Falsafah Si Kucing - Blog Maknya Naura

Thursday, June 2

Falsafah Si Kucing

Makanan kesukaan kucing ialah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut. Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??? Ya, kucing hanya perlu menggesel²kan dirinya kepada tuannya dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.

Begitu jugalah dengan dirimu…
 
Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan? Ya, hendaklah dikau dekati Tuanmu iaitu ALLAH Yang Maha Agung. Kenali, dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.
Nescaya kelak pasti dikau akan disayangi dan dirahmati oleh-Nya. Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka². Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki tanpa izin Tuanmu.
 
Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya. Rezeki yang tidak diredhai. Rezeki yang tidak diberkati. Itukah yang kita mahu? Tidakkkk.. *suara ramai*

p/s: penaip cuba memotivasikan diri sendiri.

No comments: