Berbuka puasa dengan CIS lagi! Seperti tahun-tahun sudah, semalam kami meneruskan tradisi geng yang telah diwartakan sebagai aktiviti tahunan ini. Walaupun tak dapat kumpul semua, padanlah ada wakil 4-5 orang tu. Yelah memasing dah ada life sendiri. Yang dah kerja, kena kerja. Yang dah kawen, kena kawen. Eh! Hiks. Belum ada yang beranak lagi. Nanti dah ada yang beranak-pinak, lagilah payah nak ajak cangkung tepi longkang sambil makan eskim "Mat Kool, Mat Kool kawanku!" reramai.
Tempat : Gerai Burger Bakar Abang Burn, Sri Alam
Masa : 6.58 PM
Cuaca : Hujan berserta air kencang sekejap-sekejap
Sesampai aku ke tempat kejadian, dah nampak kelibat 4 mahkluk berbentuk manusia di meja bulat berdekatan sinki. Aku syak diorang pilih port paling mudah nak basuh tangan, sekaligus wudhuk untuk solat Magrib lepas iftar nanti.
Air dah terhidang, makanan tak order lagi. Kata mereka, nak tunggu aku sampai baru order. Terharu aku 2 minit. Aku orderlah burger bakar edisi bulan Ramadhan yang kemain hebat dipromot di gerai terbabit. Nampak sedap.
Mengiurkan kan kan kan? |
Sambil tunggu makanan sampai, berborak dulu. Makanan dah sampai, berborak lagi nak tunggu azan Maghrib. Azan Maghrib dah berkumandang barulah senyap. Itupun sibuk snap gambar makanan dengan niat nak upload kat fesbuk, tuiter, instageram, wicet, wasap, bla bla bla. Kemain, kemain sangat.
Maaf kalau buat anda bertambah-tambah kecur dibulan puasa ini. Hiks
Kenyang perut dengan makanan, senak perut dengan hilai tawa. Bila borak, tak gelak tak sah diorang ni. Apa yang kelakar sangat entah. Lepas makan, kitorang gerak carik masjid. Sempat lagi sesat tu walaupun itu kawasan aku. Kahkahkah. Ini baru kelakar.
Itu sajalah. THE END.
p/s: Jangan tumbuk buah pinggang iols gegara iols buat cerita tergantung. *sengih kerang*
No comments:
Post a Comment