Blog Maknya Naura

Monday, October 1

Helmet baru saya

Sebelum korang nak cakap, komen, kritik or what so ever, please read below:

"BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BERKERETA"

Assalamualaikum. Ahaa kemain muslimah lagi. Lama dah tak berblogging. Ingat nak biar je berkulat. Tetiba tergerak hati nak hapdet mengenai AKU SEBIJIK HELMET. Ala karangan babibiolgrafi bibliografi time sekolah rendah saja. Hee.

Seperti yang para pemenat aku semua tahu, sekarang aku tengah praktikal disebuah company terkemuka negara sebagai penarik teh. Buble tea yang korang duk gila tu resepi aku lettew. Dipendekkan cerita aku pergi keje naik motor sebab jarak  dari rumah pun sekangkang semut saja jauhnya. Dipendekkan lagi cerita, helmet aku kena rembat ketika aku sedang asyik memilih bawang di sebuah pasar raya berdekatan dengan rumahku.

Kasih seorang suami. Full protection to his beloved wife.
Jadinya aku kena berkongsi helmet pulak dengan orang rumah. Al-paham sajalah kalau lelaki, terus-terang aku cakap kepala diorang busuk. Sorry, bukan kepala tapi rambut. Sebabnya diorang ini majoritinya tiada kesedaran mengenai pentingnya rambut itu perlu berbau wangi. Jarang syampu tu 1 hal kekonon rambut pendek dia tu bersih sangat, ditambah cream rambut/wax yang .. Allah, tuhan saja tahu deritanya lubang hidungku ini kena hidu semua tu. Permasalahannya disini melekat di helmet. Bau rambut, bukan rambut yg melekat ye, harap mak long.

Dipendekkan lagi cerita yang sedia pendek ini, aku pun belilah helmet baru memandangkan elaun praktikal yang pertama pun dah masuk. Niat dihati pada asalnya nak beli helmet cap ayam je. Lagipun aku sendiri tak fasih perihal brand-brand helmet yang berada dipasaran selain Bogo, Nova dan Arai. Bawak motor cap ayam takkan nak pakai helmet fullface cover pulak kan.

Merempitlah aku ke kedai motor. Slumber timun je aku parking depan kedai, abang pomen tu menyambut aku dengan senyuman.

Lelaki itu : Adik nak repair apa?
Perempuan ini : Eh tak, saya nak beli helmet.

Aku senyum. Dia macam teragak-agak. Mungkin dia terkesima tengok awek cantik mahu membeli helmet. Dibawa aku ke suatu sudut, dimana pelbagai jenis helmet dipamerkan dirak-rak kaca. Atas bawah, atas bawah aku belek setiap rak.

Lelaki itu : Adik nak kaler pink pun ada. Kita ada banyak lagi design.
Perempuan ini : Saya tanak pink.
Lelaki itu : Pink cantik untuk adik. Nanti abang amek katalog.

Dia masuk ke dalam kedai. Dalam hati aku, abang ni dah kenapa promot-promot aku beli helmet pink? Ingat aku bawak motor eskim Paddle-pop ke? Beberapa minit kemudian, datang sepasang couple. Kalau tak pakwe-makwe, mesti newlyweds. Bahagia semacam je. Abang tadi keluar bawak katalog. Ku ambil dan belek-belek lagi.

Pasangan bahagia tadi beli helmet jugak. Nova hijau epal. Sepasang. Hamboi-hamboi, sweet sungguh. Helmet pun nak sedondon. Aku ingat baju kapel je ada, helmet kapel pun ada jugak. Terus aku mata aku tertancap pada model KHi.

Perempuan ini : Abang saya nak KHi merah tu.
Lelaki itu ambil dari rak.
Perempuan ini : *Belek-belek 2-3minit* Cuba amek yang kuning.
Lelaki itu ambil lagi dari rak.
Perempuan ini : *Belek-belek 2-3minit* Yang putih tu cantik jugak.
Lelaki itu : Yang penting safety first dik.
Perempuan ini : Oklah, merah. Hee

Begitulah ceritanya. Sekian.

Merah itu kegemaranku. It's Candy Red!

Kuning pun hensem tapi tak kena dengan motor cap ayamku.
P/S: Teringat kenangan merempit dengan dak Chipo ke Kuantan. Terbang helmet kura-kura aku ditengah-tengah highway sebab laju sangat memecut. Sekarang helmet patern tu taboleh pakai lagi. What a memory. *smile*

Sunday, August 5

Gegara DLCW kalah, kami makan eskim Mekdi!

Hey I’m back. Very cliché introduction rite. Aha *kenyit mata konon menggoda*

Ignore post title. Dah sebulan dah cuti baru nak update. Busy lah kan kononnya. First half of the month, berebut tv dengan mak – for the sake of the satisfaction of watching my Oggy and its lipas-lipas nakal tu on bigger screen. Err and other cartoons too. Ehee .. And then the second half of the month, hooked with kuali dan sudip di dapur as I’m trying to finish all mama's recepies kononnya that I haven’t interested before. Hahaha. Naiss huh? Kemain feminin lagi aktiviti watu cuti aku.

For the whole time oso, I didn’t even step out of the house for a month hahaha. Sila bayangkan kulat dan cendawan dah tumbuh atas kepala. True story - Except for the kulat and cendawan.

Paham? Broken sangat ingelishnya. Ohmai ...

Makanya hari ini, pecahlah dara tradisi pertapaan aku di rumah. Iftar bersama geng Calon Isteri Solehah (CIS) di semejid dengan ditemani nyamuk-nyamuk liar. Pun boleh. Best. Tak ramai pun bingit. Kalau cukup korum, entah apa jadi. Tengs sayang-sayangku. U'guys make my day. c:

You lost the medal, You win Malaysians' heart.
P/S: Aku dah repair icon tepi tu. Just icon formspring aku tibai pakai icon gmail. HAHA. Ada aku kesah?

Sunday, May 20

kurangnya kasih-sayang manusia
Mungkin cuma ada seorang seperti aku di dunia ini.
*Kemain ayat aku kan?*
Itulah. Seperti kebiasannya.
Belog aku mengalami masalah kurang kasih-sayang manusia.
Siapa manusia itu, tak perlulah aku hegeh jawabkan.
Manusia tu tak punya masa berbelogging hebat seperti dulu.
Idea yang ada disimpan mereput sendiri dalam kepala.
Habis luah pun kat tuiter dan fesbuk.

MAAF

Manusia itu dah biasa hidup tanpa komitmen.
Kali ini tetiba dia mimpi basah nak menjenguk belog gersang dia ni.
Tengok apa dah jadi!
Tu kotak-kotak tepi kanan tu rosak semuanya. Pasaipa?
Gersang lettew. Sampai tak terbela dah.
Kurangnya kasih-sayang manusia.
Bebukak tetiba jadi noob tak reti camna nak compose entri.
Orang blogging, nak blogging jugak. Dang!

KOMITMEN

Homaigod .. Homaigod .. Homaigod ..
Taksuke betul dengan perkataan itu boleh?

Taksuke sampai tanak join pape aktiviti kolej. Sebab aktiviti kolej banyak komitmen.
Taksuke sampai tanak tidur bila mengantuk.
Taksuke sampai tanak mandi bila busuk.
Taksuke sampai tanak makan bila kenyang.
Taksuke sampai tak kesah pon kalau takde boipren sepanjang hayat.
Taksuke sampai kalau boleh tak kawen pon takpe. Opss

Today's meal. Makanan orang kurang kasih-sayang . sobs
Entahlahh apa nak jadi dengan aku neh.
Dah lali hidup sendiri dan tak berkomitmen dengan orang lain.
*ayat mak-mak janda*
Hempon selalu dalam mode senyap.
Letak volume 8 pun tak perasan jugak.
Hempon tak senyap, aku yang senyap. LOL.

Disebabkan aku dan hempon selalu dalam mode senyap,
Maka pelbagai tomahan dan kritikan yang berbaur nganjingan aku terima dari kengkawan.

“Tu yg aku malas tu nak mesej kau. Lepas patblas jam baru kau nak balas kan?”

“Kau dah kenapa tak namploh kali aku call tak angkat? Stress la camneh sokmo”

“Orang macam kau ni menyusahkan tahu tak?! Klu emergency ke apa camna?”

“Kau baik tak payah ada henset. Bagus letak dalam akuarium wat mainan ikan”

SUDAH CUKUP SUDAH!
Pedas? I barely said, dah biasa dah dengar semua ni.
Gelak sikit. HA HA HA HA. Okeh.

Ye, memang saya salah pun. Saya mengaku. *sopan*
Kalau boleh saya nak bagi impulse-benci-komitmen ni dekat orang lain.
Saya sebenarnya bertanggungjawab orangnya.
Jujur. Amanah. Penyayang. Prihatin. Hormat orang tua. Pandai memasak.


TAPI

Disebabkan tiada usaha nak berubah dan EGO nak meminta maaf terhadap orang-orang tertentu memang tinggi menggunung mengalahkan menara Burj Khalifa di Dubai, maka ku ukirkan kata-kata maaf ikhlasku disini.

“SORI AH KORANG SEBAB HEMPON AKU
MEMANG AKU SELALU MAIN CAMPAK-CAMPAK JE
BERCAS TIDAK, BERTOPAP PUN TIDAK
KALAU NAK SURUH AKU UBAH PERANGAI
BAGI AKU PAKWE KACAK BOLEH?”

*Kbai. Laaaaaaaaaariiiiikkkkkkkkkkkkkk!



Yeah, thesis yang nak kena hantar esok aku tak siap lagi. *tidur dulu*

P/S: Aku pun kurang kasih sayang manusia. Oleh itu aku gemar siapkan thesis sambil tengok SuperSpontan, nyanyi lagu dengan lirik yang berlainan espcially lagu omputeh, dan kumpul baju kotor selama 3-4 minggu lamanya -- cuma kerana kurang kasih sayang. Sekian.

Sunday, February 12

Bila aku putus cinta
Nanana na naa nanana.. aaa
Bila aku putus cinta
Kan ku hapus namamu
Kan ku delete lagumu
Akan ku katakan kata-kata luka

P/S: Dapatkan single terbaru Awe ROFL, Bila Aku Putus Cinta dalam debut album terbarunya, Dikir Rambong.

Kemain siap ada OST entri aku ni, ala Drama Gemersik Kalbu gittew.

Ku tahu kisahku ini bukan kisah paling orang nak tahu. Sila sediakan sekotak tisu Giant kerana kisah kali ini teramatlah sedihnya. Cerita bila aku putus cinta.

Cerita bermula.

Setelah berbulan dan bertahun lamanya mempertahankan hubungan cinta bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang aku maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata, hingus dan kahak hijau tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa aku. Jangan ingat title kakak kawasan mengikis sifat romantik aku. Dalam hati ada Taman Tergantung Babylon ni. 

Ketika itu aku ada nangis sikit-sikit. Nangis sikit-sikit ke sikit-sikit nangis? Terasa kosong. Dengar lagu cinta je, nangis. Teringat time konsert Ramlah Ram kat TV1, dia nyanyi lagu Diam-diam Jatuh Cinta tak silap. Pun nangis. Apa ke bengong la rasa time tu.  

Biasa kita tengok, kalau orang putus cinta. Automatik menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , "Akulah insan paling malang di dunia". Stategi nak mendapat simpati. Dari siapa pun aku tak tahu. Failure!

Itu bukan aku. 

Kesedihan putus cinta ini umpama kesedihan hempon masuk lubang jamban. Nak selamatkan dah tak mampu. Even kau sanggup celup tangan dalam timbunan najis, boleh lagi ke ia berfungsi? Tidak. Waktu itu pasti kau merasakan hidup kau spt sudah berakhir. Kau sebenarnya belum menikmati lagi perasaan mempunyai hempon baru yang lebih canggih dan menepati citarasa kau. 

Serius, ini pengalaman. Erk maksud aku pengalaman dapat hempon baru. Sekarang aku dah boleh main Angry Bird. Kalau dulu cekang main Snake Xenzia. Asik pening langgar ekor sendiri je.


Di sini aku nak kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikan Malaikat Jibrail kepada Nabi junjungan Muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,
Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya
tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya.
Baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! Cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya Tuhan yang tau. Tak berpisah waktu hidup, pasti berpisah waktu mati.

Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha. Kalau berdoa saja takda usaha tak berguna jugak kan? Teringat kata-kata seorang sahabat, 
Menjadi itu lebih baik daripada Mencari. 
Nak mendapatkan si idaman hati, kita kena menjadi idaman hatinya




"The scars you can’t see are the hardest to heal.
-Astrid Alauda