Blog Maknya Naura: Tutorial
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, September 4

Cara Letak Iklan Churp-Churp Di Blog

As requested, hamba nak sharelah sedikit ilmu yang hamba sendiri pun google je sebenarnya. Hohoho. Tutorial ini hasil adaptasi daripada tutorial disini, disini dan disini.

Dah tahukan macam mana nak dapat URL IKLAN CHURP-CHURP korang? Okay, kita terus ke cara iklankannya pada blog kita.

  1. Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript
  2. Copy code di bawah ni and paste dibahagian HTML/JavaScript

DESIGN PERTAMA
Iklan ChurpChurp bogel. Sesuai ditepek dimana-mana bahagian blog.


Kelebaran width="70" dan ketinggian height="70" adalah code untuk size gambar iklanboleh diubah-ubah ikut ruang blog masing-masing.

URL IMAGE boleh dalam bentuk JPG atau GIF. Cara paling senang, google image > pilih gambar mana kau suka > View Image > Copy URLnya dan pasti pada code. Nak pakai gambar sendiri, upload kat photobucket.com.


DESIGN KEDUA
Iklan ChurpChurp bungkus dengan border. Bentuknya begini,



border: 2px solid adalah code untuk border style, boleh tukar size (px) tebal mana dan style solid/dotted/dashed, ikut citarasa masing-masing. 

border-(top/bottom)-(left/right)-radius: 20px adalah code untuk radius border atau dalam bahasa pasarnya, ketajaman bucu kotak. Makin besar value px, makin membulatlah bucu border tersebut. Kalau nak bucu tajam, buang code tersebut.


DESIGN KE-TIGA
Iklan ChurpChurp macam aku punya. Rujuk bawah header aku, pastu kliklah dah alang-alang. Takkan tengok je. Yang ini border style tak boleh tukar sebabnya aku belum buat expriment code lagi.



Contoh URL LOGO CHURP-CHURP yang sesuai:

DESIGN KE-EMPAT
Iklan ChurpChurp dengan border dalam dan luar. Ini sesuai untuk dipasang pada sidebar. Macam gini rupanya,
Yang ini aku buang code untuk border radius, thats why bucu tajam.



DESIGN KE-LIMA
Hamboih, tak cukup lagi? Google-lah sendiri. Wakakaka.

Rasa nak muntah tak? Mabuk ketum coding lettew. HAHAHA. Rerasa tak boleh paham step diatas, engkorang google (google lagi, LOL) "Cara Letak Iklan Churp-Churp Di Blog". Pilih yang mana satu, idaman kalbu.


P/S: Kalau perasan, aku takda tepek-tepek iklan nufnang ke apa selain churpy pada blog aku sebab aku rasa semak dan serabut. Walaupun blog aku simple nokharom, tapi aku envy tengok blog orang lain yang meriah-meriah ala diva kedebass gittew. Heh



Tuesday, September 2

7 Cara Menang Segmen, Giveaway & Contest Online
Alhamdulillah.

Pemenang Giveaway Harry Potter by JINDRISSKA

Senarai Pemenang Giveaway Merdeka Lestari

Pengumuman Pemenang Segmen Bloglist by SHM 

Seghonoknya hamba ya Tohannn. Sebenarnya tak berharap menang pun sebab tak pernah menang kalau join memana segmen. Kahkahkah (kes putus harapan) Ternyata bulan Ogos bukan sahaja bulan kemerdekaan Malaysia, juga bulan kemerdekaan aku daripada badi 'malang'. Tahniah untuk diri sendiri. Yeay!


7 petua menang segmen, giveaway, bloglist, contest online, etc.
Wah baru menang 3x dah acacah bagi tips gittew. Kah!

1. Penuhi syarat penyertaan. Jangan nak kelepet penganjur sebab fikir penganjur takda masa nak check penyertaan satu-satu. Tak jujur, luck pun takdalah. Kalau menang pun, tiada keberkatan. Tipu-tipu nanti masuk api neraka, ayok..

2. Jadilah yang terawal. Kenapa? Biasanya penganjur lagi take note siapa yang join terawal dan lagi tinggi chance menang contest yang pakai pemenang Top Referral. First come first serve.

3. Always keep in touch. Kalau hantar link penyertaan pastikan beramah mesralah sikit dengan pihak penganjur. Jangan lepas hantar link pastu krik krik krik sampai penganjur umum pemenang. Ingat dapat?

4. Join contest yang kau yakin 200% boleh menang. Ini tak, kau anak tunggal tapi nak join contest adik-beradikku yang awesome. Memang tak dapatlah beb. Pergi cari contest yang lagi mudah dan chances lebih tinggi untuk menang.

5. Jangan give-up. Ini baru join sekali, tak menang terus anti segmen/contest semua. Bukan kena bayar pun. Sebenarnya lagi banyak kau join, lagi banyak chance nak menang. Dalam 100, mesti kena 1 punya. Percayalah.

6. Jangan terlalu berharap. Ini punca kepada petua ke-5 bila kau gagal. Bila kita confident namati kononnya kita boleh menang, last-last pakcik random.org tak pilih kita, terus rasa down dan tak bersemangat. Niat asal kena betulkan, join sebab nak memeriahkan contest dan support rerakan blogger. Boleh?

7. Doa dan tawakal. Dah usahakan? Macam exam jugak. Ada rezeki insyaaAllah tak ke mana.

The risk being disappointed by accepting the truth is a risk happy people take every day. No regret. Adat manusia macam-macam ragamnya. Happy blogging. *smile*


P/S: Semalam aku mimpi naik helikopter yang adik aku pandu, just untuk beli burger king. Apakah?