May 2011 - Blog Maknya Naura

Monday, May 30

Libresse sangat best dipakai. HAHA.
You turn me from nothing to a girl
who's super-something
Bait-bait lirik OST Libresse: Super Something by Yuna ni. *Wah, iklan pun ada ost gitu!* Title entri macam biasalah, memang mintak pelempang. slpMeplz as always.

Actually, kalau nak diikutkan cerita ni dah basi pun. Tapi aku nak story jugak kat sini, pedulik hape aku an. Belog sapa ni?! Opah kau ke? Al-kisahnya beberapa minggu yang lalu *maybe beberapa bulan juga* adalah kempen... takda la kempen sangat, booth la. Booth untuk kita² aje, untuk perempuan. Hehe. Ni yang best jadi perempuan ni, serba-serbi special.


Seingat aku petang tu aku pegi fakulti *kes pelajar bermasalah* sengsorang ni. Nampak dah booth tu, tak menyempat nak singgah sebab ramai giler. Siap ada check point, check point nak masuk tu. Mengalahkan karnival JomHeboh. Aku blah, malas aku nak bersesak-sesak. Then on the way balik, aku singgah juga booth tu sebab nampak dah lenggang sikit. Time tu dah petang, booth pun nak tutup. Dan-dan je aku sampai tu terus kena tarik masuk dalam booth...

Yeahh, kita mendapat pelawat yang ke-30. Tahniah dik!

30? Tiga puloh? Lawak apakah ini?! Reramai tadi takkan 30 je? Nampak beno nipunye. Layan jela aku pun, dapat hadiah free kot. Tapi untuk memenangi hadiah misteri tu kena buat task. TASK. Arhhh, part ni sangat tak best. Jangan dia suruh aku shuffle dah la.

Serabut bebeno amoi ni, penat agaknya dok explain benda sama dari pagi.
Task dia tersangatlah triller dan ngeri. Adik-adik yang dibawah umur jangan tiru aksi ini dirumah. *ada ke adik-adik baca belog kau?* Macam aku cakap tadi, part ni paling tak best. Tasknya, aku kena LUKIS INAI dimana-mana bahagian anggota badan aku, yakni bukan dikawasan yang sensitip la bongok! Otak suka fikir biru-biru.

gigih amoi ni melukis inai
Demi hadiah misteri yang tak berapa misteri tu *booth Libresse, takkan bagi hadiah Kotex pula an* aku gigih juga layan si amoi tu lukis inai walhal sedia maklum aku memang tak suka pakai inai sejak azali lagi. Last pakai pun masa umur 8tahun kot, pastu dah tak pakai sebab nampak buruk sangat. Berbulan juga aku makan nasi bersuap. Takut tengok tangan sendiri.


Sepatutnya aku kena buat 2-2 belah tangan tapi aku bagi alasan kulit tangan kiri elegi inai so amoi tu pun lukis sikit jelah kat tangan kanan aku. Kalau tak penuh macam pengantin hindustan inai kat tangan aku ni. *bendul juga la amoi tu percaya cakap aku* HAHA.

Hasilnya, no bad.

Hasilnya seperti dalam gambar. Cantik ke? Boleh la, inai budak-budak an. Tapi sebenarnya tak elok an kita pakai inai cenggini. Hukumnya boleh jatuh haram sebab menyerupai tatu dan dikuatiri wudhuk kita tidak sah even dia tulis halal. Biasalah tu tektik orang meniaga. Dah tu, kenapa kau buat juga?! Bodohlah kalau semata-mata nak hadiah free tu! Pasal hadiah tu betul juga, tercabar pun ada juga tapi memikirkan aku tengah *** masa tu, bak orang mengantuk disorongkan bantal ATAU lebih tepat lagi bak orang period diberikan pad free. HAHAHA. Bijak tak aku?

Tangan kiri kena cop tanda lulus ujian.

Saturday, May 14

Tioman Island [PART 3]
Tioman Island [PART 1]
Tioman Island [PART 2]

Wah macam dah expired kalau nak sambung balik sambungan daripada adventure aku yang sebelum ini penuh suspen dan trillernya menaiki speedboat dan berenang dengan shark. SHARK itu sejenis ikan, bukan Shark Mentor anak didik Mas Chotek Mas Idayu tu ye. Sokay² b'coz aku pun dah kekeringan idea nak update belog ini so aku cerita jelah untuk tambah list entry.

senyum termahal sang teja

BBQ best, senap gambar pun best!


Selesai aktiviti hari ke-2 disana, then malamnya pulak lepas dinner tu aku and the geng hang out jenjalan pusing pulau resort tu. Semua buat aktiviti bebas la. Ada yang lepak jeti memancing dan ada juga yang tengok orang memancing. Malam pun tak ramai orang. Kami sambil jenjalan sambil senap² pictures. Biasalah, tak senap tak sah berjalan an. Then singgah kedai souvenir, beli la apa yang patut. *Malas nak cerita la tu* Then jenjalan lagi singgah jeti kejap tengok orang memancing. Datang je aku kecoh satu jeti. HAHA. Last² kena hambat balik sebab bising. *Malas lagi nak cerita details*

Then kami teruskan perjalanan sambil menikmati angin malam. Habis satu pelusuk pulau kami teroka. Semua nak snap. Peduli hape guna kamera henpon pun. Tak mampu la kita nak ber-dslr segala ni. Dalam pekat malam tu kami menggila senap sana sini. Dah agak² takda habis sudah teroka semua then kitorang masuk dalam 'bistro' resort tu. Lepak situ boleh tengok orang 'clubbing'. HAHA. Bukanlah clubbing sangat, tempat orang menyumbangkan suara je. KARAOKE TIME. My feberet. Kawan² aku memula tak nak masuk, pening la bising la mabuk la macam² saja alasan. Aku paksa.

Sementara menunggu turn, kami main congkak dulu. Hee.

Tunggu diorang ni lah, entah berapa lagu nak tibai.
Berjanggut kami tunggu turn kami.

Malu² la kononnya. Lepas satu lagu...
Dipendekkan cerita, *malas nak bebel panjang sebab nak keluar beli beger* lepas karok sebarang dua lagu tu kami pun balik tidur. Lupa sudah lagu apa yang telah berjaya dirosakkan oleh aku time tu. Tapi yang pastinya dapat tepukan gemuruh jiwa daripada peminat² dalam bistro tu. Tepuk perli ke tepuk puji, wallahualam.

Coming soon: Tioman Island [PART 4] - Insyallah.

Thursday, May 5

entri semberono saja
haihai. selamat ketemu kembali kita. memang rajin sangat aku neh update blog an. mata ke atas, tangan di dada, lidah terjelir. semuanya hangat² chicken shit je. HAHA. sokay², memang itu trademark blog slpMeplz ni. trademark mintak pelempang, kejap ada kejap hilang. bajet chipsmore la. nak comel saja.

belek² blog yang dah buruk bebeno ghupenyer neh. macam nak mintak renovate je. nantilah, mood malas giler nak mampus. nak mampus giler pun malas. we will see later. aceh, sepiking london giteww.. Wah tak disangka², genap 200 followers aku. follower yang ke-200 bukan orang lain, cik Rubi merangkap coursemate aku. ehem², stalker apa ni. sorry, no prize provided. follow nak ikhlas kan. HEHE.

so apa cer der? takda apa aih. serupa tu juga la. bosan kat kampus ni makin hari makin sunyi. selalu sangat la course aku paling lambat abes exam. semua paper nak last². tak pernah kitorang ni balik awal. nak juga bagi orang lain jeles tapi balik² kita juga yang jeles. pakat tengok orang heret beg ala² AF tu. menyampah aku! then, by counting the day tunggu jelah 10hb nanti. Banyak program cuti² ni dah tak macam cuti pun.

p/s: maaf, entri macam tak lepas angin. sangkut². serius mood malas nak mampos ni.