Tips Mengorat Lelaki: Edisi Perigi Cari Timba - Blog Maknya Naura

Saturday, July 9

Tips Mengorat Lelaki: Edisi Perigi Cari Timba

Kebetulan teringat pulak pada seorang sahabat. hari ini tetiba dia nak story masalah dengan boy dia kat aku. terkejut jugak aku. yelah, rasa aneh terpilih jadi insan untuk luah perasaan ni. *muka aku ada gaya Dr. Love kot HAHA. biasalah orang tengah sedih, aku pun berlagak cool la. bagi nasihat pung pang, pung pang macam orang dah berpengalaman 30tahun dalam arena cinta ni HAHA tapi seriously, i'm such a good listener. lepas ni sesapa rasa nak luah perasaan boleh carik aku ye.

Kes sahabat aku ni boleh dikira agak kronik jugalah. Laki dia merajuk sampai mintak break. Selalunya perempuan yang suka merajuk. *aku tak pun Tapi dalam sesetengah situasi, lelaki boleh jadi lebih sensitif juga. Kadang² lelaki ni merajuk sebab hal yang kita rasa kecik je tapi mende kecik tulah boleh jadi besar bagi diorang. bila lelaki dah mula merajuk, si perempuanlah yang pening nak memujuk. kalau pompan lain. bagi bunga ros sekuntum, coklat sebijik *poor me cant eat chocolate, pujuk "aloh mucuk mucuk, tomey tomey iye" dengan muka inesen dah cair dah. lelaki ni lain, keras. ego dia lagi besar dari ikan paus celup tepung. *takda perumpaan lain ke?

nak merajuk sangat, ini makan dia!
jangan tanya aku camna nak pujuk lelaki. aku memang tak reti. yang aku nak cerita ini cara nak mengorat lelaki. Haa.. yang ini aku tengah belajar lagi. Hehe. Biarlah orang nak kata kita ni perigi carik timba sebabnya lelaki sekarang semakin pupus. maksud aku LELAKI YANG BAIK. lelaki yang membawa kita ke jalan neraka jahanam tu ramai. so disini, perempuan kena lebih  gatal proaktif dan agresif dalam mencari jodoh yang baik. *bersemangat

Mari kita belajar dari Sam lakonan Diana Amir dalam cerita 123...Cinta ini. Korang dah tengok filem ni? Ekceli aku tak berapa minat sangat dak diana ni tapi sebab kebosanan, layan jelah. Lepas tengok movie ini, truly aku suka karakter dia sbg Sam. biasa dia belakon jadi pompan gedikgedik, seksi meksi. Dalam filem ni, dia nampak lainlah. Perangai comelcomel macam heroin korea. *marah fan cite korea nanti Klik ini untuk review filem 123...Cinta

Cara-cara Sam mengorat Nazril

1. Jumpa depandepan mintak henpon si dia then misscall ke henpon kita. Then save nombor kita dalam henpon dia. Pastu direct send SMS "Hye, saya suka awak" *berani ke?

2. Nyanyi depan orang ramai lagu cintan jiwangjiwang karat. Katakan, "Hey Nazril, lagu ini untuk awak"

3. Pasang banner "Sam suka Nazril" kat kawasan kolej. *uuu.. dasyat, ini muka mahu tebal macam kek lapis sarawak kau. HAHA.

4. Buat announcement kat radio/speaker kolej, saya sayang mamat khalid "Sam suka Nazril"

5. Ini paling aku suka. Time ini, Sam kena denda dgn dekan bersihkan satu kolej sebab pasang banner and kacau teks annoucement kolej. so sweet. *kalau aku ni dah cair dah


6. Dah banner tak laku, buat bunting "Sam Love Nazril" pulak. gantung dari tingkat4 sampai ke bawah panjangnya HAHA. gigih la perempuan ni.

Be mine! comel.. *berangan*
7. curik pakai dress and mekap adik tiri semata sebab nak ubah penampilan agar kelihatan lebih feminin dan menarik dimata Nazril. 

natural beauty is the most beautiful
Aku memang kagum la dengan karakter Sam ni. Dasyat cara dia usyar si Nazril. Tak ada perasaan malu langsung. Hati kering apa? Ada ke perempuan berani buat camni dalam dunia sebenar? If ada memang tak ada andartu atas muka bumi ini. Huh, such a crazy! Gila.

Buat kau sahabat, kau baca kat sini ada beberapa tips memujuk lelaki yang merajuk. maybe kau jumpa apa yang kau carik. Sam pun guna tips kat belog ini tawu. glamor belog ini siap masuk filem kot. aku memang tak pandailah nak bagi nasihat bab-bab cinta ni. aku sendiri pun hancur HAHA so selamat beramal!

http://www.tentangcinta.com/
p/s: jangan ingat muka macam selipar terbiar itu tiada yang sayang

11 comments:

cik beLLanan said...

aku dah tgk citer tu. semangat gile dia nak tackle nazril tu. last2 ngan mbe gak ;p

K O R I E said...

Gah gah. bru tgok cita ni smlam.
perhh mmg best r klu dapat jd mcm sam
tu.. grr. dia buat jea apa yg dia nk buat.

Teja Evalea said...

@bella: tu la an. xde la org cmni betul2. lelaki lain la

Teja Evalea said...

@korie: da lama ada, bru nk tgok. hehe. klaka

AmirahFisra said...

nk sgt tgk cite tuu, tapi tak thu bile boleh tengok :(

myhatiku said...

citer nie best kn..semua yg dye buat,tak berani kot nk wat..aha:D

Teja Evalea said...

@myhatiku: donlod jela xpun tgok on9..

Teja Evalea said...

eh silap, itu utk amirahFisra

@myhatiku: klu brani tu sgt respek la haha

Mr. Asada said...

mungkin boifren kawan ko tu dah ada pompuan lain. tu jadi merajuk sampai nak break. hahaha.. saja nak bagi suspen.

belum tengok lagi cite ni. macam cerita best je nih.. kena carik lah cite ni nanti. huhu..

Unknown said...

hahaha..tengok jer luaran tu nampk keras..tapi dalaman..lembut aihh

Eyqa Zaque said...

wow, lum tgk lg. cam mau tgk dah. hehehe. makasih kasih info.