February 2011 - Blog Maknya Naura

Monday, February 28

Manusia bukan Haiwan
Sibuk aku mencari web pasal zakat tiba terjumpa pix comel kat WandyBlog. Entri sahabat sejati bersama haiwan. Comelnya. Teringin jugak bela menatang esotik cenggitu. Teringat masa jenjalan kat zoo negara masa cuti mid-sem lepas. I want a raccoon badly! The question is, can I?

Manusia Umpama Haiwan 
click on picture to view other cute pose
Ada bapa merogol anak. 
Ada anak merogol ibu.
Ibu hanya tutup mata, pekakkan telinga, membisu seribu bahasa. 
Jika difikirkan berita pernah dilaporkan itu, terfikir... 
Rupanya, tidak jauh perbezaan perlakuan manusia berbanding haiwan.
 P/S: Ada ke haiwan rogol anak? Haiwan lagi mulia dari manusia bertopeng iblis. Renung²kan..

Sunday, February 27

apa catatan melekat?
Follow-up dari entry ini. Catatan melekat or ayat sentepiknya STICKY POST. Apa menatang ni? Sikap ingin tahu bukan bizibodi ye yang meluap² menyebabkan aku menggoogle ia di pornweb Google la, of course. 

Klik untuk tumbesaran
Even dah google pon tak paham jugak. Bukan bebal ye, maybe kepala aku tengah sesak assigment, test dan kuiz minggu ni. Takde rest langsung. Dalam sesi pembelajaran untuk membuat contest, so aku perlu tahu la function²  cenggini. So that i not look numb, nerd tape. ner ke kau? Yang arif, sila beri tunjuk ajo. Mekaseh.

P/S: Pulau Tioman, i'm here baby.

Saturday, February 26

wahai sang pecinta
ngepeng untuk sang pecinta alam

Friday, February 25

Kontest Blog Cun Lawo Kemas
Contest lagi! Kali ni aku dengan tahap konfiden level yang amat tinggi join Kontest Blog Cun Lawo Kemas empunya Cik Norsyuhada ni. Nama kontest pon dah menceritakan apa motip sebeno kontest ini diadakan. Dengan nada belagak nak mampos mati, aku pasti belog aku mampu memberi saingan senget sengit kepada contestant lain. Even menggunakan template asli 100% oleh Blogger Team. Haha. Dah goyang la tu. Kalau kalah lagi, aku tak kisah pon. Maybe Cik Norsyuhada rabun dekat or mengalami stress yang melampau.Masalah² teknikal cengitu mana boleh elak an. So, here we go.

i NOT forget to link banner ini pada blog anda

Mereka yang aku tag tanpa kesedaran sivik:  
Ciku Cak ngan err.. 
Paih la. Hehe. 


Tu dia syarat² nak join contest
Anyway thanks to Cik Asma Ahmad nama kat fesbuk yang menemukan aku kepada contest yang tinggal beberapa jam lagi nak expired even dia takde tag aku pon. Kisah apa aku. Haha. Ok ah, nak kemas beg. Malam ni aku bertolak ke Tioman Island. Ayuh!

Thursday, February 24

musim perang 'Give-Away'
Saja berBW memalam ni kat belog geng² blogger yang kreatif dan inovatif. Macam² gaya design blog diorang. Canggih². Cun-melecun. Terjeles kejap. Huhu. Al-maklumlah belog aku ni biasa² je. Guna template blogger pulak tu, klasik tak aku? Bersederhana lebih baik an.

Dalam lawatan sambil belajo aku ke belog² ni, ada something yang aku perasan. Banyak gila entri give-away. Cara paling berkesan nak up followers. Give-away pulak macam², kretip², aneh² pon ada. Before this, aku penah gak join 3 contest dalam entri ini, ini dan ini. Sadisnya aku tak penah menang pon. TAK PENAH ok. Huhu. Achievement paling tinggi pon dalam contest cerita disebalik gamba by Cik Adibah, rank no8. Untuk contest Ehoza.com, rank no13 kalau tak silap. Contest give-away from paris by Cik Nadia , takde rank. Haha.
Jangan join! Ini hanya cover semata-mata
Disini, aku list current give-away contest yang aku jumpa. Sume dah nak expired dah. So kalau sempat aku join la. Kalau ada lagi current contest yang sedang belangsung ditika ini, remind me here. Nak test my luck gak. Haha.


So bila kau nak buat contest pulak? Nantilah, idea tu ada. Dah lama. Just now da banyak contest sedang berlangsung. So kita dahulukan yang terlebih dahulu patut didahulukan. Ye dak? Hehe.

P/S: Dulu perang award ngan tag². Tag la paling panas, letih nak menjawab. Rindunya masa itu.
Mimpi, biasa aneh²
"If its from you I dont mind hurting.
This is my perfect nightmare"

A bit from Perfect Nightmare by Shontella. Memang lagu² minah ni sedap je kat telinga aku. Travie Mccoy pon. Suara orang² kulit hitam ni memang sedap an. Tapi sekarang aku dok gila lagu Rocketeer by Far East Movement ft. Misha Omar Ryan Tedder. Lagu Grenade si Bruno pon best. Tapi kes dia kantoi ngisap, aku kureng dah admire dia. Mat pit rupanya si Bruno Mars neh. Brat Pitt tu lain la, dah memang pit. Huhu.

Stop. Dah², terkeluar dari point sebenar pulak. Kena cop blog gosip artis kang nanti. Cancel², repeat balik dari mula.

"If its from you I dont mind hurting.
This is my perfect nightmare"

Bersesuaian dengan quote yang aku petik dari lagu 'mimpi basah ngeri yang sempurna' ni, al-kisahnya 3 malam tanpa bintang yang lepas aku betul² dapat nitemare. Bukan 1 tapi 2 sekaligus.
*******
Mimpi 1: Aku bersama beg baju kelihatan terpinga² di sebuah stesen bas. Lari dari rumah kot.  Mimpi, biasa aneh². Tak sure stesen mana, yang pasti bukan Larkin or Terminal Makmur. Stesen bas macam kat sebuah pekan yang sunyi. Tak ramai orang. Aku masih berdiri, seperti menunggu sesuatu.

penantian itu satu penyeksaan
Tiba², sebuah teksi berhenti depanku. Cermin tingkap diturunkan, lalu pakcik dreba teksi menyapa.
"Nak ke mana dik?"
"Tak, saya nak naik bas."

Perasaan takut tak diundang tiba² muncul. Sorang² kot, mestilah cuak. Lagi² kt tempat kita tak biasa. Mulalah aku pikir macam². Segala berita kat paper menerjah di kepala botak hotak aku ni.

Kelihatan di suatu penjuru, sorang pompuan sedang sempoi smoking tepi public phone. Aku gerak berdiri sebelah dia. Even muka cam mintak kaki. Rasa selamat sikit dengan orang pompuan. Aku mecangkung. Penat berdiri agaknya. Ada je bangku kosong, banyak. Mimpi, biasa aneh².
"Wey, nak gi mana?" Tiba-tiba dia bersuara.
"Huh? Saya ke? Nak naik bas"
"Tahu, tak kan kete lembu pulak. Nak pegi mana? Balik kampung eh?"
"Err.. A'a, balik kampung" Jawapan tak ikhlas.
"Ada spoloh hingget? Pinjam." Aku cuak.
"Err.. takde. Takde duit kecik la."
"Bak aku pecah."
Alamak, malapetaka ni. Dengan risau akan keselamatan diri dan harta benda, aku terus cabut lari. Aku berlari sekuat hati. Tak tengok belakang dah. Aku lari punya lari, sampai jumpa public toilet. Terus aku masuk nyorok dalam tu. Celaka punya pompuan. Nak pau aku! Then, aku sedar. Beg baju aku mana? Bala, bala, bala.. Mimipi, biasa aneh².

Sedang aku mengah². Tiba² ada suara lelaki sambil ketuk2 pintu.
"Weh bayar tak masuk ni?"
Aku senyap. Salah masuk toilet ke?
"Tak tahan sangat pe? Toilet lelaki ni kak." Lelaki tadi bersuara lagi.
Alamak! Bala, bala, bala. Memang bala.
"Haa kejap². Nanti keluar." Aku bukak paip. Cover la kononnya. Agak² lama, aku flush pulak. Senyap kat luar. Lelaki tadi dah pegi kot.

Tak semena-mena pintu toilet diterajang. Aku tercampak ke belakang. Terduduk atas mangkuk jamban. Omak haih, sakit toksah dok cakap. Senak dada, muka ngan bontot aku. Aku gosok² dahi yang terasa perit. Didepan aku ada 2-3 ekor jantan tengah sengih². Muka masing² macam firaun. Sudah, bala apa lagi ni?!

"Kenapa ni?" Aku gigil. Takut. Takut gila² ni.
"Hehe. Ada laok la wey." Yang lain sengih².
"Jangan la. Saya nak balik. Saya nak balik!" Aku menangis. Menderu² air mata. Hanya tuhan saja tahu perasaan aku ketika itu.
"Tolonglah saya. Tolong. Saya nak balik!"
Mereka ketawa, ketawa dan hanya ketawa. Lelaki yang terajang pintu tadi mendekat. Aku ke belakang. Tersekat. Aku hanya mampu merayu dan menangis.
"Jangan takut. Nak balik ye. Jom².."
"Jom la abang hantar balik" Sorang lagi bersuara. Lalu mereka memegang tangan aku. Aku cuba menepis. Melawan, melawan dan melawan sehabisnya. Lalu.. Ya Allah, aku mimpi. Berpeluh. Aku menekop muka. Dada masih berombak. Ku ambil henpon disisi. 0342AM.
*******
Syukur hanya mimpi basah. Mungkin aku penat sangat or lupa basuh kaki. Selama ni pon tak basuh pon kaki jugak, lena je. Tidur tak baca bismillah kot ni. Aku baca doa, then sambung lelapkan mata.

The second nitemare lagi dasat, lebih triller. Akan aku cite in the next entri. Magrib da ni. Haiya ala solah dulu.

Wednesday, February 23

satu dua tiga, do re mi
Lega rasa lepas hantar assignment. Esok ada lagi 3 kuiz menanti. Aiyoyo, study pon tak seberapa ni. Macam mana nak jawab kuiz? Alah, macam kau tak biasa copy member sebelah an. Haha. Apa-apa pun aku kagum dengan diri sendiri sebab berjaya menyiapkan asingment graphic dengan titik peluh sendiri. Berpeluh ke? Rasa macam nak nangis pon ada.
orang lidi jadi alien
Hari ni takde banyak cite, just aku masuk kelas vocal untuk pertama kalinya. Wah, ala-ala bintang AF gitu. Dok ulang node aa,ee, ii, oo sampai lekit tekak ni. Mulut toksah dok cakap ah, lenguh. Rasa nak tanggal rahang. Nothing interesting. student jantan pon layu. Bosan je dalam kelas tadi. Tengok dalam AF macam best je an. Ceh, indah rupa dari kabar rupanya. 

The Revolution of Apokalis
Habis sepetang kat kelas vocal, rushing balik bilik. Solat. Resend e-mail submittion. Boleh pulak submit assignment lupa attach folder file. kamu lupa-lupa lagi. Bekejar ke komplek sukan. Motif? Mahu bersenamrobik. Haha. Tak pernah miss kot tetiap minggu, muka ni la pelanggan tetap ahli fitness UMP. Cukup 6x datang dapat baju free. Itu sebabnya. Sekarang baru 5x, satu kali lagi ada mari itu baju juga dapat. Ammah!

Sunday, February 20

Inikah bakal peneraju  kepimpinan kita?
Minggu PRK MPP UMPM (Majlis Perwakilan Mahasiswa) 2011/2012 berada di klimaksnya. jgn salah paham. Cecita, cecite.. Semalam buat pertama kali aku follow pembentangan manifesto beberapa calon MPM. mung pegi mampos. Memang riuh, memang kecoh. Aku malas nak ulas banyak, nanti korang cakap blog aku ni blog lucah politik pulak. Aku bukan Releven Sokmo or Bujang Susah ye. Huhu. Kalau korang glepor gatai tali pusat nak tahu jugak, korang view Analisis dan Pandangan PRK MPP UMP 2011/2012 oleh seorang senior aku. Memang musim-musim pilihanraya ini sangat terkesan. Macam-macam ragam. Belum cerita bab poster lagi, tali rentang gantung poster sampai ada yang nak menjerut leher. tau la hang tinggi.  

Dalam banyak-banyak cara meluah pandangan, aku tertarik dengan karikatur sorang kenalan, sedara Plaster Kuning. Dalam crowded dan dewan hingar-bingar tu sempat lagi dia melukis.  Haha. Siap buat album. Blawok, blawok, blawok. Klik link untuk view karikatur lain.

 
[PARODI] Plaster Kuning






Dari bawah sampai atas. Memang senario sebegini tak boleh lari. Wahai bakal pemimpin...

p/s: aku tak akan berjanji kalau aku tak boleh tepati.

Saturday, February 19

Zomba dan Valentine's Day: Apa kaitannya?
Entri pasal V'day tak semestinya pada 14Feb je an?

Kebetulan aku dok ralit baca satu laman lucah gosip artis ni. Terbaca gosip artis celebrate V'day. Kadang-kadang Komen lagi menarik dibaca dari baca artikel.
klik untuk tumbesaran
sumber: OhBulan.com
Haha. Bongek tapi cool.Gelak sampai kembang kempis perut aku dibuatnya. Next year, aku nak cakap camtu bila nak jawab sebab-munasabab kenapa V'day itu haram. At least ada pembaharuan, bukan memutar-belitkan fakta dan sejarah. Lurus bebal bendul sangat orang yang percaya fakta cenggini.

Yelah, kalau gi masjid bukan khutbah or ceramah pasal sejarah or pendidikan islam sangat pon. Balik-balik politik, balik-balik politik. Bukan nak cakap aku rajin lepak masjid. Masjid belakang rumah, kita dengar jela an. Huhu. Masjid A geng-geng P*S, Masjid B geng-geng U**O. Penyokong yang salah masuk masjid mmg panas bontot ah. Orang sekarang an tak suka agama dipolitikan, betul ke? Hehe.
P/S: kipas-susah-mati Milla Jovovich dalam resident evil extinction. Resident evil afterlife tak kurang hebatnya. Dia sangat, sangat, sangat cool! pengsan

Friday, February 18

The struggle continues
Bangun awal 2jam dari kebiasaan 12.00pm. Sms pagi yang diterima "Cuba tengok soalan(e). Dah tuka". Watde.. @#$%!

Arhh.. tension! Kena edit lagi assignment MID. Masuk kali ini dah 4x terbontot bantut hajat nak submit report. Ingat siap awal, boleh submit awal. Hampeh. Memang badi 'last minute submition' dah tak boleh buang. Ada saja kengkangan bila tiba time itu, smana aku tak terkangkang. Mean lepak lah, bukan berak. Ada-ada saja. Kejap tak cukup infolah, organisasi salahlah, arrangement tak betulah. Ini soalan diubah pulak, tak ke bengong aku dibuatnya. Tinggal 3jam 53minit lagi off date. My bad.
Ok, kalau aku terus membebel kat sini. Memang repeat subject aku nanti. Semoga berjaya. Wish diri sendiri
status saya
SIAP! At last, setel jugak assigment ke-2 aku untuk hari ini. Sakitnya bahu. **sambil memicit-micit manje bahu sendiri. Minggu yang memenatkan tapi hari ini paling terasa. Mujur esok cuti, lega sikit. Boleh aku bermalam-malaman dengan jantan lappy kesayangan. Teringat Lipo, sedih. Kenapa awal kau pergi dariku? Kau pun nak tinggalkan aku jugak ke? Bulan. Masih ku cuba mencari keserasian antara kami. Bulan tak boleh dan tak akan dapat replace tempat Lipo di hati ini. Umpama nafasku tak berhenti. Jika kau hilang dalam hidup ini. **Bagaikan Bidadari - Tomok

Sudah! sudah! Jiwa betul hari-hari macam ini. However.. wah, ayat essay bebudak sekolah gitu. Ok, however hari ini aku rasa ada sedikit sinar. Bak kata pepatah, yang patah tumbuh dan hilang berganti. Tapi aku fokus pada 'patah tumbuh', kalau hilang dah tiada ganti dah. Lipo.. sedih lagi.

Nak terkencing pulak rasa, mampir dulu. Nite.

status fesbuk:  ..if its from you I don't mind hurting. This is my perfect nightmare.

Wednesday, February 16

kau gemok, aku kurus!
Saya akan membahasakan diri sebagai 'aku' dalam entri ini. Sebab kalau guna 'saya' untuk bercakap tentang hati, macam skema ah. Macam tak feel. Macam sinetron indonesia, monolog luaran yang keterlaluan. Tak payah fikir apa kaitannya, memang tak ada kaitan pon. Bila nak cerita ni? Sila kau diam sekarang budak nerd. Baiklah. Cecita sket, cecita, cecita..
budak nerd nak try test market
Disuatu petang yang damai, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa Urdu. Kicauan burung-burung berlagu riang. Dedaunan melambai-lambai, bunga-bunga ikut membuai. Suasana bertambah permai dengan kehadiran aku di suatu sudut pemandangan. Kelihatan polos, mata yang redup. Seredup hatinya. Err.. Ok, stop! Ayat macam nak mintak pelempang an?

Hehe. Gurau, cara menghiburkan hati sendiri. Perasan yang bercampur-baur. Gundah-gulana. Biasalah, kata orang asam garam kehidupan. Macam tomyam, macam-macam bahan boleh taruk. Semakin tua dewasa, semakin banyak drama kita tengok. Kita sebagai pelakon atau penontonnya.

Apa kau cuba sampaikan ni?

Ok tukar kepada bahasa yang lebih mudah difahami, ayat nak satu level dengan novel an. "Pedulik hape aku, blog aku!". Bukan apa, susah untuk aku taip bait-bait 'itu'. Aku bukan jenis yang akan meluah emosi. Pendam rasa. That's the word! Ye, kadang-kadang kita perlu berkongsi. Berkongsi pada yang dipercayai. Tapi kalau yang dipercayai itu kini sudah tak sudi untuk berkongsi. Malah dah rasa annoying dan terbeban mendengar suara, atau mungkin melihat kita. Apa lagi?

Ego. Kenapalah wujud ego ni? Kehadiran kau buat aku tersepit, sangat-sangat tersepit. Tersepit antara ego yang menggemuk. Aku jugak yang makin kurus, kurus sebab ego gemuk. Hey si gemuk, tolong la jangan kacau aku. Kau buat aku nampak tak mature, kebudak-budakan yang dibuat-buat.
 
Forgiveness is a gift you give yourself. My desire is to be a forgiving, non-judgmental person.

Pada yang paham, aku sedia membaca pandangan korang. Yang tak paham, maybe ada rasa macam nak lempang ke maki-hamun aku ke lepas baca entry ini, silalah. Sori buat korang rasa macam baca buku sastera tingkatan 5.
wanna says, "Hi!"..

second entry for this year
pelik rasanya
aneh pon ada
janggal apatah lagi
tiba-tiba nak start blogging balik
dunia sebagai blogger
yang dah lama aku tinggalkan
banyak cerita
banyak drama

cecita.. cecita..
nanti aku ceritain ok
wait for me~