*team pancaragam memainkan music suspen
Bagi memenuhi syarat ke-9, kini diumumkan slpmeplz sedang menyertai Contest SEO bulan jun 2011 bagi kategori heavyweight boxing championship Aku Seorang Blogger bersempena meraikan followers aku yang ke-300, Encik Mamat. eee shhummm.. pom! pom! pom! *letupan bunga api yang dibuatbuat
Sebab apa aku join kategori ni? korang tengok sendirilah belog aku yang suci murni lagi serba kekurangan ini. mana ada adds, jauh sekali nak bagi tutorial. i'm newbie not noob. huhu. PERHATIAN: Sila minum black coffee sebelum membaca kerana entri ini mengandungi 1433 patah perkataan.
Baik. terus ke agenda kita mengenai contest SEO kategori aku seorang blogger. slpmeplz nama dipilih, aku pun tak tahu mana timbul nama ni. HAHA. aku guna slpmeplz as my username untuk setiap akaun kat alam maya ini. start blogging empat tahun yang lalu. ada bulan tu aku rajin update. ada bulan tu sepi tanpa entri baru. aku bukanlah blogger yang mendambakan followers yang riburiban. masa memula tu pun aku tak reti nak 'folo u, folo i back'. HAHA. klakar tapi aku rajin blogwalking. Antara follower terawal aku on that time was arwah Jai@Jezz, seorang blogger tegar yg famous amos ketika itu. Masih adakah blogger yang ingat dia? She's the one yang banyak mengajar dan support aku perihal dunia blogging. Then dari situ aku start reti bersosial dengan blogspot ini dan bermulalah karier aku sebagai seorang blogger. I really miss her. *syahdu Al-Fatihah untuk arwah.
kantoi follow belog sendiri HAHA. *click for enlarge |
Entri berkait: Takziah buat Blogger Jezz by Amy Liana
Kisah aku seorang blogger pun bermula. Then aku dapat ramai kawan baru. Nak state sorang-sorang memang ramai. ada yang dah tukar URL blog, yang deactived blog pon ada. dulu fesbuk fever ni pun takda lagi. tweet tweet ini pun mana ada. *fakta: aku takda twitter HAHA Tak lama lepas tu aku berkenalan dengan seorang blogger ini. Nama dia, Said Ehsan Omar (SEO). Eh kebetulan pula sama dengan nama contest SEO HAHA. Oke yg specialnya kali ini, aku memang tak pernah lagi cerita pasal SEO ni dalam memana entri. Entri edisi khas untuk Contest CEO kategori Aku Seorang Blogger.
Said Ehsan Omar (SEO) ini macam aku juga. dia pun bukan blogger tegar dan tak famous amos macam Encik Mamat. SEO ini antara blogger lelaki terhensem la pernah aku tengok. Jauh lagi hensem dari Asada Ryutaro. Hasil jadi stalker tegar belog dia, aku dapat tahu serba sedikit pasal SEO ni. Dia kacukan arab-bugis. Ada melayu sikit belah emak. Patutlah hensem sangat. Lagi pulak time tu dia single-mingle, apa lagi hati pon teruja giler meletus macam bunga api sambut new year. So apalah salahnya aku mencuba kan. Lagi nampak macam ada respon positif dari SEO, bertambah berbunga-bungalah hati aku. *gatal
Then dari hubungan chatbox ke chatbox, komen entri ke komen entri. hubungan ini terus melarat sampai terjebak ke lembah chatroom. Dia add aku kat YM. perghh terkejot dowh! tak sangka ade orang yang ada rupa macam SEO ini sudi berkawan dgn aku yg comotcomot. Yelah, sapalah aku kalau nak bandingkan dgn dia. Tegur punya tegur, chat punya chat. Dengan lagak macam tu, aku terus cop SEO player. Mana tak, ayat nak manis je. Macam ada sarang lebah tumbuh kat bibir dia. Lagi aku tahu dia student medik kat USM Kubang Kerian. Budak bijak kot, aku ini apa? Sikit lagi nak jadi pengutip tin profesional. Lagi yang aku tahu, dia juga atlet SUKMA. sukan apa lupalah pulak, gimnastik kot. HAHA lawak. dia juga ada band sendiri, SEO as a drummer. super cool dude! *cair
Tapi bila dah lelama borak, chat hampir setiap hari. Aku rasa sangkaan aku meleset. Overall aku dapati, banyak persamaan pulak antara aku ngn si dia dari segi mentality yakni sekepala la. Tak lama lepas tu, SEO ajak jumpa. Dah lama berkawan, mesti kepingin nak tengok tuan punya body an. Berani mati, aku setuju saja. Kami pun bertukar-tukar nombor tepon. *dah berbulan chat baru nak amik nombo HAHA. Bermulalah kisah blind date pertama aku selama aku hidup jadi manusia ini.
Pepagi lagi aku bersiap lawolawo neh. Its my first blind date babe, mestilah nak cun. Kitorang janji nak jumpa kat Midvalley. Tempat common anak remaja melepak. Aku ke sana naik motor je sbb masa tu aku takda lesen kete lagi. So dalam perjalanan itu, aku stuck dalam jem. Gaya macam ada kemalangan besar kat depan. Alala filem Karak, aku pun masuk simpang jalan kampung. Giler nak tunggu, dah lewat. First date, mesti nak pantual. nanti si dia kata apa pulak an.
Sampai satu kawasan ini, jalan sunyi. Aku memang tak biasa ikut jalan ni, tapi aku gamble je ikut signboard yang ada. then aku rasa aku dah tersesat. YES, SESAT! jarum minyak dari F terus E. sudah, bala ni bala. kiri kanan ada kelapa sawit je. takkan aku nak kait sawit buat minyak kot. nak patah balik, jauh sangat da aku masuk ni. tak sampai jalan besar. Tetiba ada 3 orang bertopeng tahan motor aku kat depan. *topeng diorang sama macam snowmask Seth Tan pakai time babak r*g*l Nora Elena tu. Omm emm gee! Sebab panik dan takut sangat masa tu, moto aku terbabas masuk semak. Then aku tercampak lalu kepala aku terhantuk pada batu besar. Aku pun pengsan...
Serius. Kisah di atas ini hanya rekaan semata. Inilah yang terjadi bila hajat nak jadi penulis novel tak kesampaian. Oke, ini tak tipu. Bulan jun 2011 merupakan bulan kegigihan aku berbeloging semula. sesuai la dengan tajuk contest SEO bulan jun 2011 ini. heh. Garagara nak habiskan MPPB series dan Tioman Island yang entah bila nak sampai episod akhir. macam sinetron pulak. lagi aku tengah semester break, so ada banyak free time. Based on my backgroud as a blogger along this 4 years began, aku bukanlah seorang blogger tegar. alasan klise: busy dgn life, tak ada masa, takda idea, mood takda mari, internet macam siput, berukben tak bayo etc.
******
Nak bangga 10 minit boleh? Rasa howt kejap. 2-3 minggu kebelakangan ini belog aku jadi tempah persinggahan bloggerblogger ternama dan famous amos dalam dunia blogspot. Ini bukan balas kunjungan tapi kunjung tanpa disinggah. *err paham ke tak ayat ni? lantak kau lah! Biasanya sesapa yang singgah belog aku tu kompom aku follow sbg tanda penghargaan di atas kunjungan mereka. Alangalang aku boleh belajar cara korang berblogging. Patutlah mereka ini berjaya dalam dunia blogging sebab tak sombong dan friendly sangat. Antara blogger tersebut ialah:-
- Lyssa Secret [follower 9821] *katun berjalan kat title entri tu guna tutorial dialah
- Marya Hana
Tajima[follower 2178] *baru ku tahu Bella Lim, junior matrik aku adik Marya Hana. What a small world - shida'R [follower 1671] *siap jemput join GA lagi
- zureen [follower 1123] *kuat kentut minah ni
- sis ellen [follower 3092] *antara penaja contest SEO ini
- apan [follower 3466]
- ohzila [follower 1992]
- sapik [follower 2709] *budak kecik lagi hebat dr aku. malu dowh!
- cha [follower 2271]
- conteng [followers x] *pening sikit dengan belog budak ni
- cik putih [follower 655] *junior aku
- kwn ucu [follower 1714]
- apikpehe [follower 1483] *senior aku
- cik nurussalwa [follower 1485] *siap ajak join segmen, best!
- H.A [followers 3050]
- pelangi [follower 2126]
- eyjalukman [follower 1108]
- hans
issac[follower 2742] - terlatest yakni follower aku yang ke-300, Encik Mamat [follower 2616]
p/s: if followers kau lebeh dari followers aku, auto aku cop kau blogger ternama, famous amos dan celebriti blogspot.
Bangga kan? mestilah tapi dalam hati, "Eh betul ke mereka yang famous amos, cantik kacak, menarik tertarik kau memang kebaboom tu singgah belog serba kekurangan aku ni?" Nampak nama si dia yang femes ini kat shoutmix bukan kemain eksaited aku. Tapi bila pikirpikir balik. Alaaa.. setakat kat shoutmix, entah-entah faker menyamar. Saja nak prank aku, copy paste link belog diorang pastu komen kat chatbox. Motif nak aku perasan bangga kembang kuncup ada artis baca belog buruk aku ni. *waspada
Apa pun motifnya, palsu ataupun benar. rekaan ataupun realiti. Aku tetap berbangga aku seorang blogger. follow tak follow belakang kira. Aku akan terus berusaha tidak sesekali mengkhianati blogspot sehingga ke titisan darah yang terakhir. *patriotik giler Yang ada tmblr or wordpress tu bukan geng. HAHA jahat tak aku? Semoga aku menang contest SEO bulan jun 2011 kategori Aku Seorang Blogger ini. Wish me luck! :)
******
Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen Dan DenaiHati
27 comments:
huhu..tq bebeh! femes ke? waa...ahha..bt lawak je kamu TJJ..hehhe..anyway..tq damn much! keep on blogging bebeh!
wah...tq la letak link blog saya
:-)
hahaha..panjang molek entri dio..
wehhh..tak pemes lagi la..hahaha...
hahaa..segan kot cakap gitu..ner de TJJ..ape2 pon tq okay =)
jgn lupa join GA! invite lg nih haha^^
happy bloging and thank you very much! =)
^_^ shida'R
@chacha: saya lawak ke? praktis ratu lawak musim pertama hahaha
@hans: mestilah. hans issac dihatiku muahaha
@apikpehe: sila rujuk P/S ye..
@shida'R: ur GA my next mission bebeh. tq again :)
rajin nye ga...
gud luck ye...
alasan klise kak teja bg mmg mnyentap stp yg mmbace...haha
@qudwa: HAHA. byk lagi alasan lain. tkut terbabas ke episod 2 lak..
ohh thanks.. :)
kenal bella ke. loh..
haha.. dah nampak nama saya! amboihhh~ kuat kentut? haha
pssstt...
kirim salam kat apik pehe! ;p
haha punyelah bersemangat kita baca SEO tuh pasal blind date , skali cite rekaan daa .
haha;D
ehh , mna ada famous . huu
errrr..kenapa nama saya ade ? sy xpemes langsung kot..haha haha..malu2..thanks kak :D
wahhh contest tu mmng mncabar..
good luck sebab hadiah dia mewah2..he3
wah hebat....
ahahahaha~ byk2 cite dlm entry ni sbb tu pnjg.. xpe2.. kita berblog utk kepuasan diri sendiri dulu kn?? follower tu slow2 la.. ^_^
hahahahahaha
hans tu betul..isaac tu jauh sangat
hahhahaha
moga berjaya
good luck
Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D
@marya: xkenal pun HAHA
@zureen: oke2, insyallah :)
@eyjalukman : haha sori mnyusahkan haha
@cik putih: sila rujuk P/S
@mamat: makin mewah makin tipis nak menang hahaha
@amy liana: hebat apanye? dr aritu.. huhu
@NuSaNa NoSa 91: betul2. haha klu leh nak himpun sume cite dalam 1.. haha
@hans: mekaseh2..
hmmmmm.......arie2 aku singgah
Post a Comment