December 2011 - Blog Maknya Naura

Friday, December 30

Segmen: Blogwalking & Follow by Tintan
Segmen ini dibawa khas oleh Dak Tintan.
Pekdah apa kau join?
Bukan dah lama kau stalker follow beliau ke?
Urm.. sesaja mungkin.
Nak bagi Dak Tintan rasa howtsetuff
Aku nengok macam takde orang join je segmen dia.
So aku pulak orangnya baik hati.
Aku taknak dia sedih segmen tak laku.
Bagi support la orang dah bikin segmen pepenat an.
Ini kalau Dak Tintan baca mesti terharu berhingus-hingus baca.
*Dak Tintan senyum sinis*
HAHAHAHAHA
Guwa selalu support lu beb.
*bodek*


 Expired Date:31/12/2011 at 8.00 PM
Korang nak join segmen ini jugak?
Syarat-syaratnya:
1. Buat entry bertajuk Segmen: Blogwalking and Follow by Tintan 
DONE! 
2. Copy banner tak comel (setuju!) tu dan backlink kan ke entry ni
DONE! 
3. Follow  blog Tintan. *tak wajib katanya
Dah lama pun sampai rasa nak unfollow. Kiddin' 
4. Tag beberapa kawan,tak kesahlah berapa banyak pun 
NONE! Taknak tag pun takpe katanya. 
5. Hantar URL entry dekat entry ni.
On the way. *5 minutes later ..
DONE!

Untuk gosip yang lebih hangat, klik [LINK.1] [LINK.2] [LINK.3]


P/S: Satu malam, dua segmen. Gomo boh, peace (^.^)V

Segment Strawberry Maneh

Segment Strawberry Maneh  ini ditaja sepenuhnya oleh
NOR SHARUL ATIKAH BT NOR AZLAN 
hamboi kemain fullname letak
kopipes daripada belog beliau jugak
Katanya:


"segment ne sha buat sebab nak tolong 
bloggers yang follower x ramai,
sambil2 tu boleh kenal2 dan tambah kawan2"


Makanya terjadilah segmen ini
segment ini dak Sha buat 5 hari sahaja.
LIMA HARI
esok hari terakhir untuk join
Kata dak Sha lagi:


"harap2 ramai la bagi sokongan dekat sha :)"


Aku sebagai belogger yang tidak seberapa followernya
moleklah rasanya join segmen ini
suka-suka
hilang sedikit tension study week
saya bukan blogger yang kejar kepopularitian
follower itu satu bonus
I love to be friend to anyone


Tanda sokongan aku kepada blogger seperti dak Sha
Jom cekidaut syarat penyertaan
Segment Strawberry Maneh



1) buat entry tajuk : segment strawberry maneh 
 DONE!
2) letak banner ne then linkkan ke blog sha
 DONE!
3) share sikit apa azam korang untuk tahun 2012
4) tag sorang pun xpe dah, lagi banyak lagi bagus.
5) nak follow blog sha @ tak ikut suke korang, sha xpaksa. 
Dah lama follow.. (2 hari lepas) *chuckle* 
5) dah siap letak link kat comment okey :)
 On the way. Ehee ..


Untuk gosip yang lebih hangat, klik [LINK.1] [LINK.2] [LINK.3]

P/S: Tag itu meaningless. Whoever nak join segmen ini, joinlah tanda sokongan anda kepada Sha. Peace.. (^.^)V

Thursday, December 29

Film Review: Ombak Rindu
Kebanyakkan kita dengar orang keluar panggung Ombak Rindu,
kompen keluar dengan mata bengkak beserta hingus hijau kering.
Sedih katanya
Ini adalah pandangan seorang penonton Ombak Rindu versi download.

10 babak lawak pecah punggung dalam Ombak Rindu.

#10
Lakonan Julia Ziegler yang tiada motif.
Part kat kebun teh tu kesian sangat.
Kawan tu tak sempat habis dialog, dah move scene lain.


#9
Impression muka Mila lakonan Teja Lisa Surihani.
Anda yang pernah menonton perasan tak?
Muka Mila macam over acting.
Sampai babak nak mintak cerai pun muka tension.
HAHAHAHA
Lisa pun nampak tak cantik dalam movie ni.
Kenapa ek?


#8
Ini aku nak snapshot sikit.

Pakaian Izzah lakonan Teja Maya Karin.
Apalah ke buruk ngat aih.
Nak tunjuk kampung ke kolot neh?
Macam tak pernah pakai tudung. (memey pom)
Budak sekolah rendah pun pakai lagi kemas kot.
Pakai mak andam nyah lettew.
Rosak! *sigh*

#7
HAHAHAHAHA
Ini sangat LOL.
Dah menumpang kereta orang tu.
Dah kenapanya dibawak sekali kucing tepi jalan?
Nasib baik kucing, kalau jumpa ayam ke itik ke biawak tepi jalan
Mahunya dibawak sekali. Haghaammmm.

#6
Kalau rabun/buta huruf, sila picit atas gambar utk tumbesaran sihat.
"Letaklah nama Lolly ke, Polly ke, Sally ke.."
Muka taknak serius lagi ke?
HAHAHAHAHA
Banyak-banyak benda, kucing jugak jadi bahan utk berbual.
Nasib baik part lepas tu agak romantis.

#5
Tengok snapshot pun dah gelak kot.
Apa motif makcik neh pakai sebegitu fancy dengan mekap yang sangat meriah?
Ini tak lain, pengaruh Datin Rosmah lettew.
Kalau aku, tak ngaku mak dah.
SPOIL!

***
Ongbak Windoo The Comic
By: Teja Al-Ahmed

"Wahai lelaki, sesungguhnya tiada wanita yang sanggup berkongsi kekasih hatinya dengan wanita lain."

***
#4
Snapshot lagi. Scene santek ngat aih.
Serius sakit perut weh tengok movie ni.
Part neh buat aku teringat zaman kecik-kecik.
Dulu an kalau bonceng basikal, mesti yang depan suruh kangkang leluas.
Katanya takut tersepit kaki celah tayar/ rantai.
Is it the same w/ the scene?
HAHAHAHAHAHA 
Hilang macho Aaron Aziz aku.

#3
HAHAHAHAHA
Okay gelak dulu sebelum review.
Aku rasa kelakarlah gaya Pakcik Dollah dengan Mail lari.
Tak reti nak explain, korang tengok sendirilah.
(sambung gelak lagi)

#2
Time Haris accident rasanya dalam hutan rimba.
Dah mana pulak muncul makcik-makcik tu semua?
Siap gendong anak kecik paling tak tahan tu.
Apakah mereka ini yang memandu lori tersebut?
Atau majlis mesyuarat tingkap tengah carik port baru?
Oh, orang Asli yang sedang menunggu bas untuk ke Pekan kot.
Wallahualam.

#1
HAHAHAHAHAHA
Ini paling tersangat LOL amat okeh.
(tatabahasa hancuss)
Muka Haris paling taboleh belah kot.
Muka pasrah giler kena ***** dengan Mila.
Sampai part neh aku bahan gelak sampai senak perut.
Siap pause 5 minit.
HAHAHAHA
Tapi itulah lelaki, kata tak suka tak cinta.
Malam pertama layan juga. Puii!

***

Pelakon terbaik jatuh kepada ..
.
.
.
.
.
Tadaa!
Pakcik Dollah
Time dia reveal semua tu aku rasa ada feel sikit.
Bergenanglah sedikit air mata uh.
Aku rasa pakcik ni lah yg berjaya membawa aku
masuk dalam mood yang sepatutnya.
Kalau tak duk bahan gelak je aku tengok filem ni.

Babak favourite aku jatuh kepada ..
.
.
.
.
Tadaa!
Mail dan Mila Seha
Sweet ngat aihh . *berangan*

Wednesday, December 28

Wordless Wednesday #17
Goodbye 2011, Hello 2012
Few days to go, and New Year 2012 will be here. With the advent of new year, a new era begins and with it comes new hopes and new possibilities. Every year teaches us some of life's most important lessons, and with that learning we put our step forward into the new year.

Perghh.. speaking! Actually .. erk Sebenarnya bila kita sebut tentang tahun baru,tidak kisah tahun baru Hijrah atau tahun baru Masihi, pastinya perkataan yang paling sinonim ialah Azam Tahun Baru. Ahaa apa pulak azam tahun 2012 aku ye?

First Wishes: I wish I can do well in final exam on 3th and 9th January, and finish up my final year project (PSM), EXCELLENTLY ..

Dua paper jeke? Yup, gap-nya boleh prepare kenduri kot, seminggu serba satu. Huhu .. So '3D Modelling' please be nice to me. You too 'Modeling & Simulation'! Paper modeling saja? Haa yelah, habis exam boleh jadi supermodel. Kiddin' 

And you the Examiner, would you mind not looking at my paper while I'm answering the paper? Sincerely, it feels awkward bila tengah aku gigih memerah idea cari ayat nak goreng adalah mata² examiner yang nak nengok. Part paling tak boleh blah tu, lepas tengok jawapan kita dia boleh senyum sinis. Perghhh.. 

My first prototype.
Untuk Projek Sarjana Muda (PSM), diharapkan berjalan dengan lancar dan EXCELLENTLY going.. Insyallah. Projek apa kau buat? Tak payah la tawu. Tekanan mulai terasa. Bahang kehangatan tu tak payah cakaplah, tetiap minggu berhempas pulas. So wishing my luck for my PSM1 presentation on this 18th. Pffff .. nebes siot. Praying for me okay.

Second Wishes: I wish that Mark Zukerbergh can change back Facebook Timeline to the layout-Facebook-should-be.

Khabar angin mengatakan Facebook Timeline wajib untuk semua user start 23hb lepas. Alhamdulillah layout fb aku masih yang lama. Serius layout timeline sangat buruk. Bagi aku hilang identiti Facebook sebenar. Apakejadahnya ntah tukar sampai sebegitu drastik.. Dah macam Tmblr kacuk Myspace aku tengok. Ini pendapat aku. Pada yang dah pakai or TER-pakai fb timeline tu, mungkin ada pendapat yg berbeza.

And the last but not least ..

Third Wishes: I wish I will found my Prince Charming. (gatai noh!)

Sekarang musim orang kawin. Di fesbuk pun, sana sini orang haplod gambo kawen. Aku? Kawen? Urmm .. I haven't met my Mr. Right yet. But I have met Mr. Fake, Mr. Rude, Mr. Wrong and Mr. Player. Poor me right? Huhu.. Sokay, mungkin jodohku di 2012. Siapa tahukan? :)

Jangan biarkan nafsu menguasai diri anda. Goodluck uolls.

P/S: I wish I could forget you like I forget everything I've studied before an exam. (Eh macam biasa je)

Tuesday, December 27

Ku makan buahnya. Eh!
Celik mata pagi tadi, mencekik buah sampai ke petang. Naik mabuk rasa. Mana tak, dari pagi asyik mencekik buah je. Kenyang buah aku harini. Mana datang buah-buah ni semua? Opkos bukan dari langit. Dusun? Aha tepat sekali tapi bukan dusun aku. Semalam tengah malam rumet aku balik bawak hempat plastik besar buah-buahan. Tak banyak pun, tiga jenis buah je.


Ini buah dokong. *katanya*
Bergaduh sesama rumet pasal nama buah ni. Yang sorang kata dokong, sorang lagi kata langsat, sorang tu pulak kata rambai, yang aku kata duku. Last-last yang menang dokong sebabnya dia yang bawak buah ni. So redha jelah. Yang penting dapat makan. Sedap. Manis kot. Tapi aku tak suka sangat buah ni.


Ini campur-campur seplastik besar rambutan pulasan dengan manggis. Pulasan tu rasanya sama je macam rambutan cuma bau dia lain sket. Eh yeke? Hee .. Kulit dia pun keras dan tebal sikit. Apa yang bagus pulasan, kalau makan banyak-banyak tak sakit tekak macam rambutan. Manggis pula dalam baso kelate Mak Jemah oyak, oghe kelate panggil Woh Seto. Yoloh eh? Aku paling banyak mencekik buah manggis sebab jarang jumpa. Nak beli mahal kot. Huhu ..

Isi gebu dengan jus yang manis-manis masam. Perghhhh
And all time favourite.
.
.
.
.
.
.
.
Senang dikupas.
.
.
.
.
.
.
.
Berbulu keras. 
*jangan kuning*
.
.
.
.
.
.
.
Berwarna merah saga.
.
.
.
.
.
.
.
Manis berlemak macam aku.
.
.
.
.
.
.
.
PULASAN!

Aku lagi suka buah-buahan kampung daripada buah-buah orang kaya macam strawberi, orange, kiwi etc. Teringat zaman kecik-kecik panjat-panjat pokok time musim buah. Feberet pokok jambu dengan rambutan. Sampai kena kejar dengan tuan pokok paling tak tahan tu. Hehehe.. memori budak nakal.


Monday, December 26

Lagi Kisah Gay Melayu Kahwin Di Luar Negara
Lepas kisah Ariff Alfian Rosli dengan bertanjak kahwin di Dublin bersama jejaka bernama Jonathan, sekali lagi, seorang lelaki melayu islam siap bersamping dan bersongkok bagai berkahwin dengan lelaki Greece di Greece la opkos.

Sumber: Facebook
So it happened again huh? Tak tahu la nak cakap macam mane sebab I am not there to judge and siapa aku nak judge mereka ini. Aku pun belum tentu baik lagi. Tapi kadang-kadang orang Malaysia ni terlalu takut dengan ‘gay’ iaitu lelaki dengan lelaki. Tidak kah mereka perasan di Malaysia ni, golongan pengkid dan lesbian lagi daring dari gay di Malaysia. Tengok cerita Aku Bukan Tomboy pun aku dah kembang² tekak kot.


Tak pernah lagi aku perasan, gay couple bercium sakan dan berpeluk sakan di public. Tengok pengkid dan lesbian, mereka bukan saja berpegang tangan di public, berpeluk , bercium pun ada. Siyes pernah nampak LIVE depan mata. Geli dowh tapi siapa yang difocuskan? Gay jugak..


Suka dialog Harry (Shaheizy Sam) dalam satu babak, 

"Kalau korang jadi kawenlah katakan, jemput²lah. Aku boleh tolong dapatkan Baby kau ni zuriat. Jangankan Baby kau, dengan kau² sekali aku boleh bagi zuriat

HAHA Comel la Sam ni. Geram aku. :D Erk .. ehemm. Anyway berbalik kepada gambar di atas, di khabarkan, mereka sudah berkahwin sebelum kes Ariff Alfian Rosli dan surprisingly it remains unknown la. Tak tau sape mereka itu dan banyak sumber pun tak pasti dengan maklumat mereka. So I have nothing to say about it. Nanti takut tertabur fitnah pulak. Nauzubillah.

Monday, December 19

gara-gara gay
picit atas gambar untuk tumbesaran sihat.
Sakai. Itulah seburuk-buruk perkataan yang mampu aku ucapkan. Gara² entri Big Gay Wedding Project: Jonathan and Ariff , the blog at slpmeplz dot belogsiput dot kom has been removed by hacker. Bengong mu! Elok bagi makan pedigree je manusia cenggini.

Then aku investigate adepehal dengan belog aku ni. Check² email, then terbukti ada yang cuba meng-hek hak tuii puihh aku. Syiallan ya kamu! Banyak giler email yang sent atas account aku. Antaranya ...

Kalau korang dapat email bebukan atas nama aku or akaun aku, abaikan. Email inbox pun aku jarang bukak kot. Sekarang dah canggih, tak main email² ni. Skype boleh, Facebook pun boleh. Ni lagi, kalau tengok dalam spam mailbox uh, macam² ada. Cekidaut!


p/s: taboleh imagine produk seks itu apa, selain condom. #noob

Saturday, December 17

aku, nescafe dan cermin
Monink uolss ..
Awalnya bangun? Itulah. Entah kenapa aku tak dapat tidur 2-3 hari kebelakangan neh. Caffeine side effects maybe.  Mencekik neskepi tetiap hari tak kire siang malam, mana mahu tidurnya. I need to stay up for finish up .. erk obesi sangat. Stay up nak siapkan esaimen ngan project menggunung ni adoinyer pun. #sigh

my all time favourite #wajibminum
Then terfikir.. setiap pagi sesudah subuh apa yang aku buat. Gosok gigi Basuh muka Mandi Berak Sikat rambut. YES, SIKAT RAMBUT! Celik je bijik mata, sikat yang pertama aku carik. Jangan tanya kenapa. Memang dah habit sejak azali. 


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku dgn rupa dan fizikal yang sempurna. Segala yang dijadikan-Nya pasti ada kelemahan atau hikmat di sebalik kejadian itu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana walaupun pada mata manusia, kita tak lah secantik mana tapi hanya iman di hati yang dinilai oleh-Nya. 

Baca doa melihat cermin setiap kali ingin bersolek dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi S.A.W. sebanyak 3 kali.

Allahuma kama hassanta khalqii fahassin khuluqii

Bacalah doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah semoga membantu kita menemui kebaikan didunia dan akhirat. Selamat berdoa dan beramal. #zzz

Friday, December 16

Big Gay Wedding Project: Jonathan and Ariff
AMARAN KERAS: Entri ... dalam botol ini tidak sesuai untuk bacaan budak sekolah termasuk yang belum habis STPM dan ibu mengandung, takut terkenan baby dalam kandungan.

Satu kenyataan dan gambar yang dihantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.

Upacara sarung cincin kononnya. -.-
Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang dikhabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay.

.
.
.
Siapkan baldi untuk meneruskan pembacaan anda!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"You May Now Kiss the Bride" ew jijik dowh!

Sumber: Rotikaya

Nak kata bengap, student tajaan Petronas sampai obesi. Nak kata takda agama, tak tawu adat, aku yakin family dia semua origin Melayu Islam. Tiada rasa belas kasihankah kau kepada keluargamu, Ariff? 

Masya-Allah, beristigfar panjang saja yang mampu. Manusia akhir zaman. Budaya Melayu dihina di negara orang, agama Islam? Tak usah cakaplah. Lu fikirlah sendiri.

Wednesday, December 14

Wordless Wednesday #16

Wednesday, December 7

Wordless Wednesday #15
#np Someone Like You -Adele

Monday, December 5

'How to print screen?' edisi Bahasa Melayu
Print screen atau cetak skrin adalah salah satu cara mudah utk copy page website selain download image. Yang dah tawu tu mesti common dah dengan step button [PrtSc Sysrq]. Tapi aku tawu, masih ada diluar sana yang tak tahu mcm mana nak printscreen. 
picit atas gambar untuk tumbesaran sihat dan kuat
Bila Aku terbaca post diatas, terasa bertanggungjwb utk aku share ilmu yg tak seberapa ini disini. Bagus tak aku? ekeke Ekceli banyak caranya. Kat tenet pun banyak software² untuk print screen ni tapi gigih sangat nak install bagai. So aku  aku titipkan disini beberapa cara yang biasa orang pakai.

PRINT SCREEN VIA PAINT
Bahannya adalah sepapan keyboard. Kalau kau nak
1. Print keseluruhan screen desktop, picit 
  • [PrtSc Sysrq] + [Ctrl] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Shift] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Caps Lock] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Tab] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] sahaja. :D HAHAHA
Ceit, kenapa tak cakap semua button atas keyboard + [PrtSc Sysrq] ? Kadang² tekan [PrtSc Sysrq] saja pun tak jadi, so aku bagi la altenative way-nya. Ingat aku suka² nak trolling kau ke?

2. Print window sahaja, picit [PrtSc Sysrq] + [Alt]

Pastu aktiviti paste, edit dan crop dilakukan kat Paint. Paint pun tak tawu kat mana?! Hamboi kronik naw level buta IT kau tuh. Kau refer step² seterusnya kat belog² berikut:
Sama je stepnya, so watpe aku nak buang masa dan tebiat wat keje 2x. Kalau still tak puas hati or tak paham, boleh google tempat lain. Yang hensem kacak bergaya boleh tanya aku direct via phone. 

"Alah lecehlah weh. Jari aku tak sampai nak picit button [PrtSc Sysrq].."

"Alamak keyboard aku rosak la. Semalam main gem Sally's Spa habis tercabut semua button."

Pulak.. -.- Sokay, ada cara lain.

PRINT SCREEN VIA PHOTOSCAPE
Untuk step ini, refer belog ciktom gadis tomato. Aku pun tapenah pakai cara ni.

"Takde Photoscape, Window Media Player adalah."

Pergilah install dodol. -.-

"Erk, malas nak install Photoscape boleh? Local Disk aku dah merah, tunggu masa format je.."

Sokay, ada cara lagi senang. 

PRINT SCREEN VIA GOOGLE CHROME
Kalau kau suka guna Google Chrome, kau install extionsion dia kat link Awesome Screenshot ini. Ini dulu aku pernah la pakai kejap. Lagi senang daripada 2 cara diatas.

"Aku tak paham la yg Google Chrome tu. Dia speaking, bajet MUET ben sik lettew."

"Kalau aku pakai Mozilla MusangApi camna?"

Hamboi, memacam alasan. Untunglah aku nak ajar. Yang diatas ini cara biasa orang pakai. Ada lagi cara lagi-lagi mudah.

PRINT SCREEN VIA SNIPPING TOOL
Haa.. ini the best of the best. Tak pernah dengar dan tak pernah hambek tawu kan? Kacang dalam botol je ni. Start >> All Programs >> Accessories >> Snipping Tool. Tak pun pergi kat  ruang 'Search program and files' tu then taip je 'Snipping Tool'.
as easy as crop and save
Ooooo baru tawu. :D Dah tawu tu jangan pulak disalah guna. Selamat beramal.

Sunday, December 4

Tips kulit cantik bak Lisa Surihani
Ignore title entri. Kau bajet aku ni pengasas produk kecantikan Natasya ke hape nak bagi kau tips kulit cantik bak Lisa Surihani?! Puii ..

Arghhhhhhhhh aku tension! Stress! Tension lagi! Kemudian stress pulak! Jerawat mula tumbuh bak cendawan selepas hujan kat muka aku, gila. Warghhhhhhh ni yang rasa nak makan nasik neh. Kebulur memikirkan masalah itu ini, tambah pulak jerawat batu-bata. Sakit gila, gila! 

Ye, aku tawu jerawat tak membunuh. Bukan boleh mati pun, kencing lawas je seperti biasa, berak pun lancar. Ye, memang aku tawu itu tapi kau tak tawu rasa sakit berjerawat batu. Ni bukan jerawat-jerawat manja yang tumbuh pagi, malam hilang. JERAWAT PUAKA NI SAKIT MACAM PUAKA DOWH.

"Kau pegi arh jengah New York skin care, setel!" Hamboi, memang aku ada sugar dedi yang bela la kan.

Bila tengok cermin je gedik miang jari-jemari nak picit² urut² jerawat uh. Tapi an jerawat ke tak jerawat ke, urm .. muka aku ni boleh tahan la jugak lawanya. Aku bersyukur diatas nikmat kurniaan-Mu Ya Allah. #ikhlas

Actually aku takde la kisah sangat pasal kecantikan wajah. Jerawat muka aku ni pun tumbuh ikut musim, tapi yang tak sedapnya bila ...

picit atas gambo untuk kesihatan mata anda
Arghhh segan siot jerawat batu-bata aku kena tegur. Nasib baik bukan jantan yang tegur. Haisyhh, demm ngat rasa .. Bukan ku pinta ia tumbuh disitu. #sedey Lalu sekencang angin La Nina aku meng-google 'Tips Kulit Licin Macam Artis Korea'. Mana tahu membantu, tapi ...

Erk, hagham jadah apakah ini?! =.=
Sokay, biarlah nak berjerawat ke hape pun asal hati baik. Dalam hati ada Disneyland juga. HAHA #ayatpenyedaphati Maaf jika ayat² dalam entri ini macam orang PMS hari pertama.

p/s: Teringin nak kulit putih gebu suci murni macam troll face retis K-Pop. #harapantinggalharapan

Friday, December 2

aku punya rumet yang sangat baik
Perghh terasa tidur dalam oven. Homaigod, 1.30PM?! Patutlah. Nasib baik takde kelas rini. Arghhhh *geliat* .. Bilik kosong. Urm mana para rumet aku semua? Tenyeh² mata. Kriukkk .. bunyi kentut pintu. Yeyeh, Jemah balik.

"Haa baru bangun? Ini aku belikan nasi ayam dengan neslo. Sila mencekik.."

"Eh baiknya belikan aku makanan?" Tanya aku dengan suara serak² romantik lepas bangun tidur.

"Alah dah alang² aku pergi makan tadi. Bangun mandi! Anak dara apa bangun tengahari"

Wah macam Puteri Gunung Ledang rasanya. Bangun tidur dah ada orang hadapkan makanan. Lepas guling² sebarang dua guling, aku gagahkan juga diri hangkut towel menuju ke shower.

Selesai menyumbangkan 3-4 buah lagu ciptaan beberapa komposer terkenal di bilik mandi, siap² solat makan bagai aku mula meng-online-kan diri. Perghhh menggunung homwek neh. Mana nak mula dulu ni? Oke, hapdet fesbuk. LOL

Tengah syok baca troll face comic yg tak berpekdah tu..
picit atas gambar untuk kebaikan mata anda
Maaf lukisan buruk - Pendidikan seni failure. "Pehal lukis gambar freehair?" Dalam bilik nak bertudung litup bajet boleh masuk Ustazah Pilihan ke? "Erkk .. tu pehal pulak rambut Jemah kaler Oren, rambut kau kaler Kelabu taik hanjeng?" Eh, pedulik hapenyer aku nak letak kaler apa hatta kaler biru anjing laut sekalipun. Kau hado?

Moral of the story: Jangan mudah terpedaya dan percaya segala kebaikan orang secara tetiba kerana kebaikan secara tetiba ini boleh meragut kebahagiaan anda dalam sekelip mata.ppppfffffffft -.-"