Blog Maknya Naura

Monday, July 22

Part 2: Berkecainya LCD screen 1+3T
Memikirkan aku dah habis RM290 dalam sehari, dan LCD bersalotep yang entah berapa lama boleh bertahan. Akhirnya aku gamble jugaklah beli via AliExpress for the first time. Fuh.

Tapi lepas tukar touch screen, saya perasan ianya agak kurang sensitif pada sentuhan jari. Nak taip Wassap tu memanjang typo je. Kadang-kadang kena tekan banyak kali baru keluar huruf. Hurmmm, adakah perlu tukar telefon baru atau tukar LCD je? hehe

Friday, July 12

Part 1: Berkecainya LCD screen 1+3T
Disclaimer: Ini kisah sedih, lebih sedih daripada babak salam mohon maaf dipagi raya.

Ya, satu-satunya phone termahal aku pernah ada (pada aku 1k++ dah terlalu mahal) telah retak LCD screennya. Bukan sekali, bukan juga dua,  tapi TIGA kali angkara si kecik tu. Yang kali ke-2, naik darah juga tapi memikirkan sayang anak lebih daripada yang lain, mak redha. Masuk kali ke-3, lali dalam ralat rasanya.

Kes 1
Dah lama sebenarnya aku perasan screen phone aku macam dah ternganga sikit bahagian bucu atas. Sebab anak aku rajin sangat umpil tepi tepi phone tu dengan jari runcing dia. Aku sangka yang ternganga tu screen protector. So buat tak kisah sangatlah sebab dah banyak kali aku tukar screen protector sebab si kecik tu jugak suka umpil dan baling-baling phone aku sampai retak protector. Aku sampai buat stock screen protector okay.

Then datang hari dimana phone aku jatuh sekali lagi. Sekali kutip, mak aih retak seribu. Aku tenang lagi. Ah, kena tukar lagi screen protector kata akulah. Aku pun tariklah yang kononnya nak buka buang screen protector pecah tu. Prakkk, terus berderai ye kaca-kaca halus. Screen gelap. Tekan-tekan, gosok-gosok, senyap tak berkutik weh. Kaca-kaca halus berhabuk dah ni.

Aku cecepat bungkus phone tu dalam plastik, so kaca screen tak bertebaran. Tak memasal je kalau kena angin masuk mata. Otak dah berkira-kira ni berapa harga lcd oneplus, yang pasti bukan murah untuk model rare macam ni. Kalau mahal sangat aku nak angkat phone baru je yang murmur je. Berat nafas weh phone takda.

Sampai office, google kedai repair oneplus. Dah la model rare, kalau iphone ke samsung ke belambak kedai repair. Survey harga dapat paling murah RM320, yang kedai memula aku call dia kata budget RM550. Nasib jantung aku sihat, kalau tak kena heart attack dah.

Survey lagi around RM300 tu handphone apa aku boleh dapat. Kalau spec lebih kurang, aku boleh consider (tahu RAM6gb tak dapatnya RM300 haha). Tapi itulah, tunggu repair tak tahu bila siap kan.

Balik kerja terus aku ke USJ, konon-konon nak singgah DDirect cari telefon baru. Tengok-tengok banyak kedai telefon, tiba-tiba terfikir apa kata walk-in tanya kedai repair berapa.

Ada satu kedai, agak besar. Masuk tu ada beberapa orang tgh sibuk packing barang. Wow banyak betul online order diorang.
"Dik, LCD 1+3T ada stock tak? Berapa ye?"
"LCD sahaja RM190 kak"
Eh murah sangat, aku dah budget hangus 300 tadi. Aku pun terus "ha, bolehlah dik", terus hulur phone dalam plastik. Dia belek belek lepastu,
"Siap pasang dengan frame, semua RM290 ye kak"
Pfft pulak dah.. congak laju otak aku masa tu. Beli baru atau repair je.

Habis masak fikir, repair jelah. Kalau beli baru, sama je akan datang aku repair jugak. Dari aku beli phone murah, baik repair yang ini trade in phone baru yang setara or up sikit, betul tak? Aku tak salah plan kan?

Sejam settle tukar LCD, burn RM290.
Alhamdulillah kembali bernyawa phone kesayangan hamba.

Sehari kemudian..

Kes 2
Ye, beza cuma sehari ye puan-puan dan tuan-tuan. RM290 aku, plastik cover pun tak tanggal lagi. Kau cakap macam mana aku tak angin? Tapi khilaf aku juga, leka. Aku memang dah plan taknak bagi si kecik tu pegang phone aku lagi, tapi yelah nak dijadikan cerita takda rezeki. Aku leka sesaat, laju tangan dia capai phone aku letak atas lantai.

Sesaat lagi phewwwww... terbang weh phone tu dia baling.

Habis doa harap takda pape, hmm terhantuk bucu ke lantai, kau ghase? Memang tipislah harapan takda pape tu. Masa ni aku memang naik angin, terus laki aku bawak lari anak dia sebab aku dah tinggi suara. Bergenang jugaklah air mata tahan rasa, baru semalam keluarkan RM290.

But then, aku kembali waras. Yelah budak kecik apa tahu, sendiri la salah cuai. Takkan nak bantai budak kecik takda akal lagi, duit boleh dicari (aku muhasabah diri dalam kesal). Ini masih boleh berfungsi pun aku dah bersyukur. Kalau sebelum ni padam terus, ha nak taknak keluar lagi duit. Adoilah anak, mak redha.

So memandangkan masih berfungsi, aku nak try survey harga online. Beli LCD, kalau murah nanti hantar kedai upah install je. Aku check Shopee dengan Lazada, harga lebih kurang jugaklah 150++, tapi kalau upah takkan sampai 100++ kan, so masih lagi jimat beberapa puluh ringgit.

Then search punya search, harga di AliExpress paling murah aku boleh dapat dalam RM90++ je untuk LCD tu. Murah sangatlah, separuh harga dari sebelum ni kot. Aku check Shopee dengan Lazada dapat dalam RM150++, tambah upah dalam RM100 (ikutkan harga kedai sebelum ni) jimat berapa puluh ringgit je.

Cuma masalah problem dia, aku tak pernah shopping di AliExpress. Boleh percaya ke? Lazada local tu pun bersepah scammer. Screen aku ni entah berapa lama dapat bertahan. Aku dah siap berseletep bagai dah ni, sebab kaca-kaca halus tu bahaya.

So agak-agak apa aku buat? Kita sambung next entry, laparlah pulak. Bye.



Wednesday, July 10

Tukar duit dengan Max Money
Hi guys.

Memandangkan bulan 8 nanti aku akan ke Bandung, so keraplah merisik currency rate MYRtoIDR. Kebetulan few months back before raya lagi aku ada beli discount coupon dengan Max Money di shopee. Tukar min. MYR500 dapat rebate MYR25 dengan coupon harga RM5, dapat rebate RM20 la sebenarnya. So that time, aku beli coupon untuk tukaran MYR500 (discount RM25) dan MYR1000 (discount RM50), sebab tak sure nak tukar berapa kan. Kalau tong-tong collect tukar untuk satu family rasanya banyak sangat dah dapat save.

Min. MYR1500 save RM60, wow kan?

So Max Money boleh buat tukaran online. Just website dia www.maxmoney.com/my/ macam ada problem untuk login after sign up. Berapa ratus kali aku try, tak masuk masuk hampeh betul. Belek lagi website dia, ada juga MaxMoney mobile app tapi coming soon. Ini betul ke boleh pakai, website tak boleh function pun? Tapi aku gamble jugaklah try exchange for IDR 3.5juta dulu dengan coupon MYR50 (rebate RM40).

Step dia,
1. Surf website MaxMoney/my
2. Pada SERVICES, pilih MoneyXChange.
3. Klik ORDER NOW, exchange currency seperti biasa.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi kebetulan rate dalam target aku IDR 1 juta = MYR293.50, so untuk IDR 3.5juta aku bayar RM977.25 sahaja. Kiranya aku dapat IDR 1 juta = MYR 282.10, wow ke tak wow? Of course la WOW! Nanti agihkan pada yang lain aku tolak 1juta RM285, untung lagi dohinggit 9posen haha #sisbijak

Masa exchange online, dia ada option express delivery to door within 3hours (of course ada extra charge) ataupun self-collect. Self-collect bersyarat, pick-up time is the next working day after 12PM selepas hari yang kita order. Bukan jam tu order bayar, jam tu juga dapat. Memandangkan ada branch dia yang reachable, self collect la senang kan jimat duit delivery RM25 (tolak duit minyak ke Port Klang sana pun macam lebih kurang je haha).

After payment, akan display invoice. Aku screenshot je okay, tak ada download button macam resit online banking. Email after purchase pun takda, pergh memang gamble habis. Silap sikit ter-off page invoice tadi, memang gelak dengan air mata jelah. Sign-in boleh, login tak boleh. Nakharam betul sistem dia.

Settle part online, masuk ke part collection.

Since aku request self-collect, so kena menapak la pergi MaxMoney Port Klang sana. Ini pun satu lagi minta maki. Sebelum ke sana, aku cuba la call untuk tanya status order aku, bila boleh collect apa semua. Eh call banyak kali, satu call musibat pun tak berjawab ea. Hotline number? Itupun haramjadah juga tu, tak angkat juga.

Gamble lagi, pergi jelah sebab tengok online open hour sampai 6pm.

Hari Jumaat, aku sampai dalam 1:30pm. Roller shutter kedai tutup separuh. Buka ke tak ni? Aku tanya kedai sebelah dia cakap orangnya pergi solat Jumaat. Okay, tak lama pun kan ni pun dah nak pukul2 so aku tunggu.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, 4:00pm batang hidung manusia pun takda nak buka kedai tu. Gila apa! *crying* takkan aku nak kena tunggu sampai pukul6 alahai !@#$%^ betul.

Aku dah start enjin nak blah ni, barulah ada lelaki India berbaju melayu terkedek-kedek buka kedai. India muslim kot. Dalam bengang, aku turun juga dah lama tunggu kot takkan nak blah gitu je. Aku masuk kedai tu selepas dia,

"Eh takda transaction harini, pergi kedai sebelah" dia arah aku.

Peh gitu kau tanya customer. Seriously macam kita ni masuk nak merompak gaya dia tengok tu. Sebelah tu memang ada IME. Patut tanyalah dulu ada urusan apa, seriously rude pada aku. Dah la lama aku tunggu kau. Aku cakap aku nak claim online order, itupun dia tanya banyak ke. Eh rasa nak mencarut je. Rosak jumaat aku dari pagi mencarut.

Tapi malangnya semalang-malangnya la haritu. Tak boleh juga claim order aku sebab aku tak print out invoice. Dia tak terima softcopy, padahal boleh je print terus kat pejabat dia tu. Adoilah keling betul. Baliklah aku dengan hampa dan perasaan bodoh.

Esoknya aku datang balik, Alhamdulillah setel juga. Benda senang jadi payah. Murah tapi service kelaut, bodoh juga ye. Serik? Yes, mak serik.

Tuesday, June 25

I'm coming back after a long time away!
Hai to those yang masih follow or ingat, alhamdulillah aku masih hidup! Haha. Tiba-tiba rindu zaman blogging, valid lagi ke untuk doribusemilanbelas ni?

Lama tak nampak?

Yes, I haven’t posted since before the birth of my daughter (weh aku dah ada anak), now 1year and 2 months old. "before" tu 2014 kot, LIMA TAHUN LEPAS weh. Although I had every intention of continuing to blog long long very long times ago, biasalah reality nak hidup duduk selesa berdiri tegak macam orang, bina rumah tangga sampai ke nak caring for a newborn made this a bit challenging. Major life changes in these 5 years back, macam mana nak keep up blogging.

It's okay, I'm already here *gasp*

Now that my little munchkin is a bit older, I’m ready to get back into the swing of things, armed with a whole slew of new family- and baby-related topics to write about. But not sure yet how often do I will typically post, tengok rajin.

Dengan design blog, kau tengoklah sendiri macam sadis sikit. Punyalah keanak-anakan (eceh konon matang sangatlah lepas 5tahun). Ada masa aku renovate, sementara ni pakailah mana ada.

Iklan pun dah expired LOL

So yeah, aku takdalah making an epic comeback. Banyak boleh share tapi I'm not comfortable with those social medias yang tengah up sekarang. The point is to just get going again. So, welcome back & happy blogging to me!