July 2011 - Blog Maknya Naura

Sunday, July 31

Ramadhan Al-Mubarak

Friday, July 29

MPPB The Series [Ep. 9]
Lepas setel kes MTS Ep8. Dalam pukul3.30 tu aku bergerak ke tempat aktiviti. Dalam jadual, aktiviti habis pukul4. Tinggal 30minit je lagi sebelum aktiviti tamat. Aku bertugas untuk jaga LDK. Kesian diorang, entah sapalah la yang replace. Itu kalau ada orang nak replace, kalau tak mesti bebudak LDK tu 'kecewa' takda fesi jaga LDK diorg. HAHA kecewa la sangat kan? Korang melompat keriangan adalah.

Jalan sepanjang susur gajah tu aku nampak kelibat beberapa orang pelajar lelaki, perempuan menuju ke asrama. Aku tengok sekitar kotkot ada fesi jaga ke apa. TAKDA. Aku call Si Polan tanya mana fesi bertugas ni? Kenapa budakbudak balik asrama? dan bla.bla.bla..

Aku pun kejar bebudak tu semua, hambat suruh pegi surau sebab setahu aku lepas habis aktiviti kena solat Asar berjemaah kat surau kolej. Aku terjerit terlolong kat situ. Muka masingmasing tak puas hati, ada yang lesu tengok aku. Maybe kepenatan bercampur kemalasan. Aku jaga tengah2 laluan ke asrama tu macam polis trafik ni.

Macam diceritakan, ada student datang hadap aku. Dia antara manusia yang kena hambat dek aku tadi la. Ini kes kurang hajor oke. Adakah ini yang penyebab Kak Teja naik angin sangat petang tu? Urmm tak jugak, maybe penyumbang kepada 10% kemarahan saja.

Budak lelaki itu LDK103 kalau tak silap aku. Tegap tinggi. Muka.. urmm nampak lagi matang dari usianya tapi manis. Apakah? err.. oke back to the story.

Lelaki: Akak, kami penatlah. Tak boleh balik bilik ke?
Perempuan: Tak boleh.
Lelaki: Alah akak ni..


Dia jalan menghampiri aku. Berdiri betulbetul depan muka. Tahu la tinggi, nasib baik aku ni bukan kategori rendang. Tapi terdongak jugaklah sikit. Kami bertentang mata. Wah macam cinta la pulak Ah Chai

Lelaki: Akak nama apa ea? dengan muka kerek habes
Perempuan: ...
Lelaki: Diam pulak dia.
Perempuan: Kenapa ye? Ada masalah ke?
Lelaki: Takda.
terus berlalu

Oke kalau baca dari dialog ini nampak macam yang kuang hajor tu si perempuannya kan? HAHA korang kena berada dalam situasi tersebut. Nampak saja muka aku macam singa betina Lisa Surihani, time kena camtu, kecut jugak aku. Mana tahu dia nak apakan aku. Perempuan insan yang lemah ye. Mereka perlu perlindungan bukan ditindah. Amboi, macam Dato' Shahrizat hemahnya hee..

Apa pun ekceli benda tu biasa saja bagi dalam hidup seorang fesi. Just takutnya terjadi pada fesifesi yang barubaru, muka yang masih sucisuci skema nerd lagi. Kang jadi isu fesi nangis kena sergah dengan student. Freshie lagi. HAHA memang tobat aku nak jadi fesi lagi pastu. Malu kot.

Camnilah muka budak nerd *senyum
 Dari situasi ini, sepatutnya hormat-menghormati sesama manusia itu tak perlu diajar lagi. Memang azalinya sejak tadika lagi tak pun sejak kita baby yang baru bertatih pun dah diajar untuk menghormati orang lain tak kira tua muda. Hormati yang tua sayangi yang muda.

p/s: korang kena SAYANG aku sebab aku muda lagi

Wednesday, July 27

MPPB The Series [Ep. 8]
HAHA dah lama gamaknya series ini terhenti and maybe yang follow pun dah lupa. Itulah belog slapMeplz, cerita tak pernah sampai habis. Korang mesti rasa macam nak lempang lajulaju je muka si tukang karut ni kan? Hehe maap, maap, maap! Busy kot, belog pun lama dah tak update ni. So bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, aku nak abiskan semua series yang ada. Insyallah. azam taik kucing!

Oke sambung cerita lepas. Dalam episod tu banyak story kena skip, so aku akan rungkaikan segala misteri dan persoalan dalam benak kepala lutut hotak korang tu satu per satu...

Dari pagi, aku lakukan duty seperti selalu. Semuanya berjalan lancar seperti yg dijadualkan. Cerita bermula tengah hari tu. Lepas lunch hour, pukul1.50 kami fesi blok kena escort bebudak dari asrama pegi tempat aktiviti diorang. Kebetulan ada sorang budak ni cakap kat fesi blok lupa sapa dia turun aktiviti lambat sebab nak tunggu felo kat asrama. Pasaipa pulak ni?

Aku: Ada apa dengan felo? macam tajuk filem indon pulak
Adik: Felo suruh tunggu sini sebab nak ambil kunci pada rumet saya. Dia masuk hospital semalam. dengan muka kesian
Fesi X: Nak saya tunggu dengan dia ke?
Aku: Tapelah, korang gerak dulu. Kita dah lewat ni. Budak ni biar akak jaga.

Memang tugas fesi asrama tak boleh membiarkan sesiapa berada di blok ketika aktiviti dijalankan. Tamau ada yang ponteng, even yang tak sihat pun kami tak benarkan berada di asrama. Asrama kosong, apaapa pun boleh terjadi. Bukan nak cakap KMNS tu tak selamat. Setakat hantu tu oke lagi, orang yang berperangai hantu ni masalahnya. Aku pun tunggu budak tu kat asrama. Takkan nak biar dia sorangsorang kat situ. Felo blok, Cik Na entah bila sampainya. Rasa bertanggungjawab pulak nak tunggu budak tu kat asrama. Lagipun aku tak sempat makan nasik yang dibungkus tengahari tu. So sementara tunggu tu, dapatlah masa nak mencekik. HAHA pandai kau ye?

Sementara menunggu tu, aku pun makan nasik. Adik tu diam je. Pelawa makan tak nak, nasik lauk ayam kari. Takda la sedap sangat kalau nak diikutkan tapi sebab lapar sampai jilat2 jari. Lepas kenyangkan perut, aku pun bukak mulut.

Aku: Rumet tu masuk hospital sebab apa?
Adik: Semalam dia kena gigit tikus kat tangan. Berdarah.
Aku: Uish, teruk sangat ke?
Adik: Satu malam kat hospital. saya tak tahu lah teruk ke tak. rasanya dah oke kot, doktor check takut kena jangkitan apaapa nanti.
Aku: macam mana boleh kena gigit tikus?? akak tak pernah nampak tikus kat asrama ni. Kucing banyaklah..
Adik: Tikus tu besar kak. Masa saya masuk sini nampak dia mainmain dalam baldi. Tak sangak bahaya sampai gigit orang. Malam tu dia makan nasik lambat. Maybe basuh tangan tak sabun, tikus gigit la kot. Sedarsedar je pagi tu tangan dia dah berdarah.
Aku: Tikus gigit ke awak yang gigit? Haha.. Cuci tak bersih, tu la. Ish3 macammacam korang ni. Akak bertahun kat sini sekor tikus pun tak pernah nampak.
Adik: Entahlah.

Aku bersama Mickey dan Minnie. Nasib baik tak kena gigit!
Lepas tu banyak diam. Adik ni pun aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Aku melawak dia macam takuttakut nak gelak. Lawak aku tak kelakar ke atau dia takut dengan aku? Fesi garang an kononnya. Cuak la kot tibatiba bukan fesi lain yang tunggu dia. HAHA tiada alasan nak ponteng aktiviti.

Aku: Nama apa ni?
Adik: Panggil Ain je.
Aku: Ain? Oh sedap nama tu.

saja besarkan font

HAHAHA. Dari tadi borak baru nak tanya nama. Dandan nama nak sama pulak. Nasib baik dia tak tanya nama aku balik. Aku diam jela.

Aku: Ain asal mana?
Adik: *** (aku lupalah tapi dekat je)
Aku: Lorh dekat je. Ingat duk kelantan ke perlis. Muka sedih sangat.
Adik: Saya first time duduk asrama. Sedih jugaklah. Tak biasa lagi sorangsorang.
Aku: Takkan dah homesick kot? Nanti weekend boleh balek. Jangan risau. Akak dulu pun sama je. Ada kawankawan, rumet semua oke je nanti. Dah start study, rumah pun dah tak ingat.

Bla.. bla.. bla.. Then melaratlarat ceritanya sampai ke cara study kat matrik dan life kat universiti. Banyaklah yang kitorang borakkan nak tunggu CikNa sampai tu. Tak lama lepas tu CikNa sampai jugak akhirnya.

CikNa: Maaf amek masa awak. Saya pinjam student awak kejap ye. Saya hantar dia kat tempat aktiviti terus.
Aku: Sokay tice. Tugas saya.
CikNa: Eh muka awak macam familiar lah. artis kan? sapa tak kenal HAHA
Aku: Sayalah budak C5 yang 'baik' tu. Hahaha
CikNa: Oh yes, yes. Tice ingat dah. Mintak number phone.. bla.. bla.. bla..

Fuhh.. lega. Nasib baik CikNa tak tanya macammacam. Aku ekceli nak elakkan sebut nama and status 'itu' depan budak Ain ni. Lepas tu CikNa suruh aku tunggu lagi sebab nak bawak balek budak yang kat hospital tu. Ain dia bawa naik kereta ke tempat aktiviti. Mataku menghantar mereka berlalu pergi.

Arghh tibatiba rasa menyesal. Baik aku suruh fesi lain tunggu tadi. Sorangsorang. Nak buat apa ni? Aku berjalan turun ke cafe C. Haus kot tadi makan tak minum air. Nampak Cik Midah tengah sibuk potong sayur. Lepak dengan Cik Midah lagi bagus. Borakborak dengan Cik Midah ngan abang cafe tu lupa lagi nama dia lepas tu CikNa sampai. Alhamdulillah. Budak kena gigit tikus tu pun ada. Muka pucat. Tangan berbalut. Maybe masuk air kot. Aku teka saja. Lepas hantar dia masuk bilik aku pun blah ke tempat aktiviti. Sepatutnya aku tak boleh tinggalkan budak tu sorangsorang kat bilik ketika asrama kosong tapi...

Bersambung lagi. Hehe.
Wordless Wednesday #5


p/s: sekarang ini sukan pun dah tak sesuai untuk tontonan umum. *sigh*

Wednesday, July 20

Wordless Wednesday #4

Wednesday, July 13

Wordless Wednesday #3



*****
the only solution
*****

Saturday, July 9

Tips Mengorat Lelaki: Edisi Perigi Cari Timba
Kebetulan teringat pulak pada seorang sahabat. hari ini tetiba dia nak story masalah dengan boy dia kat aku. terkejut jugak aku. yelah, rasa aneh terpilih jadi insan untuk luah perasaan ni. *muka aku ada gaya Dr. Love kot HAHA. biasalah orang tengah sedih, aku pun berlagak cool la. bagi nasihat pung pang, pung pang macam orang dah berpengalaman 30tahun dalam arena cinta ni HAHA tapi seriously, i'm such a good listener. lepas ni sesapa rasa nak luah perasaan boleh carik aku ye.

Kes sahabat aku ni boleh dikira agak kronik jugalah. Laki dia merajuk sampai mintak break. Selalunya perempuan yang suka merajuk. *aku tak pun Tapi dalam sesetengah situasi, lelaki boleh jadi lebih sensitif juga. Kadang² lelaki ni merajuk sebab hal yang kita rasa kecik je tapi mende kecik tulah boleh jadi besar bagi diorang. bila lelaki dah mula merajuk, si perempuanlah yang pening nak memujuk. kalau pompan lain. bagi bunga ros sekuntum, coklat sebijik *poor me cant eat chocolate, pujuk "aloh mucuk mucuk, tomey tomey iye" dengan muka inesen dah cair dah. lelaki ni lain, keras. ego dia lagi besar dari ikan paus celup tepung. *takda perumpaan lain ke?

nak merajuk sangat, ini makan dia!
jangan tanya aku camna nak pujuk lelaki. aku memang tak reti. yang aku nak cerita ini cara nak mengorat lelaki. Haa.. yang ini aku tengah belajar lagi. Hehe. Biarlah orang nak kata kita ni perigi carik timba sebabnya lelaki sekarang semakin pupus. maksud aku LELAKI YANG BAIK. lelaki yang membawa kita ke jalan neraka jahanam tu ramai. so disini, perempuan kena lebih  gatal proaktif dan agresif dalam mencari jodoh yang baik. *bersemangat

Mari kita belajar dari Sam lakonan Diana Amir dalam cerita 123...Cinta ini. Korang dah tengok filem ni? Ekceli aku tak berapa minat sangat dak diana ni tapi sebab kebosanan, layan jelah. Lepas tengok movie ini, truly aku suka karakter dia sbg Sam. biasa dia belakon jadi pompan gedikgedik, seksi meksi. Dalam filem ni, dia nampak lainlah. Perangai comelcomel macam heroin korea. *marah fan cite korea nanti Klik ini untuk review filem 123...Cinta

Cara-cara Sam mengorat Nazril

1. Jumpa depandepan mintak henpon si dia then misscall ke henpon kita. Then save nombor kita dalam henpon dia. Pastu direct send SMS "Hye, saya suka awak" *berani ke?

2. Nyanyi depan orang ramai lagu cintan jiwangjiwang karat. Katakan, "Hey Nazril, lagu ini untuk awak"

3. Pasang banner "Sam suka Nazril" kat kawasan kolej. *uuu.. dasyat, ini muka mahu tebal macam kek lapis sarawak kau. HAHA.

4. Buat announcement kat radio/speaker kolej, saya sayang mamat khalid "Sam suka Nazril"

5. Ini paling aku suka. Time ini, Sam kena denda dgn dekan bersihkan satu kolej sebab pasang banner and kacau teks annoucement kolej. so sweet. *kalau aku ni dah cair dah


6. Dah banner tak laku, buat bunting "Sam Love Nazril" pulak. gantung dari tingkat4 sampai ke bawah panjangnya HAHA. gigih la perempuan ni.

Be mine! comel.. *berangan*
7. curik pakai dress and mekap adik tiri semata sebab nak ubah penampilan agar kelihatan lebih feminin dan menarik dimata Nazril. 

natural beauty is the most beautiful
Aku memang kagum la dengan karakter Sam ni. Dasyat cara dia usyar si Nazril. Tak ada perasaan malu langsung. Hati kering apa? Ada ke perempuan berani buat camni dalam dunia sebenar? If ada memang tak ada andartu atas muka bumi ini. Huh, such a crazy! Gila.

Buat kau sahabat, kau baca kat sini ada beberapa tips memujuk lelaki yang merajuk. maybe kau jumpa apa yang kau carik. Sam pun guna tips kat belog ini tawu. glamor belog ini siap masuk filem kot. aku memang tak pandailah nak bagi nasihat bab-bab cinta ni. aku sendiri pun hancur HAHA so selamat beramal!

http://www.tentangcinta.com/
p/s: jangan ingat muka macam selipar terbiar itu tiada yang sayang

Wednesday, July 6

Wordless Wednesday #2

Monday, July 4

a leave letter for blogspot
Dear Ms./Mr./Mrs. Blogspot, *dunno 'its' gender

I would like to request a day leave of absence for personal reasons. If possible, I would like to be on leave by tomorrow and return on... err.. *ronyokronyok campak tepi 

Taip semula.

Dear Ms./Mr./Mrs. Blogspot,

I hereby seek leave on 4 Julai 2011 for personal reasons. Kindly grant me leave just for a day. I'm going to Putrajaya for perhimpuanan Bersih.

Putrajaya, here i come baby! *putrajaya je pun. sigh

By the way, I'm not be reachable via email, facebook, YM and skype as well. Kindly phone me if there's a need for my assistance.

Thank you very much for your consideration.

Regards,

slpmeplz


Saturday, July 2

Contest SEO: Aku Seorang Blogger
*team pancaragam memainkan music suspen

Bagi memenuhi syarat ke-9, kini diumumkan slpmeplz sedang menyertai Contest SEO bulan jun 2011 bagi kategori heavyweight boxing championship Aku Seorang Blogger bersempena meraikan followers aku yang ke-300, Encik Mamat. eee shhummm.. pom! pom! pom! *letupan bunga api yang dibuatbuat 

Sebab apa aku join kategori ni? korang tengok sendirilah belog aku yang suci murni lagi serba kekurangan ini. mana ada adds, jauh sekali nak bagi tutorial. i'm newbie not noob. huhu. PERHATIAN: Sila minum black coffee sebelum membaca kerana entri ini mengandungi 1433 patah perkataan.

Baik. terus ke agenda kita mengenai contest SEO kategori aku seorang blogger. slpmeplz nama dipilih, aku pun tak tahu mana timbul nama ni. HAHA. aku guna slpmeplz as my username untuk setiap akaun kat alam maya ini. start blogging empat tahun yang lalu. ada bulan tu aku rajin update. ada bulan tu sepi tanpa entri baru. aku bukanlah blogger yang mendambakan followers yang riburiban. masa memula tu pun aku tak reti nak 'folo u, folo i back'. HAHA. klakar tapi aku rajin blogwalking. Antara follower terawal aku on that time was arwah Jai@Jezz, seorang blogger tegar yg famous amos ketika itu. Masih adakah blogger yang ingat dia? She's the one yang banyak mengajar dan support aku perihal dunia blogging. Then dari situ aku start reti bersosial dengan blogspot ini dan bermulalah karier aku sebagai seorang blogger. I really miss her. *syahdu Al-Fatihah untuk arwah.

kantoi follow belog sendiri HAHA. *click for enlarge

Kisah aku seorang blogger pun bermula. Then aku dapat ramai kawan baru. Nak state sorang-sorang memang ramai. ada yang dah tukar URL blog, yang deactived blog pon ada. dulu fesbuk fever ni pun takda lagi. tweet tweet ini pun mana ada. *fakta: aku takda twitter HAHA Tak lama lepas tu aku berkenalan dengan seorang blogger ini. Nama dia, Said Ehsan Omar (SEO). Eh kebetulan pula sama dengan nama contest SEO HAHA. Oke yg specialnya kali ini, aku memang tak pernah lagi cerita pasal SEO ni dalam memana entri. Entri edisi khas untuk Contest CEO kategori Aku Seorang Blogger.

Said Ehsan Omar (SEO) ini macam aku juga. dia pun bukan blogger tegar dan tak famous amos macam Encik Mamat. SEO ini antara blogger lelaki terhensem la pernah aku tengok. Jauh lagi hensem dari Asada Ryutaro. Hasil jadi stalker tegar belog dia, aku dapat tahu serba sedikit pasal SEO ni. Dia kacukan arab-bugis. Ada melayu sikit belah emak. Patutlah hensem sangat. Lagi pulak time tu dia single-mingle, apa lagi hati pon teruja giler meletus macam bunga api sambut new year. So apalah salahnya aku mencuba kan. Lagi nampak macam ada respon positif dari SEO, bertambah berbunga-bungalah hati aku. *gatal

Then dari hubungan chatbox ke chatbox, komen entri ke komen entri. hubungan ini terus melarat sampai terjebak ke lembah chatroom. Dia add aku kat YM. perghh terkejot dowh! tak sangka ade orang yang ada rupa macam SEO ini sudi berkawan dgn aku yg comotcomot. Yelah, sapalah aku kalau nak bandingkan dgn dia. Tegur punya tegur, chat punya chat. Dengan lagak macam tu, aku terus cop SEO player. Mana tak, ayat nak manis je. Macam ada sarang lebah tumbuh kat bibir dia. Lagi aku tahu dia student medik kat USM Kubang Kerian. Budak bijak kot, aku ini apa? Sikit lagi nak jadi pengutip tin profesional. Lagi yang aku tahu, dia juga atlet SUKMA. sukan apa lupalah pulak, gimnastik kot. HAHA lawak. dia juga ada band sendiri, SEO as a drummer. super cool dude! *cair

Tapi bila dah lelama borak, chat hampir setiap hari. Aku rasa sangkaan aku meleset. Overall aku dapati, banyak persamaan pulak antara aku ngn si dia dari segi mentality yakni sekepala la. Tak lama lepas tu, SEO ajak jumpa. Dah lama berkawan, mesti kepingin nak tengok tuan punya body an. Berani mati, aku setuju saja. Kami pun bertukar-tukar nombor tepon. *dah berbulan chat baru nak amik nombo HAHA. Bermulalah kisah blind date pertama aku selama aku hidup jadi manusia ini.

Pepagi lagi aku bersiap lawolawo neh. Its my first blind date babe, mestilah nak cun. Kitorang janji nak jumpa kat Midvalley. Tempat common anak remaja melepak. Aku ke sana naik motor je sbb masa tu aku takda lesen kete lagi. So dalam perjalanan itu, aku stuck dalam jem. Gaya macam ada kemalangan besar kat depan. Alala filem Karak, aku pun masuk simpang jalan kampung. Giler nak tunggu, dah lewat. First date, mesti nak pantual. nanti si dia kata apa pulak an. 

Sampai satu kawasan ini, jalan sunyi. Aku memang tak biasa ikut jalan ni, tapi aku gamble je ikut signboard yang ada. then aku rasa aku dah tersesat. YES, SESAT! jarum minyak dari F terus E. sudah, bala ni bala. kiri kanan ada kelapa sawit je. takkan aku nak kait sawit buat minyak kot. nak patah balik, jauh sangat da aku masuk ni. tak sampai jalan besar. Tetiba ada 3 orang bertopeng tahan motor aku kat depan. *topeng diorang sama macam snowmask Seth Tan pakai time babak r*g*l Nora Elena tu. Omm emm gee! Sebab panik dan takut sangat masa tu, moto aku terbabas masuk semak. Then aku tercampak lalu kepala aku terhantuk pada batu besar. Aku pun pengsan...


Serius. Kisah di atas ini hanya rekaan semata. Inilah yang terjadi bila hajat nak jadi penulis novel tak kesampaian. Oke, ini tak tipu. Bulan jun 2011 merupakan bulan kegigihan aku berbeloging semula. sesuai la dengan tajuk contest SEO bulan jun 2011 ini. heh. Garagara nak habiskan MPPB series dan Tioman Island yang entah bila nak sampai episod akhir. macam sinetron pulak. lagi aku tengah semester break, so ada banyak free time. Based on my backgroud as a blogger along this 4 years began, aku bukanlah seorang blogger tegar. alasan klise: busy dgn life, tak ada masa, takda idea, mood takda mari, internet macam siput, berukben tak bayo etc.

******

Nak bangga 10 minit boleh? Rasa howt kejap. 2-3 minggu kebelakangan ini belog aku jadi tempah persinggahan bloggerblogger ternama dan famous amos dalam dunia blogspot. Ini bukan balas kunjungan tapi kunjung tanpa disinggah. *err paham ke tak ayat ni? lantak kau lah! Biasanya sesapa yang singgah belog aku tu kompom aku follow sbg tanda penghargaan di atas kunjungan mereka. Alangalang aku boleh belajar cara korang berblogging. Patutlah mereka ini berjaya dalam dunia blogging sebab tak sombong dan friendly sangat. Antara blogger tersebut ialah:-
Lelain tu datang selow selow. Yang singgah belog aku tak kira anda baca atau tidak, follow atau tidak, anda adalah manusia paling awsem sekali. If ada belog yang aku tak follow or follow back tu maybe sebab korang bagi link shoutmix. tak pun hide link belog korang. ini aku tak paham kenapa. *ignore saja

p/s: if followers kau lebeh dari followers aku, auto aku cop kau blogger ternama, famous amos dan celebriti blogspot.

Bangga kan? mestilah tapi dalam hati, "Eh betul ke mereka yang famous amos, cantik kacak, menarik tertarik kau memang kebaboom tu singgah belog serba kekurangan aku ni?" Nampak nama si dia yang femes ini kat shoutmix bukan kemain eksaited aku. Tapi bila pikirpikir balik. Alaaa.. setakat kat shoutmix, entah-entah faker menyamar. Saja nak prank aku, copy paste link belog diorang pastu komen kat chatbox. Motif nak aku perasan bangga kembang kuncup ada artis baca belog buruk aku ni. *waspada

Apa pun motifnya, palsu ataupun benar. rekaan ataupun realiti. Aku tetap berbangga aku seorang blogger. follow tak follow belakang kira. Aku akan terus berusaha tidak sesekali mengkhianati blogspot sehingga ke titisan darah yang terakhir. *patriotik giler Yang ada tmblr or wordpress tu bukan geng. HAHA jahat tak aku? Semoga aku menang contest SEO bulan jun 2011 kategori Aku Seorang Blogger ini. Wish me luck! :)

******
Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen Dan DenaiHati