MPPB The Series [Ep. 9] - Blog Maknya Naura

Friday, July 29

MPPB The Series [Ep. 9]

Lepas setel kes MTS Ep8. Dalam pukul3.30 tu aku bergerak ke tempat aktiviti. Dalam jadual, aktiviti habis pukul4. Tinggal 30minit je lagi sebelum aktiviti tamat. Aku bertugas untuk jaga LDK. Kesian diorang, entah sapalah la yang replace. Itu kalau ada orang nak replace, kalau tak mesti bebudak LDK tu 'kecewa' takda fesi jaga LDK diorg. HAHA kecewa la sangat kan? Korang melompat keriangan adalah.

Jalan sepanjang susur gajah tu aku nampak kelibat beberapa orang pelajar lelaki, perempuan menuju ke asrama. Aku tengok sekitar kotkot ada fesi jaga ke apa. TAKDA. Aku call Si Polan tanya mana fesi bertugas ni? Kenapa budakbudak balik asrama? dan bla.bla.bla..

Aku pun kejar bebudak tu semua, hambat suruh pegi surau sebab setahu aku lepas habis aktiviti kena solat Asar berjemaah kat surau kolej. Aku terjerit terlolong kat situ. Muka masingmasing tak puas hati, ada yang lesu tengok aku. Maybe kepenatan bercampur kemalasan. Aku jaga tengah2 laluan ke asrama tu macam polis trafik ni.

Macam diceritakan, ada student datang hadap aku. Dia antara manusia yang kena hambat dek aku tadi la. Ini kes kurang hajor oke. Adakah ini yang penyebab Kak Teja naik angin sangat petang tu? Urmm tak jugak, maybe penyumbang kepada 10% kemarahan saja.

Budak lelaki itu LDK103 kalau tak silap aku. Tegap tinggi. Muka.. urmm nampak lagi matang dari usianya tapi manis. Apakah? err.. oke back to the story.

Lelaki: Akak, kami penatlah. Tak boleh balik bilik ke?
Perempuan: Tak boleh.
Lelaki: Alah akak ni..


Dia jalan menghampiri aku. Berdiri betulbetul depan muka. Tahu la tinggi, nasib baik aku ni bukan kategori rendang. Tapi terdongak jugaklah sikit. Kami bertentang mata. Wah macam cinta la pulak Ah Chai

Lelaki: Akak nama apa ea? dengan muka kerek habes
Perempuan: ...
Lelaki: Diam pulak dia.
Perempuan: Kenapa ye? Ada masalah ke?
Lelaki: Takda.
terus berlalu

Oke kalau baca dari dialog ini nampak macam yang kuang hajor tu si perempuannya kan? HAHA korang kena berada dalam situasi tersebut. Nampak saja muka aku macam singa betina Lisa Surihani, time kena camtu, kecut jugak aku. Mana tahu dia nak apakan aku. Perempuan insan yang lemah ye. Mereka perlu perlindungan bukan ditindah. Amboi, macam Dato' Shahrizat hemahnya hee..

Apa pun ekceli benda tu biasa saja bagi dalam hidup seorang fesi. Just takutnya terjadi pada fesifesi yang barubaru, muka yang masih sucisuci skema nerd lagi. Kang jadi isu fesi nangis kena sergah dengan student. Freshie lagi. HAHA memang tobat aku nak jadi fesi lagi pastu. Malu kot.

Camnilah muka budak nerd *senyum
 Dari situasi ini, sepatutnya hormat-menghormati sesama manusia itu tak perlu diajar lagi. Memang azalinya sejak tadika lagi tak pun sejak kita baby yang baru bertatih pun dah diajar untuk menghormati orang lain tak kira tua muda. Hormati yang tua sayangi yang muda.

p/s: korang kena SAYANG aku sebab aku muda lagi

1 comment: