Wartawan tu semua datang buat ramai kat rumah Ina *Hamboi, macam dah kenal lama ni huhu* untuk mendengar sendiri jawapan beliau mengenai semua isu-isu yang diedarkan pada media sosial.
Sebab orangnya takde kat sini, so perbualan diadakan melalui persidangan video Skype. *kemain bersidangnya* LOL
Setahun dulu kecoh ceritanya mengenai dakwaan bahawa dia gagal pelajaran di luar negara dan kembali ke rumah ibunya secara senyap-senyap sampai jadi tajuk berita utama akhbar tempatan kot. Aku pun ada dengar orang cakap dia ngisap. Bagaimanapun, khabar angin itu tidak benar. Wallahualam.
Kini, sekali lagi gempar lagi kisah si Amalina ni. Sejak beberapa hari lalu media sosial berapi bercakap tentang gambar Nur Amalina pakai legging dan berpeluk dengan lelaki. LOL Macam kat Malaysia tak ada kes cenggitu. Apa kau ingat legging cenggitu takda jual kat Malaysia ke?
Tapi itulah. Mungkin ini adalah harga yang perlu dibayar untuk menjadi ikon yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Bila orang menjadikan kau idola, contoh kepada anak bangsa makanya secara otometik kau jadi retis. Hal kau hal aku jugak, gittew. Semua kepoh nak tawu. Retis's life, aku paham sangat. Eh hehehe..
Menurut sumber, perkembangan terbaru kini Amalina sibuk dengan penglibatannya dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimasukkan dalam jurnal perubatan di Eropah.
Apakah yang boleh dibanggakan, selain cemerlang dalam keputusan jurusan medik yang dia ambil sekarang, Nur Amalina juga ditawarkan untuk mengambil ijazah tambahan dalam farmakologi dalam tempoh satu tahun berbanding empat tahun. Wow! Double degree di UK uh. Kau hado?
Lagi video berkenaan kenyataan balas dak Amalina mengenai soseh-soseh orang ramai di media sosial boleh lihat di [SINI] atau [SINI]. Yang lagi menarik di [SINI]
Hok aloh weh, Youtube kena block pulak aih. (-.-") Haa tape, rakaman ucapan penuh boleh didengari menerusi link Facebook [ ini ]. Kalau Facebook pun kena block jugak. Silalah pergi study untuk next paper ye.
Nur Amalina didalam video berkenaan memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan berharap para blogger untuk membuang gambar-gambar seksinya di blog. Maaf Ina, aku berdegil nak haplod jugak gambar kau tapi bukan cecurik dalam FB. Eee tak baik punya. Ahaa ada baiknya aku upload gambar aku sekali, ye dak?
Dia tunjuk perut.
gambar kecik: Sijil SPM 17A1
Aku tunjuk lengan.
gambar kecik: Nasik bungkus RM1.70
Ada bezakah? *sigh*
HANYUT HANYUT HANYUT HANYUT HANYUT
Nak bertudung, hati kena ikhlas.
Katanya. Jawapan klise sangat. Bukankah bertudung itu wajib? Keikhlasan tak wajib. Jika niat bukan LilLahhi Taala, apa pun tak boleh. *ustazah sangat*
Nak nasihat menikam hati pasal aurat wanita? Search hashtag #KesilapanKerapTentangAuratWanita. Ini peringatan untuk diri sendiri juga. Peace (^.^)V
11 comments:
smoga dibukakan hatinya untuk berubah pakai tdung smula.awak yg cantik..nk tanya lah..lagu blog nih tajuk ape n sapa nyanyi? nak boh kt hp lah hihi..please gtau saya eh?
@zOeY zAu YaH HAHA cantik? bodek tak beragak.
Everybody - M. Ingrid.
All time favourite. Kalau semak rasa mendengar, picit je button pause :)
hahaha.. comel gmbar yg kedua tu... :)
fuhh....giler kentang...
kalo ak yg jd amalina...msti sentap tgk gmbr teja...hehehe....syabas dear...mmg panasss...
@Nicaa HAHA comel ke comot? tu zaman muda mudi. gmbar 4tahun lepas kot ..
@TiraPengemis aku sendiri sentap tgok gambar aku kot. HAHAHA
mmg la mak hang akui macam tu,mmg takkan hanyut punya.Dah nama pun hebat renang gaya bebas.kah3
#gaya kupu-kupu tau buat?
@fadh leyanie mungkin klu wat gaya kuak kupu2 guwa hanyut.. xsmpt nak berkuak hahahahaha
fuyoo, berenang gaya bebas kah kah
comel jee hee =)
sengal la kak teja. haha
eh kenapa muka sama? konpius aku. muahaha.
untung la hotak pandai seksi2 pun. haha
Post a Comment