Blog Maknya Naura

Wednesday, December 7

Wordless Wednesday #15
#np Someone Like You -Adele

Monday, December 5

'How to print screen?' edisi Bahasa Melayu
Print screen atau cetak skrin adalah salah satu cara mudah utk copy page website selain download image. Yang dah tawu tu mesti common dah dengan step button [PrtSc Sysrq]. Tapi aku tawu, masih ada diluar sana yang tak tahu mcm mana nak printscreen. 
picit atas gambar untuk tumbesaran sihat dan kuat
Bila Aku terbaca post diatas, terasa bertanggungjwb utk aku share ilmu yg tak seberapa ini disini. Bagus tak aku? ekeke Ekceli banyak caranya. Kat tenet pun banyak software² untuk print screen ni tapi gigih sangat nak install bagai. So aku  aku titipkan disini beberapa cara yang biasa orang pakai.

PRINT SCREEN VIA PAINT
Bahannya adalah sepapan keyboard. Kalau kau nak
1. Print keseluruhan screen desktop, picit 
  • [PrtSc Sysrq] + [Ctrl] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Shift] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Caps Lock] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Tab] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] sahaja. :D HAHAHA
Ceit, kenapa tak cakap semua button atas keyboard + [PrtSc Sysrq] ? Kadang² tekan [PrtSc Sysrq] saja pun tak jadi, so aku bagi la altenative way-nya. Ingat aku suka² nak trolling kau ke?

2. Print window sahaja, picit [PrtSc Sysrq] + [Alt]

Pastu aktiviti paste, edit dan crop dilakukan kat Paint. Paint pun tak tawu kat mana?! Hamboi kronik naw level buta IT kau tuh. Kau refer step² seterusnya kat belog² berikut:
Sama je stepnya, so watpe aku nak buang masa dan tebiat wat keje 2x. Kalau still tak puas hati or tak paham, boleh google tempat lain. Yang hensem kacak bergaya boleh tanya aku direct via phone. 

"Alah lecehlah weh. Jari aku tak sampai nak picit button [PrtSc Sysrq].."

"Alamak keyboard aku rosak la. Semalam main gem Sally's Spa habis tercabut semua button."

Pulak.. -.- Sokay, ada cara lain.

PRINT SCREEN VIA PHOTOSCAPE
Untuk step ini, refer belog ciktom gadis tomato. Aku pun tapenah pakai cara ni.

"Takde Photoscape, Window Media Player adalah."

Pergilah install dodol. -.-

"Erk, malas nak install Photoscape boleh? Local Disk aku dah merah, tunggu masa format je.."

Sokay, ada cara lagi senang. 

PRINT SCREEN VIA GOOGLE CHROME
Kalau kau suka guna Google Chrome, kau install extionsion dia kat link Awesome Screenshot ini. Ini dulu aku pernah la pakai kejap. Lagi senang daripada 2 cara diatas.

"Aku tak paham la yg Google Chrome tu. Dia speaking, bajet MUET ben sik lettew."

"Kalau aku pakai Mozilla MusangApi camna?"

Hamboi, memacam alasan. Untunglah aku nak ajar. Yang diatas ini cara biasa orang pakai. Ada lagi cara lagi-lagi mudah.

PRINT SCREEN VIA SNIPPING TOOL
Haa.. ini the best of the best. Tak pernah dengar dan tak pernah hambek tawu kan? Kacang dalam botol je ni. Start >> All Programs >> Accessories >> Snipping Tool. Tak pun pergi kat  ruang 'Search program and files' tu then taip je 'Snipping Tool'.
as easy as crop and save
Ooooo baru tawu. :D Dah tawu tu jangan pulak disalah guna. Selamat beramal.

Sunday, December 4

Tips kulit cantik bak Lisa Surihani
Ignore title entri. Kau bajet aku ni pengasas produk kecantikan Natasya ke hape nak bagi kau tips kulit cantik bak Lisa Surihani?! Puii ..

Arghhhhhhhhh aku tension! Stress! Tension lagi! Kemudian stress pulak! Jerawat mula tumbuh bak cendawan selepas hujan kat muka aku, gila. Warghhhhhhh ni yang rasa nak makan nasik neh. Kebulur memikirkan masalah itu ini, tambah pulak jerawat batu-bata. Sakit gila, gila! 

Ye, aku tawu jerawat tak membunuh. Bukan boleh mati pun, kencing lawas je seperti biasa, berak pun lancar. Ye, memang aku tawu itu tapi kau tak tawu rasa sakit berjerawat batu. Ni bukan jerawat-jerawat manja yang tumbuh pagi, malam hilang. JERAWAT PUAKA NI SAKIT MACAM PUAKA DOWH.

"Kau pegi arh jengah New York skin care, setel!" Hamboi, memang aku ada sugar dedi yang bela la kan.

Bila tengok cermin je gedik miang jari-jemari nak picit² urut² jerawat uh. Tapi an jerawat ke tak jerawat ke, urm .. muka aku ni boleh tahan la jugak lawanya. Aku bersyukur diatas nikmat kurniaan-Mu Ya Allah. #ikhlas

Actually aku takde la kisah sangat pasal kecantikan wajah. Jerawat muka aku ni pun tumbuh ikut musim, tapi yang tak sedapnya bila ...

picit atas gambo untuk kesihatan mata anda
Arghhh segan siot jerawat batu-bata aku kena tegur. Nasib baik bukan jantan yang tegur. Haisyhh, demm ngat rasa .. Bukan ku pinta ia tumbuh disitu. #sedey Lalu sekencang angin La Nina aku meng-google 'Tips Kulit Licin Macam Artis Korea'. Mana tahu membantu, tapi ...

Erk, hagham jadah apakah ini?! =.=
Sokay, biarlah nak berjerawat ke hape pun asal hati baik. Dalam hati ada Disneyland juga. HAHA #ayatpenyedaphati Maaf jika ayat² dalam entri ini macam orang PMS hari pertama.

p/s: Teringin nak kulit putih gebu suci murni macam troll face retis K-Pop. #harapantinggalharapan

Friday, December 2

aku punya rumet yang sangat baik
Perghh terasa tidur dalam oven. Homaigod, 1.30PM?! Patutlah. Nasib baik takde kelas rini. Arghhhh *geliat* .. Bilik kosong. Urm mana para rumet aku semua? Tenyeh² mata. Kriukkk .. bunyi kentut pintu. Yeyeh, Jemah balik.

"Haa baru bangun? Ini aku belikan nasi ayam dengan neslo. Sila mencekik.."

"Eh baiknya belikan aku makanan?" Tanya aku dengan suara serak² romantik lepas bangun tidur.

"Alah dah alang² aku pergi makan tadi. Bangun mandi! Anak dara apa bangun tengahari"

Wah macam Puteri Gunung Ledang rasanya. Bangun tidur dah ada orang hadapkan makanan. Lepas guling² sebarang dua guling, aku gagahkan juga diri hangkut towel menuju ke shower.

Selesai menyumbangkan 3-4 buah lagu ciptaan beberapa komposer terkenal di bilik mandi, siap² solat makan bagai aku mula meng-online-kan diri. Perghhh menggunung homwek neh. Mana nak mula dulu ni? Oke, hapdet fesbuk. LOL

Tengah syok baca troll face comic yg tak berpekdah tu..
picit atas gambar untuk kebaikan mata anda
Maaf lukisan buruk - Pendidikan seni failure. "Pehal lukis gambar freehair?" Dalam bilik nak bertudung litup bajet boleh masuk Ustazah Pilihan ke? "Erkk .. tu pehal pulak rambut Jemah kaler Oren, rambut kau kaler Kelabu taik hanjeng?" Eh, pedulik hapenyer aku nak letak kaler apa hatta kaler biru anjing laut sekalipun. Kau hado?

Moral of the story: Jangan mudah terpedaya dan percaya segala kebaikan orang secara tetiba kerana kebaikan secara tetiba ini boleh meragut kebahagiaan anda dalam sekelip mata.ppppfffffffft -.-"