Permohonan UPU atau IPTA bagi lepasan SPM 2011 kini tinggal dua bulan je lagi sebelum ditutup. Melihatkan masih ramai lagi bebudak lepasan SPM yang tak reti dan tak tahu hala tuju mereka selepas SPM, menarik aku untuk mewujudkan entri ini pun nyer adoi. (Maaf, tatabahasa berkecamuk sedikit)
Al-kisahnya bermula bila aku tolong isikan permohonan UPU adik aku, Ekyn Al-Ahmed. Sebab dia pun tak reti jugak camna nk buat dengan No Pin BSN yang cikgu dia suruh beli. Macam aku dulu la, cikgu suruh beli No Pin, aku beli. Cikgu suruh isi borang, aku isi. Apa pun tak tahu, ikut bontot orang jela.
Pastu sorang demi sorang kengkawan dia bertanya itu ini pasal UPU, hala tuju mereka etc. Secara tak langsung merubah status aku daripada seorang penganggur profesional kepada seorang kaunselor tak bertauliah dan tak berbayar untuk seminggu dua ni.
So memandangkan permasalahan ini, aku rasa ramai lagi adik-adik lepasan SPM 2011 diluar sana yang masih tak tahu nak buat apa sementara menunggu result bulan Mei ini. Daripada kau sibukkan diri berfesbuk, bertiwtter, bekerja kilang, beronggeng sana sini, bercucuk tanam lemak sampai obesiti, dan entah apa ber- yang tak berpekdah tu, ada baiknya pergi isi borang UPU.
CARA PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU KE SESI AKADEMIK 2012/2013
BAGI LEPASAN SPM/SETARAF
STEP 1 Adik² perlulah menapak masuk ke kaunter bank BSN yang berhampiran untuk pembelian nombor pin UPU. Jangan lupa bawak IC. Dah dapat slip tu, balik rumah terus atau CC yang terdekat.
STEP 2 Da on pc/laptop, bukak belog akak ni klik like pergi ke link Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar [https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/] Contoh:
Jenis Permohonan: Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier
Program Pengajian: Lepasan SPM/Setaraf
Kalau rasa taknak masuk U, nak masuk kolej kemahiran ke apanya pun adoi. Adik-adik boleh jugak isi untuk Kemasukan ke ILKA/TEVT-Politeknik. Kalau rasa gatal nak cuba masuk dua-dua, beli no pin BSN yang berlainan untuk setiap satu ye. Jangan kedekut sangat.
STEP 3 Apalagi, kliklah MASUK. Nanti muncul page Permohonan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: FASA 2. Nampak Panduan Permohonan dalam kotak oren tu? Adik download mana yang kena download [LINK WARNA BIRU], baca mana yang kena baca dan paham mana yang kena paham.
STEP 4 Sudah? Ok sekarang, nampak tak kotak kaler kuning tulis [Permohonan]->[Semakan]->[Kemaskini]? Klik [Permohonan]
STEP 5 Dengan berbekalkan No Unik ID yang dibeli kat BSN tu, isi mana yang kena isi. Siap, klik [seterusnya>>]. Begitulah seterusnya, lepas isi tekan [SIMPAN] sampai selesai semua, yakni keluar PDF yang perlu anda print untuk simpanan seperti ini:
Ada 3 page kesemuanya. Ini sample sahaja. |
Kalau ada ralat, biasanya sebab No IC salah or kau tipu No Unik ID. Jangan cenggitu ea adik-adik, nak menuntut ilmu kena jujur. Kalau ada ralat, klik kembali then isi semula. Kesabaran amat diperlukan disini.
"Ish nak tukar pilihan program la.
Nak tukar kos medik, amek kos macam Kak Teja."
Nak tukar kos medik, amek kos macam Kak Teja."
Ok boleh. Ulang je step tadi tapi untuk ini JANGAN klik [Permohonan], klik [Kemaskini]. Nak semak borang yang diisi klik [Semakan]. Setel semua, rasa puas hati sila la print untuk rujukan.
KEMASKINI HANYA BOLEH DILAKUKAN SEBANYAK 3X SAHAJA
So isi betul², jangan nak menipu sini sana lagi² part Maklumat Kokurikulum tu. Aku dah pernah buat dulu sebelum kau. Ingat ye adik, nak menuntut ilmu kena apa? JUUJOOORRR (suara ramai) .. Bagus!
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU
UPU FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan : Nov – Dis 2011
UPU FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian : Jan –Apr 2012
Permohonan Ditutup : April 2012
Keputusan Permohonan : Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru : Mei/Jun/Julai 2012
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU
UPU FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan : Nov – Dis 2011
UPU FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian : Jan –Apr 2012
Permohonan Ditutup : April 2012
Keputusan Permohonan : Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru : Mei/Jun/Julai 2012
"Akak, akak! Saya ada soalan lagi la. Tak paham ni." Haa sila klik link SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA ini. Semua persoalan yang membelenggu kepala otak kau terjawab disini. Goodluck!
P/S: Dah macam penjawat pentadbiran awam pulak aih aku ni.
4 comments:
entri yg tepat pada waktu yg tepat! just nk share jgk, aritue tlg belikan no pin ntuk adek tp xsempat beli sbb penink bebenau ble bab syarat kemasukan tuh, adek sy nie asasi uitm tp pilihan kt dlm tu de asasi pastu de uitm pe ntah agy, lgsung xjd beli, huahua.. kesian dye, huhu
@khalid kadir HAHA itulah. selaku abg/kakak yg prihatin terpaksa la tolong kan demi masa depan adik2.
adik kalid lepas spm jgk ke? nk msuk asasi? suh masuk mtrik jela ekeke
terima kasih kak...adik dah mohon...hahahhaa...persn muda beb...
@TiraPengemis repeat SPM ke?
Post a Comment