Nasik Goreng USA santapan tengahari ini. #Alhamdullillah |
Bukan nak cerita pasal makanan tapi pasal call yang masih panas lagi kedengaran di cuping telinga ini.
Selepas beberapa purnama aku menjalani industrial training, akhirnya aku menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Panjang. "Pasti bukan line Malaysia," monolog aku.
"Hello, may I speak to Miss Nurul?"
Suara perempuan. Level English tahap tinggi.
"I'm !@#$%^ from !@#$%^ Technology !@#$%^ Berhad. !@#$%^& bla bla bla .. Can you walk-in for the interview and bla bla bla again ..."
!@#$%^ itu bukan mencarut tapi ayat yang tidak dapat dikesan apakah ia. Al-maklum sajalah, MUET listening aku paling melingkup sekali.
Lenggok ayat dan slengnya aku syak beliau Indian atau Pakistani atau yang sewaktu dengannya. Rasa macam nak keluarkan gegendang telinga aku dan letak kat tepi bibir dia, gigih nak memahamkan setiap baris ayat yang dia ucapkan.
" Bla.. bla.. bla... position as Executive !@#$%^ bla.. bla.. bla.. available to travel on and off to India?"
INDIA? Ayoyo tanggechi! Dey sunna rey.. Aishh, *tepuk mulut* drama Tamil la pulak. Akhirnya dengan perkataan sorry bertalu-talu diluahkan dibibir mungil aku ni ku tolak tawaran beliau. Bukan sebab tak boleh travel ke obesi or gaji tawaran tidak memuaskan, tapi disebabkan aku masih terikat untuk menjalani internship aku sehingga February depan. Really pray for her, call me back after a few months later.
Mungkin bukan rezekiku disitu.
P/S/S: Phone conversation ini berlaku di hadapan Puan HR tempat aku praktikal sekarang sebab kami dalam kereta after lunch kat luar. Bayangkanlah. Awkward.
No comments:
Post a Comment