama seekor jantan
berserta nombor ekor teponnya
kah kah kah
muka up sikit dari brad pitt unta
ada hati nak mengorat member aku
**kecewa sebab bukan aku
memang silap besar la kan..

adakah anda antara janda-janda kesepian diluar sana?!
ingin mencari teman pengubat duka lara?
sila dail nombor diatas
dijamin bekalan ayam tidak akan putus ke rumah anda 
absolutely! =)

Sunday, October 24

the new born of "slp me plz"

wahaha..
6jam sudah berlalu
siap jugak akhirnya blog neh
nampak menggoda ke?
tak pon.. gedik jew lebeh
kalau goda lebeh-lebeh karang jadi lain pulak
tak masal aku tanggong dose huhu..
dose aku pon tak tertanggong

entah hape konsep yang aku nak bawak
sume serba tak kena
kali neh bukan stakat tuka layout
template aku tuka
kaler aku tuka
saiz aku tuka
materials aku tuka
nama blog aku tuka
nama aku jew aku xtuka hee..
simple-simple suda
aku wat canggeh-canggeh pon
tak pekdah gak
last-last tuka lagi

i'm felt the new born
waa~ terasa amat gedix disitu =)

Tuesday, October 19

UNDER MATAINANCE!
..again, it's working time~

blog ini akan diubah-suai, direpair, dibikin, diketuk, ditukang, disimen, dikerat, dipotong, dihiris dan segala macam di- agar lebeh mesra pengguna, pembaca dan xmenyampah mata aku nengok..

xpayah korang nak belek-belek, xde mende special pon. nanti aku bikin molek sket baru kita start men attack2 cbox ok!.. ^^
Hari Ini Dalam Sejarah
Hari Ini Dalam Sejarah
..aku dgn bersemangat berkobar-kobar didada~ **lagu yassin ft vince pergi ke kelas dgn perasaan relahati, tanpa perasaan ragu-ragu utk memonteng ataupun tidur.

Hari Ini Dalam Sejarah
..sampai-sampai kelas cancel sebab cekgu aku merajuk.. adess! **tepuk dahi spoil la! dia merajuk sebab apa? mesti korang2 neh kepoh nak taw kan? sebab kitorang lambat masuk kelas and maybe.. erkk penyaket orang pompan kot, agaknya~

Hari Ini Dalam Sejarah
..jadi stalker bukan cita-cita aku tapi hari ini aku telah men'stalker' cekgu aku sendirik sebab nak mintak maap. namun, nampak je kelibat aku dgn member aku **acara stalker berpasangan terus dia memecut melarikan diri. marah sgt sampai meluat tgok muka kami ke? muka abes inesen aku creat semata-mata nak pi pohon keampunan.. malangnyer naseb~

Hari Ini Dalam Sejarah
..meeting dgn Sir Andrew, lecture english aku dari Hong Kong. of coz i need to speak english fluently. in the other hand, i try and try and try to explain in very clear pronunciation **betoi ke idok ejaan neh? and sharp 'tounge' **dok gheti nok ngeje lidoh kot base omputeh however massage sent was failed! my bad.. **teruk! kena banyak latih tubi neh, aisyh~

Hari Ini Dalam Sejarah
..sepetang aku mengerjakan mini project NON-STOP! al-maklumlah dah nak dekat expired date neh. baru taw nak glabah..

Hari Ini Dalam Sejarah
..selalunya aku akan lepak sehari not less and equal than 5hours per day. akan tetapi, hari ini baru je kejap td aku lepak kat cafe hanya selama 15minit! unbelievable?juz believe it..

Hari Ini Dalam Sejarah
..1st entry aku selepas berkurun lamanya aku xmemblogging. pasan x?

Hari Ini Dalam Sejarah
..rasa macam nak aktif balek jadik blogger tapi nak bawak konsep baru, sesuai dgn kemunculan semula aku, SLP ME PLZ yang bakal mendapat nama baru, bukan DATIN A, neh nama timang-timangan jew. nantikan.. **poyo kan?


nantikan movie pecah panggung
aku bukan katun

P/S: harggghhh,, arghh,, arghhh,,, **gelak jahat dengan alasan nak buang tebiat