February 2012 - Blog Maknya Naura

Sunday, February 12

Bila aku putus cinta
Nanana na naa nanana.. aaa
Bila aku putus cinta
Kan ku hapus namamu
Kan ku delete lagumu
Akan ku katakan kata-kata luka

P/S: Dapatkan single terbaru Awe ROFL, Bila Aku Putus Cinta dalam debut album terbarunya, Dikir Rambong.

Kemain siap ada OST entri aku ni, ala Drama Gemersik Kalbu gittew.

Ku tahu kisahku ini bukan kisah paling orang nak tahu. Sila sediakan sekotak tisu Giant kerana kisah kali ini teramatlah sedihnya. Cerita bila aku putus cinta.

Cerita bermula.

Setelah berbulan dan bertahun lamanya mempertahankan hubungan cinta bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang aku maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata, hingus dan kahak hijau tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa aku. Jangan ingat title kakak kawasan mengikis sifat romantik aku. Dalam hati ada Taman Tergantung Babylon ni. 

Ketika itu aku ada nangis sikit-sikit. Nangis sikit-sikit ke sikit-sikit nangis? Terasa kosong. Dengar lagu cinta je, nangis. Teringat time konsert Ramlah Ram kat TV1, dia nyanyi lagu Diam-diam Jatuh Cinta tak silap. Pun nangis. Apa ke bengong la rasa time tu.  

Biasa kita tengok, kalau orang putus cinta. Automatik menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , "Akulah insan paling malang di dunia". Stategi nak mendapat simpati. Dari siapa pun aku tak tahu. Failure!

Itu bukan aku. 

Kesedihan putus cinta ini umpama kesedihan hempon masuk lubang jamban. Nak selamatkan dah tak mampu. Even kau sanggup celup tangan dalam timbunan najis, boleh lagi ke ia berfungsi? Tidak. Waktu itu pasti kau merasakan hidup kau spt sudah berakhir. Kau sebenarnya belum menikmati lagi perasaan mempunyai hempon baru yang lebih canggih dan menepati citarasa kau. 

Serius, ini pengalaman. Erk maksud aku pengalaman dapat hempon baru. Sekarang aku dah boleh main Angry Bird. Kalau dulu cekang main Snake Xenzia. Asik pening langgar ekor sendiri je.


Di sini aku nak kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikan Malaikat Jibrail kepada Nabi junjungan Muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,
Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya
tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya.
Baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! Cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya Tuhan yang tau. Tak berpisah waktu hidup, pasti berpisah waktu mati.

Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha. Kalau berdoa saja takda usaha tak berguna jugak kan? Teringat kata-kata seorang sahabat, 
Menjadi itu lebih baik daripada Mencari. 
Nak mendapatkan si idaman hati, kita kena menjadi idaman hatinya




"The scars you can’t see are the hardest to heal.
-Astrid Alauda