ceritera katak kecil - Blog Maknya Naura

Wednesday, June 22

ceritera katak kecil

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil sedang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta. Perlumbaan dimulai...

Secara jujur, tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.Terdengar suara-suara: 

"Oh, jalannya terlalu sukar !!Mereka TIDAK akan sampai ke puncak." 

"Tidak ada kesempatan untuk sampai...Menaranya terlalu tinggi...!!"

Katak-katak kecil mulai jatuh. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi, tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak.

"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah... Tapi ada SEEKOR yang melompat hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak! SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?nSeorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? 

Ternyata katak yang menjadi pemenang itu PEKAK.

 
Nota: Moralnya jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu.




p/s: Aku suka story ni, sangat motivasikan aku. Sori, ayat macam berterabur sikit. Kita ini banyak sangat buat keputusan sebab kata orang. Apapun terjadi tetaplah selalu POSITIVE dan yang penting, buat PEKAK jika orang kata kau loser or bodoh macam bingai. Nothing is impossible oke. 

sumber: mawar harum @facebook 

4 comments:

Anonymous said...

cite ni ckgu fatihah pna cte..memg style!

Unknown said...

suke la citer nie! nyway thnx folow MB. MB folo smule.

Teja Evalea said...

anony: sape cekgu fateha??

Teja Evalea said...

@MB: yup, te pon suka. jumpa kt fb kak mawar..