aku yang tabah - Blog Maknya Naura

Saturday, August 6

aku yang tabah

Cerita ini minggu lepas lagi. Tapi aku tak berkesempatan update blog pasal benda ini disebabkan ke'bizi'an menjaga butik. *bukan aku punya ye, so jangan nak mintak tudung or baju free. Sabtu lepas bersamaan 30hb Julai 2011, sepupu aku, Effa kawin sudah. Kitorang sebaya. *tapi aku muda beberapa bulan Haisyhh.. lemah. Bukan dengki dia kawin awal daripada aku. Lemah sebab dia sebaya aku. Ada juga sepupu lain yang lebih tua tak kawin lagi tapi diorang dah bertunang or at least dah bawak jumpa and kenalkenal keluarga. Aku?! Malas ceritalah. HAHA.

Effa kawin memang grandlah. So far, reramai perkahwinan sedara-mara yang aku attend inilah paling grand. Dah ini satu-satunya kenduri family yang kau datang, memanglah! Heh, lagi nak impress lebih. Err memang pun. Al-maklumlah anak perantau. Belajar jauhjauh. Last kenduri aku datang time aku tingkatan dua. Majlis sepupu aku yang kini dah beranak 3 pun. Dasyat kan? Pernah juga mak aku cakap,

"Kakak tak pergi majlis orang nanti sapa nak datang majlis kakak?"

Dalam hati, "Untunglah kita. Tak payah masakmasak, jimat kos." Itu jawapan budak hingusan yang pendek akalnya. Jangan ikut ye. Then kali ini sebab tak nak hampakan mak lagi *tiap kali ada majlis, sedara-mara bertanyakan ketiadaan aku. Kesian bondaku. So aku gigihkan habiskan awal  segala program-program aku balik rumah. Untunglah kau Effa.
Selamat Pengantin Baru Effa & Wan
Tengok pada gambar pun tahu memang grand. *guna hempon je ni Ala-ala perkahwinan dalam NONA gitu. Yelah anak perempuan tunggal. Mestilah majlis nak hebatkan. Reception pun bikin kat hotel. Uuissh nak diceritakan mak dengan adik-adik aku yang sibuk melebih. Macam anak dia pulak yang nak kawin. Masuk butik sana, keluar kedai sini. Masuk pulak mall sana, keluar pasar sini. Seminggu tu kalut carik baju, tudung and kasut nak pakai ke reception. Aku? Masuk butik jugak, kerja. HAHA.

Sehari sebelum hari kejadian, aku baru teringat kasut yang aku beli *Eleh beli juga, lagi awal pulak tu tertinggal kat asrama. Masyaallah! Baru ingat nak buat kasut raya terus. Nyanyuklah kau ni teja. Urm apa yang ada? Selipar jepun lusuh aku. Itupun dah tamat riwayatnya dalam entri lepas.

"Apa?! Takkan pergi hotel pakai selipar jamban??!"

Hey elok sikit mulut tu. Selipar ni aku tak bawak pergi jamban ea. Lempang mulut tu kang. Yelah, selipar je yang ado. Belasahlah. Aku nekad. Mak bila dapat tahu terus membebel. Cair taik telinga aku. Aku bukan tak try carik kasut tapi takda yang berkenan. Aku susah sikit bab shopping-shopping ni, aku tak berapa reti. Nanti aku beli, pakai sekali then simpan buat saka.

Melaram daripada kepala sampai buku lali superb. Sampai ke kaki. aaa.. SPOIL! sokay, sepanjang majlis tu dapat seat depan sekali woh. Aku jalan kemain cover lagi. Labuhkan kain tutup kami ni. Nasib baik aku tinggi. So orang tengok macam pakai heel je. HAHA.

Sepanjang uh ramailah jugak sedara-mara yang tegur. "Makin lawa kau sekarang, hehe.." sambil jeling-jeling kaki aku. Nak je aku korek mata tu. Dapat duduk, aku makan laju-laju. Selalu jarang aku begitu sopan kat majlis orang. Sibuk bergambar ke sana ke mari. Kali ini kena stay static sebab selipar punya pasal.

Sepupu-sepupu aku termasuk adik aku sekali melaram mengalahkan pengantin. Aku yang berada dalam kalangan diorang naik segan. Yelah, diorang gedik hot. Aku?! Takda handbag. Takda high heel.  Takda baju butik. *Recycle pakai baju raya last year je. Takda bibir merah berkilat. Takda bulu mata macam penyapu. Takda mekap tebal-tebal tutup jerawat. Mak dengan makcikmakcik aku  pun bising. "Betul ke kau nak pakai camni pergi sana?" Apa masalahnya? Bukan aku berbogel pun. Sempoi-sempoi sudah. Aku fikir, bukan aku pun yang nak kawin. Takda orang nak tengok aku pun.

Then lepas makan. Ada tepung-tawar. Itupun aku tak pergi. Takut kantoi selipar jepun HAHA. *sedih tak dapat bunga telur. Then sesi bergambar dengan pengantin uh laju-laju aku naik stage. Lepas bergambar, terus aku mem'blah'kan diri. Malas nak lamalama. Aku merempit ke butik sebab nak balik pun takda orang kat rumah. Better lepak butik sampai malam...

p/s: Sedar tak sedar dah jadi cerpen pulak entri ini. Err boleh aku teruskan? Alah sikit je lagi, teruskan membaca ye. Huhu..
Ain Panichkul Ahmed Sekarang seorang gadis cantik ayu berbaju kurung sedang tersadai ditepi jalan bersama motor yang kehabisan minyak. Stesen minyak 1.5km dihadapan. Alhamdullilah, sabarkan hatiku Ya Allah.. **menanti sang arjuna datang membantu
July 30 at 9:39pm via Facebook Mobile
Ini status aku pada sabtu malam yang sama. Boleh imagine apa yang terjadi padaku? Gadis cantik tu merujuk kepada akulah. Dah siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri tak gitu?
tenggiling malang yang ku tunggang di hari kejadian
Bala datang bertimpa-timpa hari itu. Dekat 40minit menunggu tu ayah datang bawak minyak. Sementara tu banyak jugak orang stop tanya kenapa. Dah kawin ke? Motor rosak ke? Aku cakap tunggu kawan. Cuak kot. Dah lah malam, perempuan sorangsorang berbaju kurung lagi. Buat muka confident je kalau orang stop tanya. Ada juga yang menggedik try nak mengorat. Sambil lalu, weewiitt.. weewiit pon ada. Geram! Manusia macam ini patut ditembak mati je.

Sampai rumah kena bebel lagi. Dengan ayah pulak. Taik telinga yang beku tadi cair balik. Hari malang aku agaknya. Ataupun hari membebel sedunia ni? Pening. Sampai rumah, lepas mandi. Terus aku menidurkan diri. Kepenatan.

p/s/s: Alhamdulillah selesai sudah 5 Ramadhan :)

6 comments:

adlina said...

saya pon ada pengalaman macam awak. pegi kenduri sepupu, recycle bju n tudung lama plus selipar. alih2 diorang suh sya jd pengapit. cis!! puas mak saya bebel siap pnjmkan eye liner, eye shadow n lipstick lg..tp, xpakai pon sbb xpndai..haha

Teja Evalea said...

@adlina seb bek xjadi pengapit.. muahaha nak maut?!

teciq said...

gila sempoi..terbaik~ ^^

Teja Evalea said...

@teciq well..*smbil mniup rmbut didahi (ada ke?)

R.A said...

wah brani kau bt mke confident dik...terbaek!haha

Pesona Algebra said...

cantik moto, agagaggag