October 2012 - Blog Maknya Naura

Monday, October 1

Helmet baru saya

Sebelum korang nak cakap, komen, kritik or what so ever, please read below:

"BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BERKERETA"

Assalamualaikum. Ahaa kemain muslimah lagi. Lama dah tak berblogging. Ingat nak biar je berkulat. Tetiba tergerak hati nak hapdet mengenai AKU SEBIJIK HELMET. Ala karangan babibiolgrafi bibliografi time sekolah rendah saja. Hee.

Seperti yang para pemenat aku semua tahu, sekarang aku tengah praktikal disebuah company terkemuka negara sebagai penarik teh. Buble tea yang korang duk gila tu resepi aku lettew. Dipendekkan cerita aku pergi keje naik motor sebab jarak  dari rumah pun sekangkang semut saja jauhnya. Dipendekkan lagi cerita, helmet aku kena rembat ketika aku sedang asyik memilih bawang di sebuah pasar raya berdekatan dengan rumahku.

Kasih seorang suami. Full protection to his beloved wife.
Jadinya aku kena berkongsi helmet pulak dengan orang rumah. Al-paham sajalah kalau lelaki, terus-terang aku cakap kepala diorang busuk. Sorry, bukan kepala tapi rambut. Sebabnya diorang ini majoritinya tiada kesedaran mengenai pentingnya rambut itu perlu berbau wangi. Jarang syampu tu 1 hal kekonon rambut pendek dia tu bersih sangat, ditambah cream rambut/wax yang .. Allah, tuhan saja tahu deritanya lubang hidungku ini kena hidu semua tu. Permasalahannya disini melekat di helmet. Bau rambut, bukan rambut yg melekat ye, harap mak long.

Dipendekkan lagi cerita yang sedia pendek ini, aku pun belilah helmet baru memandangkan elaun praktikal yang pertama pun dah masuk. Niat dihati pada asalnya nak beli helmet cap ayam je. Lagipun aku sendiri tak fasih perihal brand-brand helmet yang berada dipasaran selain Bogo, Nova dan Arai. Bawak motor cap ayam takkan nak pakai helmet fullface cover pulak kan.

Merempitlah aku ke kedai motor. Slumber timun je aku parking depan kedai, abang pomen tu menyambut aku dengan senyuman.

Lelaki itu : Adik nak repair apa?
Perempuan ini : Eh tak, saya nak beli helmet.

Aku senyum. Dia macam teragak-agak. Mungkin dia terkesima tengok awek cantik mahu membeli helmet. Dibawa aku ke suatu sudut, dimana pelbagai jenis helmet dipamerkan dirak-rak kaca. Atas bawah, atas bawah aku belek setiap rak.

Lelaki itu : Adik nak kaler pink pun ada. Kita ada banyak lagi design.
Perempuan ini : Saya tanak pink.
Lelaki itu : Pink cantik untuk adik. Nanti abang amek katalog.

Dia masuk ke dalam kedai. Dalam hati aku, abang ni dah kenapa promot-promot aku beli helmet pink? Ingat aku bawak motor eskim Paddle-pop ke? Beberapa minit kemudian, datang sepasang couple. Kalau tak pakwe-makwe, mesti newlyweds. Bahagia semacam je. Abang tadi keluar bawak katalog. Ku ambil dan belek-belek lagi.

Pasangan bahagia tadi beli helmet jugak. Nova hijau epal. Sepasang. Hamboi-hamboi, sweet sungguh. Helmet pun nak sedondon. Aku ingat baju kapel je ada, helmet kapel pun ada jugak. Terus aku mata aku tertancap pada model KHi.

Perempuan ini : Abang saya nak KHi merah tu.
Lelaki itu ambil dari rak.
Perempuan ini : *Belek-belek 2-3minit* Cuba amek yang kuning.
Lelaki itu ambil lagi dari rak.
Perempuan ini : *Belek-belek 2-3minit* Yang putih tu cantik jugak.
Lelaki itu : Yang penting safety first dik.
Perempuan ini : Oklah, merah. Hee

Begitulah ceritanya. Sekian.

Merah itu kegemaranku. It's Candy Red!

Kuning pun hensem tapi tak kena dengan motor cap ayamku.
P/S: Teringat kenangan merempit dengan dak Chipo ke Kuantan. Terbang helmet kura-kura aku ditengah-tengah highway sebab laju sangat memecut. Sekarang helmet patern tu taboleh pakai lagi. What a memory. *smile*