Senyuman Manismu - Blog Maknya Naura

Tuesday, October 26

Senyuman Manismu

Jam sudah menunjukkan 12.15 malam. Tiba-tiba daun pintu dikuak seseorang, aku berpaling ke sisi. Malu rasanya nak menatap wajah orang yang baru ku nikahi itu. Anak mithali, nikah atas dasar pilihan keluarga. Ehmad Ehoza bin Ehmad Idris, itulah nama suamiku. Senyumannya manis. Baru dua kali aku bertemu dengannya, itupun masa akad nikah dengan majlis persandingan. Macam tak percayakan? Itulah cerita, semua perkara tiada logika.

"Sayang, dah tidur ke?" Suara garau lagak ala-ala romantik menyapa ke telingaku. Bulu romaku meremang. Sayang? Watdehack! Nama dia pun aku tak hafal lagi, dah panggil-panggil aku sayang? Nama pelik camtu, 40tahun pun belum tentu ingat. Aku berpura-pura tidur. Mataku pejam serapat-raptnya. Terasa masa berlalu terlalu perlahan.  Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini.

"Jun.." Keriuk-keriuk katil berbunyi. Dia mendekat. Aku masih lagi kaku, jantungku berdegup kencang. Arh, sudah! Jun, brainstroming.. brainstorming! Cari jalan keluar segera, ini tidak boleh dibiarkan. "Jun sayang.. pandang abang, sayang. Junn.. " Tiba-tiba terasa bahuku disentuh lembut. "Saya dah tidur!" Terpancul laju ayat itu dari bibirku. Pada fikiranku mungkin Ehoza ingat aku mengigau, so dia percayalah yang aku dah tidur lena. "Sayang ni.. main-main pulak dia" Kali ini tubuhku ditarik berpaling ke arahnya. Aku.. aku.. aku.. Aarrggggggghhhhhhhhhh....

*****
Pagi-pagi lagi Ehoza bangun menyiapkan sarapan. Urmm, not bad. Ada ciri-ciri suami mithali. Aku masih lagi terbaring lesu di katil. Rasa tak sedap badan la pulak. Dari subuh tadi, asyik muntah-muntah je. Malam tadi okey je. Malam tadi?! Aisyhh.. tak nak ingat, tak nak ingat! Ku gagahkan diri bangun ke bilik air, tak kan nak tunggu membusuk atas katil. Laki aku ni pulak buat sarapan ke baiki dapur? Baik aku mandi dulu.

Keluar dari bilik air, terjongol muka dia di depan pintu. Copot jantung aku! Dia tersenyum. Arh, senyuman manismu itu.. "Sayang, kita jumpa doktor ye? Pucat je muka tu abang tengok" tanya Ehoza lembut. Aku tersentak dari lamunan. Dia membelek-belek wajahku. Seganlah pulak diperlakukan sebegitu. Cepat-cepat aku mengangguk. Ikutkan jelah, aku pun dah tak larat nak berulang-alik menghadap lubang jamban tu. 

Aku dibawa ke Klinik Dr Rozmey. Macam aneh la pulak, bukan ni klinik untuk orang kuruskan badan ke? Itulah cerita, semua perkara tiada logika. Aku mengomel sendirian. Ehoza membawa aku masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan. Itu pun selepas beberapa kali namaku dipanggil. Bukan pekak, pelat misi cina tu tak berapa nak paham. Nama aku Junifah Lutfi, dia sebut Jennifer Lopez. Memanglah aku tak sahut, mujur Ehoza perasan.

"Puan Junifah, tahniah" Senyuman Dr. Rozmey penuh bermakna. "Err.. isteri saya pregnant ke doktor?!" tanya Ehoza dungu. "Eh tak ada lah, isteri encik positif HIV sebab tu saya ucap tahniah" Nampak bodoh benar soalan yang diajukan Ehoza. Serta-merta wajah suamiku berubah bengang. Aku terikut tension. "Hehe.. Sorry, saya bergurau saja. Encik bakal menjadi ayah tak lama lagi. Tahniah." Benarkah apa yang aku dengar ini? Aku cubit peha kiriku, sakit. Sah, aku tak bermimpi! Tak kan aku pregnant kot? Itulah cerita, semua perkara tiada logika.

*****
Ejun Ehozarian binti Ehmad Ehoza, ada gabungan namaku dan Ehoza. Saja ku pilih Ejun, ala-ala nama penyanyi Korean. Untung-untung besar nanti, she has a Korean-look haha gedik..  Ejun Ehozarian, anak yang ku kandung selama 9bulan itu selamat dilahirkan ke dunia. Air mataku mengalir kegembiraan tatkala menatap wajah anak sulungku itu. Senyumannya manis, semanis ayahnya. Lagi mengharukan aku, ketika melihat Ehoza mengazan dan mengtahnikkan Ejun. Ku panjatkan setingi-tingi rasa kesyukuran kepada-Nya kerana begitu bertuah dapat memiliki mereka sebagai orang kesayanganku.

*****
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Dari satu penjuru jalan, mata pemandu Honda Civic Type R hitam ligat memerhatikan halaman rumah keluarga bahagia itu dengan penuh rasa kebencian. Kelihatan Ehoza sibuk melayan kerenah Ejun yang berusia hampir 2 tahun itu bermain. Senyuman manis mereka menyerlahkan kebahagiaan yang mereka miliki.

"Ehoza, sanggup kau tinggalkan aku." Api kemarahan menyala-nyala dimatanya. "Selagi Adila Mustafa hidup, aku akan pastikan kau menderita seperti mana aku Ehoza!" Stereng kereta dihentak, air matanya mengalir deras. Teringat ketika senyuman itu masih lagi menjadi miliknya. Senyuman manis Ehmad Ehoza.Tapi pada tika ini, terasa membuak-buak dendam kesumatnya terhadap Ehoza. Kemudiannya Honda Civic tersebut dipandu keluar, meluncur laju entah ke mana. 

*****
Ingin ketahui apa yang bakal terjadi pada Junifah Lutfi? Ikhlaskah dia mencintai Ehmad Ehoza? Adakah benar Ehozarian anak kandung Ehoza? Apakah hubungan Ehoza dan Adila Mustafa? Dapatkan Novel Senyuman Manismu di pasaran sekarang! Apa kaitannya? Itulah cerita, semua perkara tiada logika.
 Aku hanyalah promoter tak bergaji
tiada cas tambahan dikenakan
Kata-kata penulis penaip: Wah tak sangka berbakat jugak aku neh dalam bidang penulisan. Agak-agak boleh menang tak entry cenggini? Macam lari topik je agaga.. Ehoza punya pasal, kalau menang, alhamdulillah. Kalah sekalipun, alhamdulillah hee.. Itulah cerita, semua perkara tiada logika.

4 comments:

GEMBALA SUARA said...

Tolong bacakan kat akak, nyah.....akak ni fail bab2 baca panjang2 ni...

Anonymous said...

nme xleh blah. hihi

Teja Evalea said...

gembala: akak, xpyh baca,, renung pon xckop utk paham,, haha

Teja Evalea said...

macy: nama spe??