Prolog MPPB The Series - Blog Maknya Naura

Tuesday, June 14

Prolog MPPB The Series

Dah masuk dua episod baru nak post prolog ni apa kes? Hey suka hati akulah. Ni bukan belog opah hang pun. Yang bukan fesi KMNS tu musti tertanyatanya pemenda lah TJJ ni merepek. Oke aku eksplain sesatu bior kome semua paham.

Prolog ialah pengenalan. Alah yang macam dalam novel tu. Tapi prolog aku takda la dramatik mcm dlm novel tuh. MPPB ni pulak`shortform utk Minggu Pengambilan Pelajar Baru atau bahasa mudah pahamnya, ORENTASI. Apasal kau tak guna bahasa mudah orang paham je? Mengada nak guna shotpom-shotpom bagai. Hey! Nak aku ulang ayat tadi ke? Kang tersedaksedak opah kau..

The Series tu pulak saja je nak buat entri berepisod-episod macam slot akasia tu. Satu sebabnya aku malas nak taip pepanjang. Kalau aku letak semua episod dalam satu entri tunggu raya nanti baru habis taip. Tu belum baca lagi. Kang novelis Habiburrahman El Shirazy.. err tak payah contoh jauhjauh, Damya Hanna pun tak boleh carik makan nanti.

Kalau korang follow karier aku as a blogger ni mesti korang tak sangka aku ni dah 5x jadi fesi matrik an? Yelah, mana pernah aku citer pasal fesi dalam belog. Ada sikit dalam entri ini, itupun ciput je. Aku ni bukan macam Fatin Liyana, Cik Epal, Lyssa Secret, Asada Ryutaro, Azmeer Ahmad, err... or sesapa la kaki blogging tegar tu. Kalau tak update belog sehari rasa macam takda oksigen utk dia bernapas pada hari itu. Betul tak? Ke hiperbola sangat perumpamaan aku? Oke bagi perumpaan yang logik sikit, kalau tak update sehari macam tak kenyang makan nasik. Urm, bolehlah ni.

Che Wan Selamoh selalu suruh aku update belog. Dia cakap dia pembaca tegar belog aku. Kononnya, ye ke tidak aku pun tak tahu. Katanya, "Kak pegilah update blog akak tu. Nak bace, dah bosan ni..hahaha go go chaiyok kak teja, jgn malas2. mak mertua tak suke pompan malas2. Naik tak semangat akak tuk tulis blog bler kta ckp mcm ty??Ke makin menurunkan semangat akak??hahaha.."

Untuk soalan terakhir si selamoh tu korang sendiri ada jawapannya. Antara motif aku creat MPPB The Series ni sebab satunya adalah modal aku nak update belog buruk ni. Then dua, kesian dengan followers aku yang 'ramai' giler babi ni. Mesti sedih belog tak update, tuannya pemalas nak mampus. Tiga, terpenting sebab aku nak abdikan memorimemori yg kemungkinan besarnya adalah untuk terakhir kalinya aku jadi fasilitator di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Sedih an? Ye aku sedih sangatsangat. At least lepas ni aku ada benda nak dibaca yg boleh remind aku pada kolej yg terchenta.

Take noted please. Sepanjang series ini disiarkan, andaikatalah ada katakata or ayatayat yg mengguris hati, menyakitkan mata, mejentik perasaan, mengganggu jiwa dan mencakar feeling anda semua yg membacanya dengan sengaja atau tidak, awalawal si penaip mohon maaf dari hujung rambut yang bertutup dengan tudung ni hingga hujung kaki yang bersarungkan stoken merah jambu yang dibeli di Giant. Maap, maap, maap!

Nama watak dalam setiap entri adalah rekaan sematamata. Takda kaitan dengan yang mati, hidup, pengsan, yang koma juga yang tengah nazak. Cerita tu semua berdasarkan kisah benar dan datangnya ikhlas dari lubuk hati si penaip. Perbualan chitchat antara defendan dengan plaintif, yakni si penaip adalah 98.46% asli. Penaip ubah sikit je sebagai penyedap ayat dan sesuai untuk bacaan pelbagai lapisan masyarakat. Sekian.
P/S: Lagi entri pasal fasilitator daripada  akak Gugu, adek Qudwa, abang Zme, abang Zakwan, adek Faeza, adek Zu *tak mention nama nanti sentap lagi. Juga lainlain if ada yang update pasal fesi bikin panas di belogbelog anda titipkan sahaja di ruangan komen. Selamat membaca.

No comments: