Blog Maknya Naura

Sunday, June 12

best lepak dalam keadaan basah dengan gigih tahan sejuk
Lega rasanya dapat balik rumah selepas hampir half of year aku tak balik. HALF OF YEAR? SETENGAH TAHUN? ENAM BULAN? Yelah, aku tahu itu period yang sangat lama dan boleh jatuh derhaka bak kata kekawan aku. Bukan saja taknak balik, ingat aku ni hati kayu ke? I got homesick oke. Sangatsangat rindu makan kat rumah, gaduhgaduh dgn adikadik, dengar mak membebel, ngeteh dgn ayah sambil tgok bola even aku tak minat bola, lepak dgn kekawan sekola. Rindu sangat.

Ye, semalam aku kembali ke Taman Daya. Tempat budak degil ni membesar. Jumpa kekawan lama. Dari satu tempat ke satu tempat kami lawat kekawan yang tengah bekerja. Yelah, cuti semester ni orang keje. Aku je penganggur setia. So aktiviti aku melawat tempat koje deme ni. Bak kata faten, "Macam checkpoint treasure hunt" *treasure hunt tu aku tambah bagi sedap ayat Jumpa FATEN, marlia, KELLY, fera, wan lembut, SYAPIKA, FARAH, alep, azimah, amirul. Even tak dapat jumpa semua, at least aku tahu kekawan aku semua dah besaresar. Bukan lagi budak hingusan. Budak hingusan pun bukan sebarangan hingusan, mereka ini sangat femes disekola oke. Ratu Somokotod. Ingat zaman kegemilangan kita buat aku tersenyum. Miss that moment so much babe.

p/s: terharu aku baca entri S.A.H.A.B.A.T.S kat belog kau Kila. Ada muka aku. Even Farah cakap macam muka mintak pelempang tapi oke je aku rasa. Comel. Hee..

Pendek cerita lepas rondaronda taman daya yang dah tersangat maju sekarang, kami lepak Jusco then masuk Daiman Bowling JJ dengan jemputan khas, Amirul anak cegu Zubaidah. Besday sama dgn aku, blajo pun satu U tapi lain campus. Lagi.. err perlu ke detail camni? Jangan risau, not my taste pun. *mampus dia baca ni Itulah dia amirul yang si faten ni kenalkan. Mesti faten sound aku, Asal kau takda nak sebut pasal kawan aku bawak si Marlia? *kalau tak silap nama marlia sbb nama pompan masuk dlm short term memory Sukati akulah, ni kan belog aku. Apapun faten, kau memang tak terjangka. Sangat hebat berboling. Aku sempat rakam aksi seorang juara boling berboling. *betul ke ayat aku ni? Btw aku nak korang teliti budak comel sebelah kanan line kitorang main. Dia sangat terer berboling. Setiap set markah tak pernah bawah 150. Tengok saja cara baling bola. Perghh..


The fact is kalah teruk aku kali ni. Semua game tak cecah seratus pon tapi nasib baik dapat strike. Buat tebus malu. Kekadang aku ni oke, kekadang tu longkang saja mainnya. Tengok tempat jugaklah. Maybe tempat kita tak biasa an. Tu yang longkang je bola tu lalu. Aku baling dah betul dah, tapi longkang juga dia masuk. Degil betul bola tu. Ni mesti lantai tu licin sangat sebab baru je lepas staff tu bersihbersih sebelum kami start game. Alasan! Meh tengok aku dalam versi gerakgerak pulak.



Eh mana kau, takde pon? Ye, muka aku takde dalam video ni. Tak payah duk replay banyak sangat. Muka tak komersial utk disiarkan pun. Haha. Moral of the story, jangan hang out dalam keadan basah kuyup. Kenapa TJJ? Malas aku nak cerita. Babai.

Wednesday, June 8

MPPB The Series [Ep. 1]
Note: Prolog MPPB The Series in progress.

Ku terasa MPPB kali ni, bak kata Cik Aisyah Azlina ada sedikit menyerlah dan menonjol berbanding tahuntahun sebelumnya. Yelah, memangku sebagai fasilitator tersenior la katakan atau bahasa mudahnya, FESI TUA BANGKA. Pedih memang pedih. Terasa masih awal untukku menerima gelaran itu. Macam baru semalam aku celebrate besdei aku yang ke-17. gosh! *belajar terima kenyataan

Apa yang menyerlah? Apa yang menonjol? Itulah, serasa tahap kefemesan sbg fesi naik mendadak. Dulu bukan tak femes *bajet la kau! tapi kali ni rasa macam lisa surihani. Tak perlu kenalkan diri, dah tawu nama dah. *nametag besau gedabak yg 24j tergantung kat leher kau tu apa? Dulu lepas jadi fesi, genggeng family fesi juga ramai yang add pun. Tahun ni lain. Bukan saja fesi junior, bahkan students juga lecturer baru pun ada add fb aku ni. Sekali online fb, harini 10 requests. Esok +10 request lagi, lusa ++10 requests pulak, tulat lagi +++10 requests. Naik kematu jemari nak approve. Perghh, hot sangat kau ni teja!.. *aku bajet lagi

Tak cukup add, post kat wall then komenkomen status, paling koman pun like la. Memang sindrome like-mengelike ni aset dunia fb. Tak like rasa macam tak lengkap ber-fb. Tapi yang best kali ni special sket sbb siap ada yang PM aku ni, apa yang privacy sgt tah. Layan jela, kang cakap sombong. Tak semua aku reply, ada yg tak terlayan kot. Start dgn fesi junior sebelum MPPB, then fesi senior, student pun ada. Memacam hal diorg msg aku. Sebelum selepas. Itu ini. Penat melayan tapi sokay, aku suka keadaan ini. Bukan sebab rasa femes or apa tapi ukhwah yang terbina tu. Even baru kenal tapi macam dah lama.

Disini ku titipkan antara massage terpilih dalam reramai tu. *wah, mcm talkshow je Massage ini perbualan aku (TJJ) dgn seorang student KMNS, Jamilah Abdul Sulaiman (JAS) antara bebudak under aku masa MPPB haritu. Sekerat daripada perbualan kami yang panjang lebar beberapa hari lepas. *tatabahasa lingkup terus!

p/s: nama watak adalah rekaan penaip semata. ayatayat perbualan dibawah 98.73% adalah hasil copy paste penaip dari ruang chat sebenar.

JAS: rasa mcm knl akk faci hari 2 kn2????hehehehe.ingt akk mrh dak blok C mlm2 smp kol 12....garang wooo.....huhuhu

TJJ: HAHAHAHA. maaf ye adik2. akak actually kecewa sbab xsempat nak mintak maaf dgn korg semua sbb mrh2 korg malam tu.. garang ke?? actually marah2 syg, marah bersebab.. dlm gelap pun boleh cam muka akak ea.. mesti berdendam giler la ni... hahaha

JAS: ceh...xde la dendam....just cam muka akk sbb akk berstyle la...agpon ingt x ad perjumpaan felo mlm uh...akk kena jd ketua lak wt senaman kt dpn uh..kelakar taw...garang kot akk...da la ngantok sgt time uh..redha je la kami ni..HAHAHA

TJJ: HAHAHA. adeh malu2.. kantoi la an tido masa taklimat.. akak ragging korang pastu felo suka ragging akak.. hahaha.. mana2 kawan2 yg terasa ati or kecik ati or yg dah menyumpah seranah akak malam tu akak mintak maap la sesgt, serius xpnh nak mrh2 org ni, tp demi tugas.. terpaksa juga..

JAS: HAHAHA...da tentu diorg da lupekn kot...mule2 je diorg HOT la konon sbb da lewat kn then kena lak mrh ngn akk...yg akk ckp junior hormat akk2 2...eh ad ke yg rude kak time uh..ce cite...hahaha...mmg tido kot time taklimat..tersgt la penat time uh...tp cheer the best la..dlm hati bngang je kt bdk yg wt akk mrh uh..HAHAHAHA..sabar je..

TJJ: owh.. pasal tu, biasalah la an bila anak2 dato, mak2 datin ni. lagak dia lain sket.. akak cakap baik2, boleh pulak dtg berdiri dpn muka akak then tnya "AKAK NI NAMA APA?" biadap xbiadap tu, korang dah besar kan. bukan budak sekolah lagi.. tu belum masuk yg melawan cakap, jenis menganjing tu mmg ramai la. akak xkisah pun, nasib baik 1 malam je akak buat rokol tu tak macam tahun2 sudah.so korang yang masuk tahun ni kena bsyukurlah, lagipun kna jaga status kluster c. BEST KLUSTER OF THE YEAR.. tiap2 tahun, xpernah kalah cheers tawu. so thun ni akak igt kalah la sbb sikit sgt budak2 kluster C, tp alhamdulillah korang mmg terbaek...

JAS: ilang suare kot dok jerit2 2...dlm aty pk mmg da klh kot...oh so rude ye bdk 2...knape wt akk cm uh...bestnye tiap taon akk jd faci..xsngka gk ad yg mlwn ckp..ingt sume jenis yg ikot je..tgk muke sume baik2 je..akk jage c3 kn2???bile nk dtg sini ag ye???psl yg tnye name akk 2 adk ad dgr cer tp xtau sape orgnye...n c bpe kn...abs akk bgtau x name akk?

TJJ: HAHA. xla akak cakap "KENAPA?ADA MASALAH??" smbil buat muka singa betina, terus dia sengih2 blah.. akak pun xtawu nama dia tp akak tawu dia LDK 03. sokay, akak pun dah lupakan. kita dtg nak berbakti dgn matrik sendiri, bkn nak carik gaduh.. nanti kalau ada pengambilan fesi lagi, adik join la.. dijamin best haha..

Dah, sampai situ je. Lainlain hal tak perlu. Rahsia antara kami. HAHA. Tapi tak sangka mereka seramah ini. Kalau aku dulu, malas aku nak amik tawu pasal akak/abg fesi time orentasi aku. Tegur apatah lagi. Sangat benci fesi kot dulu tapi bila dah masuk jadi salah seorang ahli keluarganya for sure u wanna say FESI, I FALLIN' IN LOVE!

Next episode: si kaki gosip membongkar rahsia. siapa si kaki gosip tersebut? rahsia apa? nantikan..

Thursday, June 2

Falsafah Si Kucing
Makanan kesukaan kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??? Ya, kucing hanya perlu menggesel²kan dirinya kepada tuannya dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan dirimu…
 
Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan? Ya, hendaklah dikau dekati Tuanmu iaitu ALLAH Yang Maha Agung. Kenali, dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.
Nescaya kelak pasti dikau akan disayangi dan dirahmati oleh-Nya. Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka². Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki tanpa izin Tuanmu.
 
Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya. Rezeki yang tidak diredhai. Rezeki yang tidak diberkati. Itukah yang kita mahu? Tidakkkk.. *suara ramai*

p/s: penaip cuba memotivasikan diri sendiri.

Monday, May 30

Libresse sangat best dipakai. HAHA.
You turn me from nothing to a girl
who's super-something
Bait-bait lirik OST Libresse: Super Something by Yuna ni. *Wah, iklan pun ada ost gitu!* Title entri macam biasalah, memang mintak pelempang. slpMeplz as always.

Actually, kalau nak diikutkan cerita ni dah basi pun. Tapi aku nak story jugak kat sini, pedulik hape aku an. Belog sapa ni?! Opah kau ke? Al-kisahnya beberapa minggu yang lalu *maybe beberapa bulan juga* adalah kempen... takda la kempen sangat, booth la. Booth untuk kita² aje, untuk perempuan. Hehe. Ni yang best jadi perempuan ni, serba-serbi special.


Seingat aku petang tu aku pegi fakulti *kes pelajar bermasalah* sengsorang ni. Nampak dah booth tu, tak menyempat nak singgah sebab ramai giler. Siap ada check point, check point nak masuk tu. Mengalahkan karnival JomHeboh. Aku blah, malas aku nak bersesak-sesak. Then on the way balik, aku singgah juga booth tu sebab nampak dah lenggang sikit. Time tu dah petang, booth pun nak tutup. Dan-dan je aku sampai tu terus kena tarik masuk dalam booth...

Yeahh, kita mendapat pelawat yang ke-30. Tahniah dik!

30? Tiga puloh? Lawak apakah ini?! Reramai tadi takkan 30 je? Nampak beno nipunye. Layan jela aku pun, dapat hadiah free kot. Tapi untuk memenangi hadiah misteri tu kena buat task. TASK. Arhhh, part ni sangat tak best. Jangan dia suruh aku shuffle dah la.

Serabut bebeno amoi ni, penat agaknya dok explain benda sama dari pagi.
Task dia tersangatlah triller dan ngeri. Adik-adik yang dibawah umur jangan tiru aksi ini dirumah. *ada ke adik-adik baca belog kau?* Macam aku cakap tadi, part ni paling tak best. Tasknya, aku kena LUKIS INAI dimana-mana bahagian anggota badan aku, yakni bukan dikawasan yang sensitip la bongok! Otak suka fikir biru-biru.

gigih amoi ni melukis inai
Demi hadiah misteri yang tak berapa misteri tu *booth Libresse, takkan bagi hadiah Kotex pula an* aku gigih juga layan si amoi tu lukis inai walhal sedia maklum aku memang tak suka pakai inai sejak azali lagi. Last pakai pun masa umur 8tahun kot, pastu dah tak pakai sebab nampak buruk sangat. Berbulan juga aku makan nasi bersuap. Takut tengok tangan sendiri.


Sepatutnya aku kena buat 2-2 belah tangan tapi aku bagi alasan kulit tangan kiri elegi inai so amoi tu pun lukis sikit jelah kat tangan kanan aku. Kalau tak penuh macam pengantin hindustan inai kat tangan aku ni. *bendul juga la amoi tu percaya cakap aku* HAHA.

Hasilnya, no bad.

Hasilnya seperti dalam gambar. Cantik ke? Boleh la, inai budak-budak an. Tapi sebenarnya tak elok an kita pakai inai cenggini. Hukumnya boleh jatuh haram sebab menyerupai tatu dan dikuatiri wudhuk kita tidak sah even dia tulis halal. Biasalah tu tektik orang meniaga. Dah tu, kenapa kau buat juga?! Bodohlah kalau semata-mata nak hadiah free tu! Pasal hadiah tu betul juga, tercabar pun ada juga tapi memikirkan aku tengah *** masa tu, bak orang mengantuk disorongkan bantal ATAU lebih tepat lagi bak orang period diberikan pad free. HAHAHA. Bijak tak aku?

Tangan kiri kena cop tanda lulus ujian.