Part 1: Berkecainya LCD screen 1+3T - Blog Maknya Naura

Friday, July 12

Part 1: Berkecainya LCD screen 1+3T

Disclaimer: Ini kisah sedih, lebih sedih daripada babak salam mohon maaf dipagi raya.

Ya, satu-satunya phone termahal aku pernah ada (pada aku 1k++ dah terlalu mahal) telah retak LCD screennya. Bukan sekali, bukan juga dua,  tapi TIGA kali angkara si kecik tu. Yang kali ke-2, naik darah juga tapi memikirkan sayang anak lebih daripada yang lain, mak redha. Masuk kali ke-3, lali dalam ralat rasanya.

Kes 1
Dah lama sebenarnya aku perasan screen phone aku macam dah ternganga sikit bahagian bucu atas. Sebab anak aku rajin sangat umpil tepi tepi phone tu dengan jari runcing dia. Aku sangka yang ternganga tu screen protector. So buat tak kisah sangatlah sebab dah banyak kali aku tukar screen protector sebab si kecik tu jugak suka umpil dan baling-baling phone aku sampai retak protector. Aku sampai buat stock screen protector okay.

Then datang hari dimana phone aku jatuh sekali lagi. Sekali kutip, mak aih retak seribu. Aku tenang lagi. Ah, kena tukar lagi screen protector kata akulah. Aku pun tariklah yang kononnya nak buka buang screen protector pecah tu. Prakkk, terus berderai ye kaca-kaca halus. Screen gelap. Tekan-tekan, gosok-gosok, senyap tak berkutik weh. Kaca-kaca halus berhabuk dah ni.

Aku cecepat bungkus phone tu dalam plastik, so kaca screen tak bertebaran. Tak memasal je kalau kena angin masuk mata. Otak dah berkira-kira ni berapa harga lcd oneplus, yang pasti bukan murah untuk model rare macam ni. Kalau mahal sangat aku nak angkat phone baru je yang murmur je. Berat nafas weh phone takda.

Sampai office, google kedai repair oneplus. Dah la model rare, kalau iphone ke samsung ke belambak kedai repair. Survey harga dapat paling murah RM320, yang kedai memula aku call dia kata budget RM550. Nasib jantung aku sihat, kalau tak kena heart attack dah.

Survey lagi around RM300 tu handphone apa aku boleh dapat. Kalau spec lebih kurang, aku boleh consider (tahu RAM6gb tak dapatnya RM300 haha). Tapi itulah, tunggu repair tak tahu bila siap kan.

Balik kerja terus aku ke USJ, konon-konon nak singgah DDirect cari telefon baru. Tengok-tengok banyak kedai telefon, tiba-tiba terfikir apa kata walk-in tanya kedai repair berapa.

Ada satu kedai, agak besar. Masuk tu ada beberapa orang tgh sibuk packing barang. Wow banyak betul online order diorang.
"Dik, LCD 1+3T ada stock tak? Berapa ye?"
"LCD sahaja RM190 kak"
Eh murah sangat, aku dah budget hangus 300 tadi. Aku pun terus "ha, bolehlah dik", terus hulur phone dalam plastik. Dia belek belek lepastu,
"Siap pasang dengan frame, semua RM290 ye kak"
Pfft pulak dah.. congak laju otak aku masa tu. Beli baru atau repair je.

Habis masak fikir, repair jelah. Kalau beli baru, sama je akan datang aku repair jugak. Dari aku beli phone murah, baik repair yang ini trade in phone baru yang setara or up sikit, betul tak? Aku tak salah plan kan?

Sejam settle tukar LCD, burn RM290.
Alhamdulillah kembali bernyawa phone kesayangan hamba.

Sehari kemudian..

Kes 2
Ye, beza cuma sehari ye puan-puan dan tuan-tuan. RM290 aku, plastik cover pun tak tanggal lagi. Kau cakap macam mana aku tak angin? Tapi khilaf aku juga, leka. Aku memang dah plan taknak bagi si kecik tu pegang phone aku lagi, tapi yelah nak dijadikan cerita takda rezeki. Aku leka sesaat, laju tangan dia capai phone aku letak atas lantai.

Sesaat lagi phewwwww... terbang weh phone tu dia baling.

Habis doa harap takda pape, hmm terhantuk bucu ke lantai, kau ghase? Memang tipislah harapan takda pape tu. Masa ni aku memang naik angin, terus laki aku bawak lari anak dia sebab aku dah tinggi suara. Bergenang jugaklah air mata tahan rasa, baru semalam keluarkan RM290.

But then, aku kembali waras. Yelah budak kecik apa tahu, sendiri la salah cuai. Takkan nak bantai budak kecik takda akal lagi, duit boleh dicari (aku muhasabah diri dalam kesal). Ini masih boleh berfungsi pun aku dah bersyukur. Kalau sebelum ni padam terus, ha nak taknak keluar lagi duit. Adoilah anak, mak redha.

So memandangkan masih berfungsi, aku nak try survey harga online. Beli LCD, kalau murah nanti hantar kedai upah install je. Aku check Shopee dengan Lazada, harga lebih kurang jugaklah 150++, tapi kalau upah takkan sampai 100++ kan, so masih lagi jimat beberapa puluh ringgit.

Then search punya search, harga di AliExpress paling murah aku boleh dapat dalam RM90++ je untuk LCD tu. Murah sangatlah, separuh harga dari sebelum ni kot. Aku check Shopee dengan Lazada dapat dalam RM150++, tambah upah dalam RM100 (ikutkan harga kedai sebelum ni) jimat berapa puluh ringgit je.

Cuma masalah problem dia, aku tak pernah shopping di AliExpress. Boleh percaya ke? Lazada local tu pun bersepah scammer. Screen aku ni entah berapa lama dapat bertahan. Aku dah siap berseletep bagai dah ni, sebab kaca-kaca halus tu bahaya.

So agak-agak apa aku buat? Kita sambung next entry, laparlah pulak. Bye.



No comments: