November 2012 - Blog Maknya Naura

Wednesday, November 28

Kompilasi Drama Twitter
Song: Drama King - OST Kompilasi Drama Twitter
Artist: Meet Uncle Hussain Ft. Black

Kali pertama aku mengenalimu 
Mahu bersama [Mahu bersama]
Raut wajahmu bersih 
Meyakinkan hati ini 
Aku terpaut
*Jijik! Tak berkait dengan aku*

Semua dusta palsu 
Aku tertipu 
Keperibadianmu 
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Picit atas gambar untuk tumbesaran yang sihat
Lakon layarmu hebat 
Terpukau ku melihat 
Isi hati upahan 
Sampai bila kau mahu tersesat 
Tidak kau penat 
Hidup penuh muslihat

Mahkotamu Raja Drama

Kau Masih berpura-pura 
Kata-katamu hanya propaganda 
Mengejar hijau ungu 
Mata kelabu 
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu

Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Kau bertapa 
Bagai maharaja di atas lembah 
Lakon layarmu yg terhebat 
Memukau mata melihat

*****

Pada yang tak punya Twitter mesti tertanya-tanya apakejadahnya semua ini. Here, al-kisahnya Malaysia kini dibanjiri drama-drama murahan sehingga mencetuskan fenomena "FAKE ACCOUNT DAN FAKE STORY DENGAN MOTIF KUTIP FOLLOWERS". Khinzir-khinzir yang tidak bersalah pula menjadi mangsa. And wow! Drama Twitter getting so pathetic day by day. Ku persembahkan heroin-heroin drama Twitter yang malatop-latop gittew.

1. Ayuni Matoki

Ayuni, seorang gadis bawah umur yang masih bersekolah DI MALAYSIA (proved with her school uniform picture) mengeluarkan kenyataan bahawa dia bukan orang Malaysia, tidak menetap di Malaysia, dan tidak tahu kewujudan Malaysia di atas muka bumi Allah ini. Pokemon punya budak! Sedikit keratan dada twitter,

Klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat
Aha apa perasaan korang? Lucu? Nak nangis? Nak maki? Inilah dia dikatakan KETIDAK-MATANGAN kanak-kanak. Apa lagi, memang kena bash habis-habisan dengan para twitterian sampai naik jadi trending Malaysia. Hebatkan? Mesti uols tertanya-tanya, apakah bentuk rupa Korean Girl kita si Ayuni ni. Macam Kim Tae Hee ke? Song Hye Gyo ke? Lee Min Ho ke?

Here we go,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sumber Twitter: @Hazwanrawr
Kannnnn? Ada iras Shiela Mambo je aku nengoknya. Aku tak kutuk ea, puji ikhlas. Apapun rupa parasnya, dia makhluk ciptaan Tuhan macam kita juga. Tiada yang sempurna tapi ketahuilah ciptaan-Nya itu semua sempurna. Mungkin beliau kurang kesedaran sivik sahaja.

2. Lyana Evan's

Lyana Evans atau Ain Lyana Evans (Merosakkan keturunan Ain saja!) menggegarkan timeline dunia dengan tweet-tweetnya memaki hamun bapa kandungnya sendiri dengan kata-kata kesat dan mendoakan bapanya cepat jalan, HANYA kerana bapanya tidak membenarkan dia keluar daripada rumah. Astagfirulazim.

Tiada keratan timeline dia disini sebab dia dah pun delete tweet-tweet tersebut bila sedar ramai yang dah print screen dan post di efbi. Aku pun tak berani nak tengok timeline dia, serius bukan 18PL lagi tapi 21PL. Lucah nak mati!

AMARAN KERAS: JANGAN BUKAK ATAU CARIK ACCOUNT INI, PENAT MALAIKAT ATID NAK CATIT DOSA KERING KAU. KEPADA ADIK-ADIK YANG BELUM MUMAIYIZ TU SAYANG MAK AYAH, DOSA ANDA MEREKA YANG TANGGUNG.
Klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat
Tapi aku rasa, seteruk mana perempuan tu dia tak akan tweet lucah yang melampau. Aku syak pemilik account Lyana Evans ni mesti lelaki. Fake! Mana mungkin perempuan tahu perihal anggota tubuh lelaki, .. if you know what I mean. Nak cerita pun aku segan. Ke aku je yang terlalu polos dan naif? Huhu.

3. Baby Diana

Baby Diana atau NurDiana Ali, seorang gadis yang mengaku tiada dara meroyan ditinggalkan kekasihnya, Haziq. Satu lagi fake account pada hemat aku dengan bermotifkan 'hilangkan bosan' kerana suspek tahu, orang Malaysia ni habit dia memang suka bash orang.
Tekan atas gambar untuk tumbesaran yang sihat
Tapi dalam kebangangan budak Diana ni, ada jugak dia selitkan tweet-tweet berunsurkan pendidikan moral.

Tekan atas gambar untuk tumbesaran yang sihat
So jangan fikir orang jahat itu 100% jahat dan yang baik itu 100% baik. Dalam setandan pisang tak semuanya busuk, tak gittew adik kakak?

Iklan sabun di bilik mandi, SABUNNNNNNN~

"Aku Masih Dara" dilakonkan oleh Diana Amir. Manakala drama keluaran terbaru "Aku Tiada Dara" pula dilakonkan oleh Baby Diana. Hiks.

4. Adelshasha

Adelshasha, sama sahaja jalan ceritanya dengan dak Diana. Tapi kali ini si peragut dara bukan Haziq tapi Asyraf. Dimana agaknya sifat malu anak-anak gadis sekarang? Cerita dara dicanang terbuka. Kelapa dara pun tak kecoh promot diri dia.
Picit atas gambar untuk tumbesaran yang sihat
5. Hana Hawani

Hana Hawani atau Hana Evan's ini mungkin keturunan Lyana Evan's. Cuma kes dia tak seberat Lyana. Gadis ini mengeluarkan kenyataan untuk membunuh diri akibat ditinggalkan kekasih. Satu lagi kebangangan yang terserlah dari budak-budak tak cukup umur.

Tekan atas gambar untuk tumbesaran yang sihat
Ada baca tak pasal Pak Ajis Satar? Orang tua tu dah kawen, bercerai, nak rujuk pulak isteri dia tanak. Ada orang tua tu kata nak bunuh diri? Ada orang tua tu kata hidup dia dah tak lagi bermakna? Itu orang tua, dah puas hidup. Kau yang muda-muda, jauh lagi perjalanan bangang fikir cenggitu kenapa? Tak kesian mak ayah agaknya. *Marah aku*

6. Etiqa Tika

Yang ini beghak nanang. Lebih kurang saja kes Ayuni, masalah kekurangan sifat sedar diri. Tapi dak Tika ini extra sikit, sebab dia sangat bongkak dan riak dengan anugerah yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa kepadanya. Agaknya dia lupa, beauty doesn't last forever.
Tekan atas gambar untuk tumbesaran yang sihat
Tak faham aku apa yang sebenarnya yang sedang berkampung di dalam otak mereka. Rata-ratanya adalah Melayu. Aku Melayu dan aku malu. Bukan malu mengaku Melayu tetapi malu dengan perangai anak Melayu yang dah melayu di tasik madu. Mungkin masinnya mulut 40 Melayu yang mengaku "Melayu mudah lupa?" semua ini terjadi.

A lot of dramas more. Semua attention seekers. Ada bagusnya jugak untuk kita. Tak perlu pergi panggung. Tak payah bayar Astro memahal. Tak usah bergigih tunggu loading youtube sampai kering taik anak dalam pampers. Choose your movie here, #OnlyInTwitter.

Kalau dikenang-kenang mereka ini, I'm just like,


Penafian: 
Tiada cubaan untuk memperburuk/menghina/membontotkan maruah sesiapa mahupun ke-maksum-an umat Melayu se-Malaysia. Entri ini adalah bertemakan pendidikan.

Nabi Muhammad SAW pernah berkata,
"Dengarlah nasihat daripada sesiapapun walaupun dia seorang pelacur."

P/S: Ini sebab aku tanak adik-adik aku punya Twitter. Benda-benda cengginilah boleh merosakkan akidah dan akhlak budak-budak. Zaman aku dan zaman mereka tak sama. -- Kakak Yang Risau

Tuesday, November 20

Here I am, blogging back!
Assalammualaikum and hi sayang-sayang I semua. I know it has been soooooo long since the last time I blog. I truly miss blogging, really. So, here I am, blogging back. Seriously I'm not sure. HAHAHA. Just to make things clear, I'll be blogging about random stuffs. No specific genre and I'll write what I feel like writing ayy? And it'll be in MANGLISH. Okay? Saya orang Melayu, kena lah 'blogging' dalam Bahasa Melayu jugak. Tak gitu? LOL. *English pun ihsan Google Translate juo. hiks

I feel awkward writing this post. Anyway, quick updates about myself, I just finished my Degree. Erk .. will finish, and dengan harapan nak continue master. InsyaAllah, pray for me. Pray for Gaza more. Kbai!

Saya aktif di tuidderrrr sehingga mengabaikan blog.
P/S: Ingat nak buat header baru. Header yang lebih matang sematang diriku. Yolah! :3