aku sendiri lagi tanpamu disisi - Blog Maknya Naura

Monday, August 15

aku sendiri lagi tanpamu disisi

sedihnya
malangnya
kecewanya
sekali lagi
kesayanganku pergi meninggalkan aku
AGAIN
selepas berapa purnama merindu kita bersama
kau tinggalkan aku tanpa sebarang kata
tanpa sebarang tanda
itulah takdirnya
aku pasrah
kini
aku hanya mampu mengenangmu
menatap gambar-gambar kenangan kita bersama
kenangan bahagia kita berdua

kau ada ketika aku takut kena cucuk jarum
kau ada ketika kita hanimun di Langkawi
kau ada ketika aku kena penyakit kulit
kau ada ketika kita menyambut malam tahun baru
kau ada ketika aku gigih main lelayang macam budak terencat
kau ada ketika aku pertama kali naik menatang ini
kau ada ketika kita bersnorkelling di Tioman
kau ada ketika aku bersama teman-teman
hampir tiga tahun bersama
banyak kenangan kita cipta
jika tidak kerana kecuaianku
meninggalkanmu di masjid ketika solat zuhur tadi
pasti kita bisa mengukir lebih banyak kenangan bersama
maafkan aku 
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku
tak 'kan lagi 'ku bersamamu
biar kusimpan semua 
kenanganku bersamamu
p/s: terus tukar profile picture nak cakap betapa sedihnya aku tanpamu JAM. Entah bagaimana aku akan tempuhi hari-hari seterusnya tanpamu. Sendiri. Hilang selera makan 5 minit.. T.T

6 comments:

. said...

rezeki nak dapat jam barulah tu.

GEMBALA SUARA said...

jgn risau awk.....pakai jam x semestinya menghargai masa, baik awk pakai masa.....

budak ciput said...

ko nak jam ke?

aku bg jam randik.

nak?

Anonymous said...

pergh...jam je kot..

Teja Evalea said...

@GEMBALA SUARA
xde kaitan pun dgn masa.. ni pasal jam hilang..

@nizamsani kot2 encik nizam nk blanja an..

Teja Evalea said...

@ipa faiza~ ipa, jamrandik pon boleh. tp yg emas punya ea..

@qudwa jam pun beli pakai duit taw, bkn pakai pasir