Blog Maknya Naura

Sunday, February 12

Bila aku putus cinta
Nanana na naa nanana.. aaa
Bila aku putus cinta
Kan ku hapus namamu
Kan ku delete lagumu
Akan ku katakan kata-kata luka

P/S: Dapatkan single terbaru Awe ROFL, Bila Aku Putus Cinta dalam debut album terbarunya, Dikir Rambong.

Kemain siap ada OST entri aku ni, ala Drama Gemersik Kalbu gittew.

Ku tahu kisahku ini bukan kisah paling orang nak tahu. Sila sediakan sekotak tisu Giant kerana kisah kali ini teramatlah sedihnya. Cerita bila aku putus cinta.

Cerita bermula.

Setelah berbulan dan bertahun lamanya mempertahankan hubungan cinta bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang aku maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata, hingus dan kahak hijau tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa aku. Jangan ingat title kakak kawasan mengikis sifat romantik aku. Dalam hati ada Taman Tergantung Babylon ni. 

Ketika itu aku ada nangis sikit-sikit. Nangis sikit-sikit ke sikit-sikit nangis? Terasa kosong. Dengar lagu cinta je, nangis. Teringat time konsert Ramlah Ram kat TV1, dia nyanyi lagu Diam-diam Jatuh Cinta tak silap. Pun nangis. Apa ke bengong la rasa time tu.  

Biasa kita tengok, kalau orang putus cinta. Automatik menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , "Akulah insan paling malang di dunia". Stategi nak mendapat simpati. Dari siapa pun aku tak tahu. Failure!

Itu bukan aku. 

Kesedihan putus cinta ini umpama kesedihan hempon masuk lubang jamban. Nak selamatkan dah tak mampu. Even kau sanggup celup tangan dalam timbunan najis, boleh lagi ke ia berfungsi? Tidak. Waktu itu pasti kau merasakan hidup kau spt sudah berakhir. Kau sebenarnya belum menikmati lagi perasaan mempunyai hempon baru yang lebih canggih dan menepati citarasa kau. 

Serius, ini pengalaman. Erk maksud aku pengalaman dapat hempon baru. Sekarang aku dah boleh main Angry Bird. Kalau dulu cekang main Snake Xenzia. Asik pening langgar ekor sendiri je.


Di sini aku nak kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikan Malaikat Jibrail kepada Nabi junjungan Muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,
Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya
tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya.
Baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! Cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya Tuhan yang tau. Tak berpisah waktu hidup, pasti berpisah waktu mati.

Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha. Kalau berdoa saja takda usaha tak berguna jugak kan? Teringat kata-kata seorang sahabat, 
Menjadi itu lebih baik daripada Mencari. 
Nak mendapatkan si idaman hati, kita kena menjadi idaman hatinya




"The scars you can’t see are the hardest to heal.
-Astrid Alauda


Tuesday, January 31

Cara mohon UPU untuk lepasan SPM 2011
SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAGI SESI AKADEMIK 2012/2013

Permohonan UPU atau IPTA bagi lepasan SPM 2011 kini tinggal dua bulan je lagi sebelum ditutup. Melihatkan masih ramai lagi bebudak lepasan SPM yang tak reti dan tak tahu hala tuju mereka selepas SPM, menarik aku untuk mewujudkan entri ini pun nyer adoi. (Maaf, tatabahasa berkecamuk sedikit)

Al-kisahnya bermula bila aku tolong isikan permohonan UPU adik aku, Ekyn Al-Ahmed. Sebab dia pun tak reti jugak camna nk buat dengan No Pin BSN yang cikgu dia suruh beli. Macam aku dulu la, cikgu suruh beli No Pin, aku beli. Cikgu suruh isi borang, aku isi. Apa pun tak tahu, ikut bontot orang jela. 

Pastu sorang demi sorang kengkawan dia bertanya itu ini pasal UPU, hala tuju mereka etc. Secara tak langsung merubah status aku daripada seorang penganggur profesional kepada seorang kaunselor tak bertauliah dan tak berbayar untuk seminggu dua ni. 

So memandangkan permasalahan ini, aku rasa ramai lagi adik-adik lepasan SPM 2011 diluar sana yang masih tak tahu nak buat apa sementara menunggu result bulan Mei ini.  Daripada kau sibukkan diri berfesbuk, bertiwtter, bekerja kilang, beronggeng sana sini, bercucuk tanam lemak sampai obesiti, dan entah apa ber- yang tak berpekdah tu, ada baiknya pergi isi borang UPU.


CARA PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU KE SESI AKADEMIK 2012/2013
BAGI LEPASAN SPM/SETARAF

STEP 1  Adik² perlulah menapak masuk ke kaunter bank BSN yang berhampiran untuk pembelian nombor pin UPU. Jangan lupa bawak IC. Dah dapat slip tu, balik rumah terus atau CC yang terdekat.

STEP 2  Da on pc/laptop, bukak belog akak ni klik like pergi ke link Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar [https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/] Contoh: 

Jenis Permohonan: Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier
Program Pengajian: Lepasan SPM/Setaraf

Kalau rasa taknak masuk U, nak masuk kolej kemahiran ke apanya pun adoi. Adik-adik boleh jugak isi untuk Kemasukan ke ILKA/TEVT-Politeknik. Kalau rasa gatal nak cuba masuk dua-dua, beli no pin BSN yang berlainan untuk setiap satu ye. Jangan kedekut sangat. 

STEP 3  Apalagi, kliklah MASUK. Nanti muncul page Permohonan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: FASA 2. Nampak Panduan Permohonan dalam kotak oren tu? Adik download mana yang kena download [LINK WARNA BIRU], baca mana yang kena baca dan paham mana yang kena paham.

STEP 4  Sudah? Ok sekarang, nampak tak kotak kaler kuning tulis [Permohonan]->[Semakan]->[Kemaskini]? Klik [Permohonan] 

STEP 5  Dengan berbekalkan No Unik ID yang dibeli kat BSN tu, isi mana yang kena isi. Siap, klik [seterusnya>>]. Begitulah seterusnya, lepas isi tekan [SIMPAN] sampai selesai semua, yakni keluar PDF yang perlu anda print untuk simpanan seperti ini:
Ada 3 page kesemuanya. Ini sample sahaja.
Kalau ada ralat, biasanya sebab No IC salah or kau tipu No Unik ID. Jangan cenggitu ea adik-adik, nak menuntut ilmu kena jujur. Kalau ada ralat, klik kembali then isi semula. Kesabaran amat diperlukan disini.

"Ish nak tukar pilihan program la. 
Nak tukar kos medik, amek kos macam Kak Teja."

Ok boleh. Ulang je step tadi tapi untuk ini JANGAN klik [Permohonan], klik [Kemaskini]. Nak semak borang yang diisi klik [Semakan]. Setel semua, rasa puas hati sila la print untuk rujukan.

KEMASKINI HANYA BOLEH DILAKUKAN SEBANYAK 3X SAHAJA

So isi betul², jangan nak menipu sini sana lagi² part Maklumat Kokurikulum tu. Aku dah pernah buat dulu sebelum kau. Ingat ye adik, nak menuntut ilmu kena apa? JUUJOOORRR (suara ramai) .. Bagus!


Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU

UPU FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan : Nov – Dis 2011
UPU FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian : Jan –Apr 2012
Permohonan Ditutup : April 2012
Keputusan Permohonan : Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru : Mei/Jun/Julai 2012

"Akak, akak! Saya ada soalan lagi la. Tak paham ni." Haa sila klik link SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA ini. Semua persoalan yang membelenggu kepala otak kau terjawab disini. Goodluck!

P/S: Dah macam penjawat pentadbiran awam pulak aih aku ni.

Wednesday, January 18

Wordless Wednesday #20


 PSM: Projek Sarjana Muda bukan Parti Sosialis Malaysia.

Wednesday, January 11

Wordless Wednesday #19
Tatkala heroin Disney berkumpul ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tinker Bell menyelit tetibe, luls