Hari ini aku ber-Twitter seperti hari-hari sudah. Dalam ber-tweet itu adalah beberapa pop-up ayat-ayat cinta daripada Twitter. Tapi aku tak endahkan. Aku teruskan juga menggila ber-tweet sampai berasap keyboard. Sedang aku asyik ber-Twitter itu tetiba pop-up lagi ayat cinta,
Your account is suspended and is not permitted to send Tweets.
Aku pangkah jelah macam pop-up yang tu, heran pulak aku kan. Aku bermonolog dalaman tanpa memahami message yang cuba disampaikan pop-up terbabit. #skema Then aku try tweet lagi. Banyak kali. Ada la dalam sejuta enam kali tapi tak boleh tweet jugak. Still keluar pop-up pasal spender suspended tu.
Masuk je cubaan retweet untuk kali ke sejuta tujuh keluar bapak pop-up kat header. E'eh, apa kejadah pulak ni? Kaler merah jambu cair gitu, konon amaran lembut kot.
Following/Followers aku yang juta lemon pun kena suspended juga :c |
Your account (@TejaAhmed) is currently suspended. For more information, please visit Suspended Accounts.
Haa itulah padah degil-2 lagi. Orang tak bagi tweet paksa-2 jugak, ini makan dia! Wuwuwu sedih aku. Account kena gantung rupanya. Apa salah beta? #ImranAjmain Aku tweet biasa je bukan melucah pun. Then aku picit la link Suspended Account tu then check email dapat surat layang ini:
Tak nampak picit je atas gambar. Tak paham pegi google translate. |
Adapun dalam email amaran terbabit diperkatakan sebab aku digantung adalah kerana aku bersikap agresif #aggresive following behaviour. Perilaku agresif secara psikologinya bermaksud cenderung (ingin) menyerang kepada sesuatu yang dipandang sebagai hal yang mengecewakan, menghalangi atau menghambat (KBBI: 1995: 12).
Apakah semua ini?! Aku bukan buat jenayah apa kat Twitter tu. Aku tak melucah, tak usik orang, tak mencarut bukan-2, jauh sekali merogol. Apa salah aku?! Apa salah aku sampai digantung begitu sekali?
Kepada staff Twitter jika kau terbaca entri ini tak payah la gantung account aku tu, delete jelah bagi anjing makan. Fedap aku tau. Begini kau perlakukan aku setelah ku berpaling tadah daripada Facebook hanya untukmu. Semata-mata untukmu Twitter!
Twitterian yang teraniya.
5 comments:
MFO punye plak blog kene delete... encik google kate blog MFO kene spam... 5 hari die simpan blog tanpa berita... akhirnya die bg jugak pg td...
hope can visit me...
http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/
thanks..
@faizulosman sian. huhu klu belog kena mmg ngamuk la. penat mekap lawa2 ni huhu
Assalam...
Mungkin ada masalah kot...sabar je la..
twitter dengki. hehe
Ish..emm mungkin ada error tak?
Post a Comment