Assalammualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.
Kita nak bercerita pasal kerajaan so kenalah anda unsur-unsur kerajaan sikit mukadimah tu. Kemain sangatkan?
Okey, nak share sikit pengalaman pertama kali sit exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (ITO) F41. First time tau. Ada orang 3-4x sit exam tak lulus-lulus. Ada yang 3-4 belas tahun mohon baru dapat panggilan pertama.
Pertama sekali, ingin mengungkapkan rasa bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan rahmatnya, dapat juga aku dipanggil untuk sit exam ini (skrip pengawas perhimpunan sekolah). Aku sendiri dah tak ingat bila dan apa jawatan aku mohon.
Memula sampai surat, tengok lokasi di Hotel Grand Paragon. Cuak 2 minit. Kat mana tempat ni? Jauh ke? Aku bukan fasih sangat jalan-jalan di bandar Johor Bahru ni. Bila google map, HOK ALOOOHHH! Seberang jalan depan bangunan tempat aku bekerja je. Choi!
Vanue : Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.
Date : 27 July 2013
ID Num : 1103097
Lepas sahur aku tak tidur. Study kononnya. Ingat aku hamek tahu sangat isu-isu semasa ni? Kemain aku baca isu hangat luar dan dalam negara. Rasa tak cukup masa pagi tu. Cepat masa berlalu. Memang aku sangat kerja last minit ni. Sebelum bertolak aku sempat capai buku 1CiTizen dan pen 2 batang dalam pencil case adik aku.
Aku sampai pukul8 sharp. Orang dah ramai. Siap ada yang family teman datang bagi support. Aku sorang je. Perasaan? Perasaan muda kot. Wkwkwkw. Yang ada tu aku tengok semua kakak-kakak, abang-abang, pakcik-makcik, siap ada bawak anak uols. Terasa muda dan ohsem sangat masa. Ekeke :D Bab exam memang aku tak pernah nak rasa nebes ke kecut perut ke seram sejuk ke. Exam je kot. Lainlah interview. Memang habis tawakal dah masa tu. Sedar saingan kita bukan calang-calang manusia.
Masa sampai-sampai tuh kan, ada berapa kerat je orang yang dah datang. Dalam pukul 8.20 pagi camtuh baru orang ramai start sampai. Masa tuh ketaqq tak taw nak cakap camna.
Dalam pukul 8.20am, berpusu-pusu memasing masuk ballroom. Time tu aku macam terpinga-pingalah jugak. Kena duduk ikut nombor giliran ke apa? Rupanya tibai sahaja. Ikut mana nak duduk. Aku dapat sit paling tengah dan tepi. Dah lah area tu blocking cahaya. Memang suram lagi seram kat situ. Duduk pulak sebelah Indian guy. Handsome. Macam Sathiya. Kekeke
Dah setel tempat duduk semua, pengawas peperiksaan start membebel apa yang patut dan tak patut dilakukan sepanjang exam. Briefing sikit. Ada 4 paper, 4 section.
Seksyen A: Pengetahuan Am
Paper ini macam refresh balik apa yang aku belajar masa degree dulu. Nak kata susah tu takdalah senang sangat. Ha paham tak apa aku cuba sampaikan? Sebab dah lama tinggalkan nota-nota time degree so karat sudah. Yang aku pissed off sangat, kemain aku hafal nama-nama menteri, badan-badan kerajaan, baca isu-isu semasa daripada berita politik sampai berita sukan (selalu layan comic dgn gosip retis je), habuk isu-isu semasa tak keluar. Yelah, silap sendiri. Nama pun Exam ITO, mestilah soalan pasal dunia ICT je. So aku jawab mana boleh jelah. Nasib baik OMR, so boleh tembak mana yang tak tahu tu.
Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah
Ini paper Matematik level SPM. Soalan mudah tapi banyak pengiraan. Paling ohsem, 40 soalan matematik yang kebabom ini kena jawab dalam masa 40 minit without using any calculator. Pengiraannya sikit punya banyak. Berasap pensel aku buat kira-kira.
Contoh: Ali ingin membeli sebuah buku dan sebatang pen. Setiap barang diberi diskaun sebanyak 20% dan 30% masing-masing. Harga asal buku adalah RM50, manakala harga asal pen nisbah harga diskaun buku adalah 2:5. Cari jumlah harga yang perlu dibayar Ali sekiranya dia membeli lagi 43 buah buku dan 476 batang pen.
Hah, kira cepat! Kalau kau sempat kira dalam seminit memang kaulah yang SPA carik. Kalau kau boleh congak je jawapan soalan ni, aku sanggup serah semua collection duit raya aku tahun ni (kalau ada) kat kau. SEMUA!
Mana yang tak sempat jawab memang tembak jelah. Tawakal lagi. Tips aku, next time nak jawab soalan ni kau berpakatlah dgn orang sebelah. Kau jawab soalan depan. Dia jawab soalan belakang. Haa. Licikkan otak penipu aku ni? Kahkahkah!
Seksyen C: Esei Bahasa Inggeris
Ada 3 soalan, pilih 1. Ini biasalah. Macam soalan SPM juga. Just bezanya karat tak karat otak tu nak susun ayat macam masa kita sekolah dulu. Al-maklum sajalah dah lama tak bermain dengan ayat-ayat skema. Kalau suruh mengarut, 10pages tak cukup.
Seksyen -: Penaksiran Personaliti
Last paypewh! Last paypewh! Last paypewh! Semua pasal minat and personaliti kita. Ada 194 soalan yang perlu dijawab dalam masa 30minit. Haa. Ini berbezalah dengan soalan math tadi. Jawab ikut jawapan pertama yang terlintas difikiran. Kalau 194 soalan math dalam masa 30minit, kompom abeh masa berbuih mulut aku kena sawan babi menjawabnya.
Aku assume 1 soalan dalam 3 saat je aku jawab. Hebatkan? Tolonglah kagum. Habis je jawab terus keluar dewan dengan riak sekali. Bhahahaha. Tak tahan kesejukan duduk dalam ballroom tu. Kematu jari-jemari semua.
FYI gap setiap exam tak sampai 20 minit pun. Memang kaw-kaw punya perah otak daripada pukul 8.30am - 1.00pm. Nasib baik puasa tau. Kalau tak, memang kebuluranlah nak sampai ke tengahari.
So, berakhirlah sudah Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. I already done my best. Kalau ada rezeki, adalah. Takkan kukatakan tidak! Pasti ada rezekiku yang Dia telah tentukan. Kalau tak cuba mana kita tahu, ye dok?
LINK PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 - SPA Malaysia
No comments:
Post a Comment