August 2011 - Blog Maknya Naura

Thursday, August 25

the making of.. Coco Crunch Coklat
Coco crunch coklat nama diberi. Ada pulak coco crunch bukan coklat? HAHA Kali ini aku tak tau apa nama biskut resepi adik aku dak Ekin ni. Dia beriye sangat nak buat. Aku kurang sikit coklat-coklat ni. Urghh kembang tekak. Huhu. Pada penggemar coklat, boleh la nak try bikin biskut budak-budak ni. Mudah macam korek hidung je sebab tak perlu nak bakar dalam oven or acuan bagai.
kat [SINI] namanya Kue Coco Crunch Siram Coklat
Bahan-bahannya:

  • coco cruch tiruan untuk penjimatan
  • coklat masak
  • butter *jangan guna majerin nanti masin
  • colour rice *coklat rice pun boleh tapi nanti tak nampak la sebab sama-sama negro
  • cup kertas secukupnya
p/s: kuantiti ikut suka kaulah

Cara-cara nak bikin:
Maaf lukisan buruk. Harap faham.
  1. Memula masak coklat bersama butter sampai cair. Refer diagram di atas. Kalau coklatnya pekat sangat, tambahlah air sikit.
  2. Pastu humban coco crunch tadi dalam coklat cair tadi pastu gaul sebati. Jangan sampai hancur pulak. Bukan nak buat sambal belacan ni.
  3. Lepas tu masukkan dalam cup kertas dan laju-laju tabur colour rice atas dia. Kang coklat mengeras dah tak lekat.
  4. Pastu biarlah coklat membeku dan bolehlah ngap! Setel.
Mudahkan? Lagi mudah daripada korek hidung aku rasa. Ini rakaman video bukti adik aku yang buat. Aku tukang tabur je. Kalau adik aku yang belum cukup umur ni boleh bikin kuih sendiri, malulah kalau korang beli kat kedai.

tadaa.. hasilnya sebab kurang coklat ni.
akan diperbaiki lagi di masa akan datang hee..
Ahaa, tak lupa juga fakta kesihatan. Makanlah berpada-pada kerana coklat mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat dan caffein yang mampu membuat anda kurang selera makan dan magrain. Ia juga merbahaya kepada binatang peliharaan kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera. *aku nak bagi kucing kat rumah tu makan kuih ni kalau dia degil-degil. Hehe

Jangan risau, ada juga kebaikannya. Coklat mengandungi endorphins yang mampu mengatasi sakit kronik seperti kanser dan sakit jantung, di samping bertindak sebagai penenang fikiran. So kalau ada yang tension or stress tu bolehlah makan Coco Crunch Coklat ini. Selamat mencuba :)
aku bukan katun...babak 2
Entri lepas: [Babak 1]

Hari: Jumaat
Keadaan: Dilemma Wanita
Cuaca: Cerah dan ceria

Cancel camping dan menukar perancangan ke Johor Bahru melawat 'sedara' yang eksiden itu. Aku? Aku nak buat apa? Takkan aku nak pegi camping sorangsorang. Tak best la takda member. JB ada sapa je kau nak tumpang? Aku pujuk Norafidah pegi camping tapi dia sangat serabut dan sunggul. Pada hemat aku kalau ajak pergi camp pun membazir je sebab dia sangat tak bersemangat ditika itu. Aku pun mencadangkan dia stay kat rumah aku je sebab aku jelah yang dia kenal kat JB tu. Tak berani aku nak lepas anak orang ke bandar besar. Dia tak biasa dengan tempat camtu tapi berdegil jugak nak pegi. Sokay, aku pun call Kak Jue, cakap cancel camping dan bla.. bla.. bla.. Serba salah jugak sebenarnya sebab dah janji dengan orang. Tapi sebab Norafidah dah janji nak support tiket aku. Apa tunggu lagi. Peluang keemasan bukan selalu datang. Barangbarang yang dibeli semalam untuk camping dibuat bekal ke JB jelah. Yeah, balik kampung! *rasa macam amek kesempatan sangat

Kitorang pergi ke terminal ditumpangkan Kak E dan Ana Ntwogu *my fiancee hee~ Gamble je tiket bas ada ke tak. Nasib baik ada tiket tengahari tu tapi lalu Mersing. MERSING! Om em gee, i hate datz coz aku tahu aku takkan tahan bas lalu sana dengan jalan turun naik, bersimpang siur macam ular kena palu. Susah orang ada motion sickness ni. Urghh.. Ternyata telaah aku tepat. Muntah jua aku didalam bas. Malu tak malulah kan? Kesian Norafidah. HAHA. 
Then malamnya kitorang sampai JB. Dengan kepala aku peningpening lagi turun kat simpang Tebrau. First time aku turun situ sebab itu juga first time aku naik JB lalu Mersing. Turunturun bas nak call ayah then aku terperasan something. Demm!

Weh, mana henpon aku! Warghhh rasa nak menangis kat situ sebab aku ni jenis tak hapal nombo tepon orang. Nombo tepon rumah pun aku tak ingat. Om em gee.. Macam nak menangis rasa, nak gila meroyan pun ada. Pinjam henpon Norafidah call. Nasib baik nombo tepon sendiri ingat. 2-3x call baru berangkat. Suara lelaki, ada getar dalam suaraku. Macam rasa takut hilang nyawa saja. Aku rayurayu kat lelaki tu jaga henpon aku dan kembalikannya balik nanti. Memang kejujuran lelaki itu amatlah aku harapkan sangat. Henpon tulah nyawa aku. Aku sayang gilagila kot sebab tu aku tak pernah tukar henpon sehingga kini. Biarlah orang nak kata henpon aku tu jual tak laku, buat tumbuk sambal ganti anak lesung ke, orang buat baling anjing je ke apa. Aku tak kisah. Nyawa aku! Aku nak nyawa aku!

Then lepas tu aku legalah sikit. At least aku tahu henpon aku bersama orang yang dah janji nak tolong jaga dan pulangkannya nanti. Tapi camna nak call ayah? Nombo tepon tak tahu. Ingatingat lupa. Masyallah! *anak derhakakah aku tak hafal nombo tepon ayahku sendiri? Ku bawa Norafidah naik bas tambang. Itu saja altenatif yang ada. Aku bawak Norafidah macam tourist guide lagaknya. Hahaha. Seronok juga dapat balik kampung free ni.

Sampai stesen sana, aku ajak Norafidah makan dulu. Pekena kat warung feberet aku. Akak kawasan sudah sampai. Hehe. Kita layan warung je, tak mampu makan restoren. Bestnya hidup bujang! Aku saja yang excited beriye, Norafidah sunggul begitu. Tapi makan tetap makan, siap pujipuji sedap lagi.

Pastu naik teksi balik rumah sebab family aku balik kampung sebab apa entah, lupa pulak. So rumah aku memang kosong la. Lepak rumah sepupu dulu sebab kalau terus ke rumah pun takda kunci. Takkan nak merempat depan rumah. Lega... selamat untuk hari pertama. Hatiku masih gundah gulana mengenangkan tepon aku kat lelaki asing itu. Apalah nasibnya..

p/s: weh Norafidah, apahal belog kau jadi sakai camtu? kesian aku tengok terbengkalai cenggitu. Ish sedeyy!

Wednesday, August 24

Wordless Wednesday #9
MPPB The Series [Trilog]
Mungkin ramai yang berasa lega tatkala membaca tajuk kali ini? Adakah ini bermakna series ini sudah sampai ke hujungnya? Agaknyalah. Kalau aku nak cerita lagi pun maybe aku buat tajuk lain pulak. Jemu dah tajuk sama je. Maybe tajuk MPPB The Movie. Hahaha. Melawak je.
masalah lambakan kekucing yang kebuluran di KMNS
Suka duka, pahit getir sudah ku ceritakan. Macamlah apa je an sampai berepisod-episod. Mengalahkan sinetron panjangnya. Benda seminggu je tapi nak abiskan cerita sampai berbulanbulan. At least abis juga. Yes! Koleksi episod² sebelum ini:

Prolog | Episod1 | Episod2 | Episod3 Episod4 Episod5 |
Episod6 Episod7 Episod8Episod9 | Episod10 |
budak ini selalu complain takda watak dia dalam episod MPPB
sekarang setempek muka kau disitu aku letak
Kalau nak diikutkan banyak lagi cerita² yang belum diselongkar sehabisnya. Kisah orang bertopeng di tepi jalan depan loji blok B, kisah gadis misteri di jendela asrama, kisah budak baru daftar sengsorang tanpa family, kisah fesi kena prank dengan budak pengsan, kisah 'rumet' bertutup muka tidur dikatil fesi *siyes berlaku kat bilik aku ni dan macam-macam lagi. Ada sedih, ada lawak, ada seram juga. Kalau cerita semua, tak suprise la untuk orentasi akan datang. Itupun kalau orentasi akan datang masih memerlukan tenaga kami ini. *sedih 
cuba teka berapa orang ada dalam gambar ini?
Apa yang dapat aku nyatakan disini, AKU AKAN SANGAT² MERINDUI HARI-HARIKU MENJADI SEORANG FASILITATOR DI KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN. Moga video yang ditributekan kepada Big Boss kita, Mr Syah ini menjadi penutup yang terbaik untuk semua. Piss yaw!



Tuesday, August 23

the making of.. Kuih Makmur
Kuih Makmur atau Biskut Makmur aman sentosa ialah kuih yang amat popular pada zaman dahulu. Ini kuih raya pertama aku bikin tahun ni. Lambat sikit start buat sebab kesibukan sebagai tokei kuli butik. 


Camna kau buat weh? Ahaa takda resepi-resepi rahsia ni. Aku tak kedekut ilmu. Senang je nak buat. Korang sediakan bebahan berikut:

  • oven *kalau nak kukus or goreng pakai dapor kayu sedap sikit
  • tepung gandum
  • telur putih *yg kuning goreng wat makan utk berbuka. kalau susah sgt tak reti nak asing2kan telur putih dgn kuning. Haa bedal je marjerin pon boleh tapi nanti biskut kau tak putih macam aku la.
  • minyak sapi punya susu lembu dapat nama
  • kacang tanah *jgn guna kacang botol pulak
  • gula pasir
  • gula ising/gula halus

p/s: kuantiti bahan kau belasah jela berapa pun

1. Ayak tepung gandum pastu kau humban dalam besen. pastu masukkan minyak sapi dan gaul sebati . nanti dia jadi cam berderai sikit, jangan kau nangis pulak.
2. Humban pulak telur putih/marjerin dan uli sampai jadi doh yang lembut. *kemain
3. Pastu cubit bulatbulat, kasi penyekpenyek sikit sumbat kacang tanah tadi. kacang tu kisar dgn gula pasir dulu, jangan kau letak sejibik-sejibik dalam tuh. kau buatlah bentuk apa pun kau suka janji kacang tak terburai keluar.
4. Susun atas tray leklok pastu bakar dalam oven dalam suhu around 150 darjah celcius 15-20minit gitu tengok saiz kuih kau. lagi besar lagi lama. jangan pegi goreng/kukus pulak. aku memain je tadi. jangan lurus bendul sangat jadi orang tu. Ni bukan lepat pisang.
5. Dah bunyik TING! keluarkan kuih kau tadi. Biar sejuk sikit pastu kau bedakkan dia dengan gula aising tadi. dah lawa tu hidanglah.

aku letak dalam cup kertas ni sebab tanak dia 
melekat dan nak seragamkan saiz
Sesetengah orang buat dalam bentuk daun nak drag perhatian orang ramai. Ada tu buat kaler hijau tapi biasa putih la. Tambah pewarna je pun. Orang biasa buat kaler putih bulatbulat sebab tak larat bulan pose ni, bikin mudah sudah. Rasa sama je.

kalau orang tua buat memanglah lawa sebab ada pengalaman
Walaupun Kuih Makmur ini enak dimakan, ia tidak bergitu baik untuk kesihatan kita ye puan-puan/tuan-tuan. Ia dipercayai mempunyai kalesterol yang tinggi sebab wujudnya kacang tanah dalam kuih ini. Jaga permakanan kita untuk kehidupan yang lebih sihat. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Teja Al-Almed. Selamat mencuba.

Monday, August 22

MPPB The Series [Ep. 15]
Aku selalu cerita pasal pengalaman aku sepanjang series ini. Yelah belog aku, lainlah kalau ianya belog alumni. jadi episod kali ini, marilah kita selongkar perasaan dan baca luah rasa seorang fesi baru ketika minggu orentasi, Cik Wan Selamoh dan Mariah Jonet. *takda watak lain ke?

Che Wan Selamoh: Awal2 time datang jadi fesi, kami rase terpinggir. Kitorang siap cakap nape ek abang2 fesi dengan fesi2 lelaki yag baru senang je get along tapi yang pompan ni susah btul nak get along dengan akak2 fesi. Kita jeles kot tgk akak2 fesi ni. *jeles sebab kami cantik lettew.. Kita orang nak join akak2 fesi ni tapi tak tau macam mane nak masuk sebab kita orang pikir kang tetiba datang borak korang cakap, "Eh budak ni nape? Tak kenal tetiba nak beramah mesra.." Hahaha.. tu awal2lah tapi biler dah masuk hari sabtu dan ahad tu dah oke dah. Takdelah sombong mne pun akak2 fesi ni. Giler2 gak macam kta org..hehehe..

TJJ: Kitorang pun fikir camtu juga. Kenapa la adik2 ni mcm nak xnak je layan kitorg. hahaha.. Sampai Kak Ocha cakap, "Teja muka kau garang sangat kot sampai budakbudak takut nak tegur.." Masa solat jemaah tu, kitorg tgu kat belakang ni kot2 ada adik2 nak tegur. Kan akak dah cakap akak jenis tak ingat muka orang. Aku baru perasan sorangsorang masa salam ramai2 tu. Sampai naik lebam pipi duk cium2. Tinggi rendah, tinggi rendah naik sakit pinggang. Sorangsorang perkenalkan nama tu dalam hati, "MACAM MANA LA NAK IGT SEMUA NAMA BUDAK2 NI" Hahahaa.. sampai akak terpaksa catit nama korang dalam henpon ni. Gigih akak nak ngapal nama sorang2..

Mariah Jonet: Kite dah jumpe dulu dalam fb kan kak teja??hehehehe

TJJ: yelah jumpa dalam fb tp still xleh nak cam. Muka nak sama je semua.. skrg ni pun yang rapat dgn akak tu akak igt la, yang xrapat mcm fesi2 kat blok A tu akak cuba rapat2kan.. kita kan family.. sorilah Semah kalau rasa terpinggir. 120 org kot.. kalau nak rapat dgn semua dalam 1 minggu mmg xsempat la.. Even kat matrik, 1 praktikum pun amek masa setahun nak rapat. Tapi bila jadi family fesi, 1 hari pun dah boleh timbul rasa sayang... *pergh ayat bunga


teringat Hazama bila dengar lagu ni huhu..


Err.. ini siapa yang luah rasa? Junior ke senior? HAHA maap, maap, maap. Apapun bersambung lagi.. Masyallah!

Thursday, August 18

Segmen tempek dan jelajah blog

Berbosan ni kononnya nak carik kot-kot ada GA duit raya ke baju raya ke lagi untuk aku join. Ternampak segmen kat belog Shida'R. *kecewa 2minit sebab dia tag aku pun. TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA. Kemain laju aku picit kat link Cik Terpoyo Temoyo sebab aku tak pernah join segmen memana selama neh. Bertuah la kau TemoyoBilanya pulak kau nak buat GA ke segmen ja? Arh, nak bagi hadiah apa?! Lempang bertalu-talu? Muahaha.. Insyallah kalau idea itu ada mari. Syarat-syaratnya:

p/s: aku copy-tempek je syarat-syarat ni dari sticky post Cik Tempoyak Temoyo.

1) Mesti follow blog temoyo & fanpage temoyo SINI supaya senang nak tau update terkini :)
DONE follow #363 / fanpage 155.  *nice numbers

2) Tempek banner yg temoyo bagi tu dlm entri korang..

3) Nyatakan tujuan korang join segmen ni. 5 patah perkataan pon jadi laa...
5 patah perkataan ea. HAHA *tanduk mula tumbuh. Tujuan saya join segmen ini kerana SAYA NAK CARIK MODAL POSTING. Hee..

4) Siap?? korang tempek link korang kat ruang komen. korang nak tag @ tak ikut suka korang la k..kalau rmai join lagi bagus
Nak tag adik aku ni haa, Encik Am sebab..

jarang aku gegedik-manja-amat camni

Wednesday, August 17

bukan niatku membatalkan puasa kau!
Kecoh pasal M-Pop *kononnya tak tiru identiti K-Pop suatu masa dahulu. Masih ingat lagi pada Gula-Gula dan 24:7? Ya, inilah penyebab aku dibanned dalam page fesuk ditika itu gara-gara aku dituduh mengeluarkan kata nista kepada meraka. *sumpah niat nak nasihat je LOL sangat kau ni Teja.

picit atas gambo untuk tumbesaran
picit atas gambo untuk tumbesaran Eh ini takda kaitan oke!
picit atas gambo untuk tumbesaran
picit atas gambo untuk tumbesaran
p/s: gigih tak aku gali balik post zaman batu ni? Sanggup nok..


ohoo ada yang dah bertudung pulak tp...

credit to:  robot asmara
JANGAAN MUNTAAHHHHH!!!
Tahanlah sikit ea. Kang batal puasa tu, tak mampu aku nak tanggung dosa korang. Biasalah tu. Baik kita pegi ngaji lagi bagus. Ada jugak pekdahnya di hari dan bulan mulia ini. Salam Nuzul Quran :)
Wordless Wednesday #8

p/s: Salam Nuzul Al-Quran

Tuesday, August 16

Giveaway from Moscow by Miszlullaby
Cik Moshi tanpa segan silunye mengetag aku untuk GA Cik ML. So kalau korang nak join, jemputlah. Aku tag buat lepas syarat je. "Orang tak tag kita takkan kita nak usung muka tak malu join tetiba," kata kau dengan gedik poyo. Takda orang nak marah or pukul kau join benda ni if tak kena tag pun samdol.

SYARAT-SYARAT


1)Buat satu entry bertajuk "Giveaway from Moscow by Miszlullaby"
DONE


2)Copy dan letakkan banner di atas dalam entry korang tu. Tak payah letak dekat sidebar.
- DONE


3)Be my FOLLOWER.
- pergh kemain ribu-ribu lemon pengikut dia. i'm 2064th. DONE


4)Masukkan link http://www.Miszlullaby.com dalam senarai bloglist korang.
- err.. oke-oke. DONE


5)Tag 5 orang rakan blogger and LET THEM KNOW. *tengah bersemangat nak menang ni
http://syaiza189.blogspot.com/
http://nurazierani.blogspot.com/
http://mama-syafi.blogspot.com/
http://lifelikethese.blogspot.com/
http://sitiraudahahmad.blogspot.com/

6)Kemudian, tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen di bawah.
- oke, i'm coming. *dengan bangga konon kompom menang


p/s: aku tak pernah menang GA/contest pape. *ayat nak bagi orang kesian

Monday, August 15

aku sendiri lagi tanpamu disisi
sedihnya
malangnya
kecewanya
sekali lagi
kesayanganku pergi meninggalkan aku
AGAIN
selepas berapa purnama merindu kita bersama
kau tinggalkan aku tanpa sebarang kata
tanpa sebarang tanda
itulah takdirnya
aku pasrah
kini
aku hanya mampu mengenangmu
menatap gambar-gambar kenangan kita bersama
kenangan bahagia kita berdua

kau ada ketika aku takut kena cucuk jarum
kau ada ketika kita hanimun di Langkawi
kau ada ketika aku kena penyakit kulit
kau ada ketika kita menyambut malam tahun baru
kau ada ketika aku gigih main lelayang macam budak terencat
kau ada ketika aku pertama kali naik menatang ini
kau ada ketika kita bersnorkelling di Tioman
kau ada ketika aku bersama teman-teman
hampir tiga tahun bersama
banyak kenangan kita cipta
jika tidak kerana kecuaianku
meninggalkanmu di masjid ketika solat zuhur tadi
pasti kita bisa mengukir lebih banyak kenangan bersama
maafkan aku 
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku
tak 'kan lagi 'ku bersamamu
biar kusimpan semua 
kenanganku bersamamu
p/s: terus tukar profile picture nak cakap betapa sedihnya aku tanpamu JAM. Entah bagaimana aku akan tempuhi hari-hari seterusnya tanpamu. Sendiri. Hilang selera makan 5 minit.. T.T
MPPB The Series [Ep. 14]
Che Wan Selamoh: Terasa sgt2 menyedihkn walaupun ni first time kta jdi fesi. Dulu2 time orentasi dah berazam nak jadi fesi sebab tgk akak2 n abg2 ni jdi fesi macam best je. Tapi mmg best pun. Bukan best dengan student tapi best dengan FAMILY fesi..hehehehe

TJJ: Kitorang senior2 ni sayang korang. *kononnya Bila nama korang tersenarai je dalam list fasilitator KMNS kitorg dah anggap korang macam adik beradik. Susah sama2 susah, senang sama2 senang.. sebab tu masa last post mortem, empangan pecah jua. Tiada siapa dapat menahan airnya...

Mariah Jonet: Best kak jadi fasi. Thanxss akak2 n abang2 sume. Yah mmg sayang korang sume.. you are my family now and forever..

TJJ: Macam Semah cakap, fesi best sbb family fesi. Even kena henyak, hentam, gaduh2 apa semua tu still boleh get along. Dengan beratus2 org tu, macam2 perangai tp boleh stick together.. Akak pun bersyukur sgtla, xpernah ada rasa menyesal jadi sepanjang jadi fesi ni even apa pun masalahnya... Susah nak gambarkan ikatan tu..

Mariah Jonet: jujur~~ Yah tak pernah fikir pasal benda lain. yg Yah tau Yah join fasi sebab nak kenal orang lagi2 senior Yah sendiri..sgt best kenal korang..

Che Wan Selamoh: Saya xtau nak komen apa sebab saya terlampau terharu bace esei2 diatas..hehe..sumpah saya tah pernah rase best duk matrik sehinggalah jadi fesi tu..hehehe..Saya suke buat2 kje mcm fesi ni..urus kan budak..panggil dorg kumpul rmai2 tapi serius kita suke buat keje2 macam fesi ni.. *igt nursery ke uruskan budak?

TJJ: Akak just tawu, bila nama tersenarai dalam list fesi mean kita balik negeri sembilan nak jumpa keluarga.. macam balik kampung nak raya rasa excited tu.. mmg luar biasa la, kdg2 lagi excited dari balik rumah sendiri.. hahaha

suka sangat Gugu dapat main cikucak belakang Azman aku 
Mariah Jonet: once fasi, forever fasi...like3

TJJ: tagline family fesi tu hee.. sebab ramai sgt kan, lagipun ada yang pernah merasa jadi fesi skali je seumor idop. tak semua fesi mampu bertahan lama. akak bsyukur sangat2 still dipilih jadi fesi utk kali ke-5 ni. Masa nama fesi keluar, yang tak dapat dalam senarai tu berdoa siang malam supaya ada antara yg dipilih tu tak dapat join fesi tawu.. Sebab tu tiap2 hari ada je fesi2 senior sampai konon nak melawat, padahal diorg rindu dgn suasana family fesi.. *kantoi sudah akak dulu tak dapat jadi fesi batch korg tu akak sedih gila2 sebab bkn senang kita nak dapat jadi fesi ni tapi apakan daya..

Mariah Jonet: alaarrrr kuatnye ikatan nie...insyaAllah..semoga ikatan ni kekal..aminnn...


Tamat dah ke series ni? Cepatlah pulak habisnya. Tapi ending macam tak best je. So penaip rasa the series should to be continue... HAHAHA

Friday, August 12

Kisah RM1 dan RM50
Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya, "Oit,lama tak nampak. Mana ko pergi?" RM50 menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, tengok konsert AF, naik STAR Cruise, pegi Bali naik AirAsia, lepak One Utama, Pavillion.. Urmm tempat-tempat camtu lah. Eh, ko camna pulak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah. Balik-balik tempat sama saja. Surau, masjid, surau, masjid.."


Sumber: Fesbuk
MPPB The Series [Ep. 13]
The last hot story of the week, Ops Datang Bulan. Aku sukasuka je bagi nama operasi ni. Dari hari pertama lagi dah aku perhatikan. Kenapa ramai sangat yang ABC? Sampai penuh sepanjang susur gajah laluan tengah tu. Aku nak jalan kat situ pun naik segan, terpaksa lalu ikut jalan besar sambil tutup muka. *motif tutup muka? LOL

"Aku memang tak percaya dengan budakbudak nie. Ramai giler kot yang period sampai seratus lebih satu kluster memang temberang giler arh. Dorang ni sambil lewa betul la.." Bebel Siti Rahimah Rejab atau lebih mesra dengan panggilan Jemah. *Mak Jemah femes oke!

Kebetulan petang tu kami fesifesi otai ni habis dinner lambat. Budakbudak dah berkumpul. Kami tengok jelah gelagat fesifesi asrama kumpulkan student. Mana yang perlu diasingkan, diasingkan ikut kategori kategorinya. Pastu kami peliklah apasal yang keluar baris lagi ramai dari yang dalam baris. Lepas ditanya pada fesi setempat *kami fesi dari kayangan cendekia tak tahu keadaan jauhari rupanya yang ramai-ramai tadi semua ABC. Amboi ramainya! Takkan ABC pun nak serentak kot.

Inilah masanya fesi otai bertindak! Selesai mematahkan taring Kluster C dalam entri ini, Kluster A pula nak mengaum ye. *ayat sastera level tinggi ni Mentangmentang fesifesi sana baikbaik dan berwajah polos. Henyak-henyaknya dek bebudak. Waktu magrib itu jugak kami start operasi. Tanya dulu mana yang betulbetul boleh solat keluar baris. Semua tak mengaku.

Next step. Tanya lagi. Tak ada yang mengaku jugak. Then ugut nak rogol raba sorangsorang check kesahihan mereka itu benar sedang ber-ABC. Muka masingmasing terkedu. Ada yang tak percaya. Kononnya kami ugut-ugut sayanglah. *memang pun

Sebab tak percaya tu kami pun buatlah demo. Bukan demostrasi macam kempen Bersih 2.0 tu ye. Demo 'itu'lah.. So modelnya adalah _______. Dirahsiakan. Malulah beliau nanti. Ini bukannya program realiti tibi Malaysian Next Top Model uh nak dibangga-banggakan.

Dipendekkan cerita, lepas demo tu baru muka masingmasing pucat. Bukan pucat tak cukup darah. *Lebih darah lagi adalah. Katanya malulah kalau akak akak fesi buat macam tu. Nak kata kes cabul? Kami perempuan. Nak kata kes rogol? Jauh sekali. Nauzubillah perempuan "eheme-ehem" perempuan.

Next step... tuuttttt. Siaran berbayar. Sila bayar dulu kalau nak tahu kisah selanjutnya. Alaaa.. Arh takda ala, ala.. Ianya bukan untuk tontonan umum oke dan melibatkan kesensitiviti masyarakat. Biarlah hanya yang terlibat fesi mahupun pelajar terbabit sahaja yang mengetahuinya. Kalau aku publish jugak nanti marah Sis Noora sebab beliau pun terlibat sama. Haha Tak gitu ling?

Manisnya Sis Noora ini
to be continue...

p/s: selesai sudah 12 Ramadhan. Alhamdulillah.

Thursday, August 11

Wordless Wednesday #7
Kusyukkah kita ketika solat?

p/s: Maap, maap, maap! Lama sangat cuti sampai lupa hari.. agaga..

Wednesday, August 10

manisnya lelaki belikan tudung untuk wanita ini
Amboi, tajuk kemain lagi. Tadi, baru kejapkejap tadi aku didatangi seorang pemuda. Gaya macam pelajar tahfiz. Mungkin juga pak ustaz. Berjubah. Tanpa serban. Tanpa jambang. Maybe sebaya aku. Pelik juga dia masuk Hijab Department *aceh, bajet midvalley ada department bagai.

Pemuda : Cik, ada tudung saiz besar tak?
Aku : Nak lerang berapa tu?
Pemuda : Err.. saya tak surelah. Paling besar berapa?
Aku : Lerang 60 paling besar. Sambil menunjukkan lokasi tudung tersebut berada

Sambil membelek-belek tudung yang ada. Aku tengok jelah gelagatnya. Comel tengok lelaki beli tudung. Kalau orang tua tu aku tak heran sangat. Kalau yang muda-muda ni, aumm! Eh bukan, nampak sweet la. Dekat 20minit lepas tu..

Pemuda : Agak-agak kaler mana yang sesuai dengan semua baju?
Aku : Err.. biasa hitam, putih, krim sesuailah. Encik nak kaler apa?
Pemuda : Yang sesuai dengan semua bajulah. Agak-agak kaler ni sesuai tak? Sambil menunjukkan tudung Akel maroon kosong.
Aku: Boleh juga. Janji pandai digayakan. *tipu sunat, janji barang laku

Dia belek lagi. Aku tunggu lagi.

Aku : Encik nak beli untuk siapa?
Pemuda : Err.. untuk tunang saya. *Memalu tenuk pulak brader neh
Aku : Maroon cantik. Lagi kalau kulit dia cerah, naik seri. *aku cuba mengayat
Pemuda : Bolehlah.
Aku : Satu je ke? Kalau amek dua saya bagi diskaun.
Pemuda : Satu dululah. Hee.. yang baru ada?
Aku : Ada. Nanti saya ambilkan.
Pemuda : Bungkus elok-elok ea.
Amboi banyak songeh pulak. Tahulah untuk tunangan kamu. Aku senyum saja.  Tak perlu kata apa-apa. Lepas runding harga, maka terjuallah sehelai tudung untuk hari ini. Malas aku nak merenyeh lebih-lebih dengan tunang orang. Lagi tengah puasa ni. Tapi comel kan? Belikan tudung yang labuh untuk bakal isteri. Sejuk perut aku. *motif?

Cintaku buat mu, bagaikan huruf-huruf yang terpateri di setiap helaian kitab.
p/s: kebelakangan ini aku dikelilingi orang-orang yang bahagia. Sanggaattt manis *melayu sangat ;p

Tuesday, August 9

aku, terawikh dan kanak-kanak

Suka tengok ramai bebudak umor semuda 3-4tahun datang masjid. Yang lelaki berkopiah, yang perempuan bertelekung. Comel je. Tapi ada beberapa situasi yang aku tak berapa berkenanlah dengan bebudak ni..

teringat zaman kecik-kecil huhu.
SITUASI 1
Yang ini tak berkaitan dengan budak tapi berkaitan dengan mak bapak budak tu. Reti bawak tapi tak reti nak jaga anak ape cer??? Time solat, bebudak ni berlari-lari. Bergusti pun ada. Ada tu buat group usrah sendiri, gelak-gelak entah apa yang lawak sangat pun aku tak tawu lah. Tak kusyuk aku dibuatnya.

SITUASI 2
Ini pernah berlaku pada aku. Kategori kanak-kanak yang.. tak reti nak describe camna. Orang tengah solat ni, kemain angkat takbir dengan mulut terkumat-kamit. Dandan dia lalu depan then duduk betul2 depan tempat kita sujud. Nak halau taleh sebab tengah sembahyang. Buatbuat kusyuk jela. Budak kecik memang suka pandang muka orang semasa solat ea? Tengah tahiyat akhir ni, sepanjang tu la duk tenung muka sampai sebu dada tahan gelak. Kang tak memasal batal solat aku.

SITUASI 3
HAHA yang ini pesen bebudak lepasan taska. Mentang-mentang dah hafal dekat sekolah, kemain kuatnya baca surah. kadangkadang bacaannya ada terkehel sikit, pelat. *boleh imagine tak budak baca camna? Kalau baca macam orang nak alun azan, eloklah tak payah solat bersama dengan orang dewasa. Buat aku tergelak saja HAHA.

SITUASI 4
Biaselah bunga api/mercun dan kanak-kanak memang tak dapat nak dipisahkan di hari perayaan cenggini. Kadangkadang makbapak budak join venture sekaki. Aku tak kisahlah korang nak main tapu aku jadi kisah kalau korang main tepi masjid. Berdentam dentum time orang berterawih. Terasa macam berterawih kat Iraq pulak gamaknya. Imam pon tersekat-sekat bacaan sebab terkujat dengan bunyik mercun. Naseb baik takda kecing manis heart attack. Silap haribulan solat terawih jadi solat jenazah.
berterawih pun nak bergambar bagai (-.-")
Rasaya nak bagi cadangan pada EXCO masjid/surau setempat eloklah buat pembahagi untuk bebudak ini. Lelaki, perempuan.. jauh sikit untuk kanak-kanak riang. Lagi jauh lagi bagus. HAHA. Biar diorang dengan geng diorang pergi solat dekat belakang sana. Buat aku tension je. (-.-") *sigh

p/s: suka aku nak share ini dengan korang: 

Sunday, August 7

MPPB The Series [Ep. 12]
Ada orang tanya, "Bila nak abes cerita kau pasal orentasi ni?" Eh suka hati akulah kan, belog ni bukan aku sewa dari opah kau pun. *kwang hajaq hang noh! Hee.. tapi sebenarnya aku pun tak tahu camna nak end kan cerita ni. Serius, aku tak nak ianya berakhir. *sebak

tekan pada gambar untuk skodeng gambar lain
Orentasi time aku dulu masih ada rokol, denda mendenda, dera mendera ni. Tahun lepas kami semua dah start dimanjamanja, dibelaibelai, dipeluk cium bagai menatang minyak yang penuh. Kitorang dulu berlari balik blok. Kau bayangkan bertapa jauhnya C5 tu, kitorg berlari balik tawu.. Baru nak bukak paip mandi, kena rokol pukul 2-3 pagi. Kena buat helikopter la,  ketuk ketampi la, kena lari berbogel macam-macam.. Saban hari kena marah, hari-hari kena bebel. SUMPAH AKU BENCI GILER FESI MASA ORENTASI.. Tapi kini, aku juga menjadi sebahagian daripadanya. Sangat LOL disitu. Tak sangka.

wajib berlaku bila ada taklimat kat depan
Mariah Jonet: Ha'a mase orientasi tahun lepas saya pun pelik jugak selalu dapat tidur awal. Macam xde bnde sgt..xde kene2 buli sume..hehe..

Che Wan Selamoh: Kak teja kita try lah jugak kan nak jadi garang tapi diorang pandang sebelah mata je. Sengal betul. Sakit2 tekak menjerit2 kat diorang tapi diorang buat bodoh je.Bengong..Last2 saya tanya budak2 ni akak garang tak? skali dorg cakap tak garang tapi happy go lucky. Penat aku jerit marah2, dorg cakap aku happy go lucky?! Pelik2.. Ketua biro asrama untuk Blok A lemah lembut kot sebab tu budak2 pijak kepala. Siap boleh kutip duit tolong belikan dorg roti. Haiyo, pelik2..hahaha..

Mariah Jonet: Kat blok A, Faa lah fesi yang paling garang. Aku tak bolehlah garang-garang, cepat panas.. hahaha.. tgok muka Faa dgn taring dia tu pun dah cuak kot.. hahaha..

TJJ: Batch atas aku dah start semua pelajar tidur kol11. tak boleh rokol, tak boleh nyanyi2, tak boleh ragging, tak boleh joget2, tak boleh lari2, tak boleh marah2. Jambu kata apa pun tak boleh! Memang orentasi paling bosan la. Pegi dgar taklimat, balek tidor, bgun dgr taklimat lagi, pastu tido. Naib baik la cheers war tu tak dibekukan jugak klu tak aku pon malas nak jadi fesi.

Che Wan Selamoh: Tapikan aku rase tahun kami pukol12, kau ingat lagi tak Yah? still kena dengar briefing dari fesi lagi. Tapi tahun ni pukol10 dah kena cepat2 balik blok. Tak best, tak best. Masing2 mengeluh skali aku jawab kitorang dulu pukol12.30 kat DSG lagi dgr briefing tau. Banyak kali jugaklah kita ulang ayat yang same bila dgr je budak2 ni mengeluh..

Mariah Jonet: Ha'a. Dulu always briefing. Yang paling aku ingatkan Semah, before pergi mentor ke interaksi ke mesti kene kumpul dulu. Always aku rasa.. memang briefing dulu, baru lepas pergi sume2 tuu..

Che Wan Selamoh: Memang asyik kene briefing jelah tapi time kita ada je mase buat gemuruh jiwa, lagu lantai yang cantik. Buat yg gambate2 tu.. Eh banyak bende kot fesi2 ajar lagulagu semue time tu. Tapi kenapa skang ni smue bnde xde ek. Sedih kot..

Mariah Jonet: Main game siput tak payah citer ar. Teka-teki la, apa. Banyak giler yang aku rakam fesi2 lepas ajarkan. Sekarang ni, nak buat gemuruh pun xde nyer..

Che Wan Selamoh: Banyak kan? Tapi skang nape satu pun takde. Ada sehari tu kitorang buat tapi depan budakbudak yg tak boleh smbahyang dan pelajar non-muslim. Time tu je aku rase. Kenapa ek?? Pelik bin ajaib. Lagi satu, ada ke majlis penutup buat petang? Tak best langsung. Buat malam lagi gempak dan time kita persembahan majlis penutup ada 2-3 persembahan. Sekarang ni satu je? Bosan2.. Kesian kita kan dapat jadi fesi yg aktivitinya semue kene cut tapi best fesi ni sebab familynya fesi. Kenal tak kenal bantai je borak sakan skali terus rapat. Best2..

*****

Itu yang kami rasa. Tapi ikhlaskan hati, berbakti untuk kolej. Bukan senang nak dapat masuk matrik. Kalau kita yang tak hargainya, siapa lagi? *patriotik giler

Juga ku titipkan disini video lagu gemuruh time orentasi zaman aku. Muahaha.. yang lead kat depan sekali, si baju hajau tu nama dia Maaz aka Roy *bukan sebab dia boroi ea. Kitorang gelar dia Abang Semangat. Sebab apa beliau dapat gelaran sebegitu? Korang layan video ini untuk mencari jawapannya..


bersambung..

Saturday, August 6

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih
Ini Mega Giveaway by Yana & Cik Putih. Aku telah ditag tanpa segan silu oleh Cik Gugu dengan niat nak memenuhi syarat-syarat penyertaan. Maaflah gu, aku takkan benarkan kau menang. Heh *mode watak antagonis Syarat-syaratnya adalah : 
 
1. Follow Cik Yana (picit je nama dia) DAN Cik Putih (junior aku la tu)
 - DONE [Entri berkaitan] 
 
2. Buat satu entry bertajuk "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"
 - DONE
 
3. Copy banner & paste di dalam entry tersebut. Linkkan gambar tersebut kepada entry ni.
 - DONE
Comelnya adik-adik aku neh! *motif bodek utk menang
4. Tag 3 rakan anda dan pastikan diorang tahu pasal GA ni.
 - Cha
 - Kechik
 *Haa.. aku petik ikut suka hati aku saja. Hehe

5. WAJIB tinggalkan link entry contest ANDA(aku) kat ruangan komen ENTRY SAYA (Cik Putih) YANG INI :)
 - Kejap lagilah. Tak abis taip entri lagi ini.
 
6. Contest ini akan berakhir pada 8 Ogos. ( Jika tarikh bertukar akan diumumkan )
 - Kalau dah expired pun aku join juga. [Entri berkaitan]
 
7. Kalau rajin like la fan page aku (Cik Putih) & cik yana sekali , tu pon kalau rajin la.tak paksa okeh.
 - Setuju! Mana boleh paksapaksa. Currently tengah tak rajin so tak likelah. Ehee..
 
8. Copy senarai sponsor kat bawah dan letak dalam entry korang.
 - DONE. Senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls  
p/s: Gugu Errani, junior kau junior aku jugakkan? *mahu tumpang glemer juga hehe..
aku yang tabah
Cerita ini minggu lepas lagi. Tapi aku tak berkesempatan update blog pasal benda ini disebabkan ke'bizi'an menjaga butik. *bukan aku punya ye, so jangan nak mintak tudung or baju free. Sabtu lepas bersamaan 30hb Julai 2011, sepupu aku, Effa kawin sudah. Kitorang sebaya. *tapi aku muda beberapa bulan Haisyhh.. lemah. Bukan dengki dia kawin awal daripada aku. Lemah sebab dia sebaya aku. Ada juga sepupu lain yang lebih tua tak kawin lagi tapi diorang dah bertunang or at least dah bawak jumpa and kenalkenal keluarga. Aku?! Malas ceritalah. HAHA.

Effa kawin memang grandlah. So far, reramai perkahwinan sedara-mara yang aku attend inilah paling grand. Dah ini satu-satunya kenduri family yang kau datang, memanglah! Heh, lagi nak impress lebih. Err memang pun. Al-maklumlah anak perantau. Belajar jauhjauh. Last kenduri aku datang time aku tingkatan dua. Majlis sepupu aku yang kini dah beranak 3 pun. Dasyat kan? Pernah juga mak aku cakap,

"Kakak tak pergi majlis orang nanti sapa nak datang majlis kakak?"

Dalam hati, "Untunglah kita. Tak payah masakmasak, jimat kos." Itu jawapan budak hingusan yang pendek akalnya. Jangan ikut ye. Then kali ini sebab tak nak hampakan mak lagi *tiap kali ada majlis, sedara-mara bertanyakan ketiadaan aku. Kesian bondaku. So aku gigihkan habiskan awal  segala program-program aku balik rumah. Untunglah kau Effa.
Selamat Pengantin Baru Effa & Wan
Tengok pada gambar pun tahu memang grand. *guna hempon je ni Ala-ala perkahwinan dalam NONA gitu. Yelah anak perempuan tunggal. Mestilah majlis nak hebatkan. Reception pun bikin kat hotel. Uuissh nak diceritakan mak dengan adik-adik aku yang sibuk melebih. Macam anak dia pulak yang nak kawin. Masuk butik sana, keluar kedai sini. Masuk pulak mall sana, keluar pasar sini. Seminggu tu kalut carik baju, tudung and kasut nak pakai ke reception. Aku? Masuk butik jugak, kerja. HAHA.

Sehari sebelum hari kejadian, aku baru teringat kasut yang aku beli *Eleh beli juga, lagi awal pulak tu tertinggal kat asrama. Masyaallah! Baru ingat nak buat kasut raya terus. Nyanyuklah kau ni teja. Urm apa yang ada? Selipar jepun lusuh aku. Itupun dah tamat riwayatnya dalam entri lepas.

"Apa?! Takkan pergi hotel pakai selipar jamban??!"

Hey elok sikit mulut tu. Selipar ni aku tak bawak pergi jamban ea. Lempang mulut tu kang. Yelah, selipar je yang ado. Belasahlah. Aku nekad. Mak bila dapat tahu terus membebel. Cair taik telinga aku. Aku bukan tak try carik kasut tapi takda yang berkenan. Aku susah sikit bab shopping-shopping ni, aku tak berapa reti. Nanti aku beli, pakai sekali then simpan buat saka.

Melaram daripada kepala sampai buku lali superb. Sampai ke kaki. aaa.. SPOIL! sokay, sepanjang majlis tu dapat seat depan sekali woh. Aku jalan kemain cover lagi. Labuhkan kain tutup kami ni. Nasib baik aku tinggi. So orang tengok macam pakai heel je. HAHA.

Sepanjang uh ramailah jugak sedara-mara yang tegur. "Makin lawa kau sekarang, hehe.." sambil jeling-jeling kaki aku. Nak je aku korek mata tu. Dapat duduk, aku makan laju-laju. Selalu jarang aku begitu sopan kat majlis orang. Sibuk bergambar ke sana ke mari. Kali ini kena stay static sebab selipar punya pasal.

Sepupu-sepupu aku termasuk adik aku sekali melaram mengalahkan pengantin. Aku yang berada dalam kalangan diorang naik segan. Yelah, diorang gedik hot. Aku?! Takda handbag. Takda high heel.  Takda baju butik. *Recycle pakai baju raya last year je. Takda bibir merah berkilat. Takda bulu mata macam penyapu. Takda mekap tebal-tebal tutup jerawat. Mak dengan makcikmakcik aku  pun bising. "Betul ke kau nak pakai camni pergi sana?" Apa masalahnya? Bukan aku berbogel pun. Sempoi-sempoi sudah. Aku fikir, bukan aku pun yang nak kawin. Takda orang nak tengok aku pun.

Then lepas makan. Ada tepung-tawar. Itupun aku tak pergi. Takut kantoi selipar jepun HAHA. *sedih tak dapat bunga telur. Then sesi bergambar dengan pengantin uh laju-laju aku naik stage. Lepas bergambar, terus aku mem'blah'kan diri. Malas nak lamalama. Aku merempit ke butik sebab nak balik pun takda orang kat rumah. Better lepak butik sampai malam...

p/s: Sedar tak sedar dah jadi cerpen pulak entri ini. Err boleh aku teruskan? Alah sikit je lagi, teruskan membaca ye. Huhu..
Ain Panichkul Ahmed Sekarang seorang gadis cantik ayu berbaju kurung sedang tersadai ditepi jalan bersama motor yang kehabisan minyak. Stesen minyak 1.5km dihadapan. Alhamdullilah, sabarkan hatiku Ya Allah.. **menanti sang arjuna datang membantu
July 30 at 9:39pm via Facebook Mobile
Ini status aku pada sabtu malam yang sama. Boleh imagine apa yang terjadi padaku? Gadis cantik tu merujuk kepada akulah. Dah siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri tak gitu?
tenggiling malang yang ku tunggang di hari kejadian
Bala datang bertimpa-timpa hari itu. Dekat 40minit menunggu tu ayah datang bawak minyak. Sementara tu banyak jugak orang stop tanya kenapa. Dah kawin ke? Motor rosak ke? Aku cakap tunggu kawan. Cuak kot. Dah lah malam, perempuan sorangsorang berbaju kurung lagi. Buat muka confident je kalau orang stop tanya. Ada juga yang menggedik try nak mengorat. Sambil lalu, weewiitt.. weewiit pon ada. Geram! Manusia macam ini patut ditembak mati je.

Sampai rumah kena bebel lagi. Dengan ayah pulak. Taik telinga yang beku tadi cair balik. Hari malang aku agaknya. Ataupun hari membebel sedunia ni? Pening. Sampai rumah, lepas mandi. Terus aku menidurkan diri. Kepenatan.

p/s/s: Alhamdulillah selesai sudah 5 Ramadhan :)