Blog Maknya Naura: binatang
Showing posts with label binatang. Show all posts
Showing posts with label binatang. Show all posts

Monday, March 29

@#$%.. kerandakah ini?
PERHATIAN: aku xjmp ayat yg sesuai sbg title entry neh. kire cincai la ea.. pastu watak dlm entry neh da meninggal dunia. so calm down dan sila sediakan tisu sekiranya anda seorang yg amat sensitip dan jenis "dalam hati ada taman"

Ape reaksi korang bila tgok keadaan ini? sedih ke gembira ke ape ke? aku da la 'kurang' dengan spesis neh tp aku xtao nak ckp pe. klu baby maybe kite akan cakap, "Kejam giler, manusia apakah ini?binatang pon syg anak.." tapi bila binatang bkn baby, tapi mak baby dperlakukan sebegini kita nak ckp pe? adakah "Kejam giler, kucing apakah ini? manusia pon syg mak.."? aku la manusia tersebut, syg giler kat bonda aku huhu.. mangsa xkenali oleh aku dan kawan2 aku jugak. tiba2 tyme nak buang smph aku ternampk la mangsa di dlm kotak. shock sekejap, amek gamba ala2 ahli forensik. rasa mcm CSI:Malaysia lak huhu.. "Ley wat modal blogging neh", kata aku di dlm hati. konon2 kotak tu keranda si mangsa la. xtao pe sebab dy mati sbb aku xsempat nak wat bedah siasat. maybe sakit tua xpon sakit bersalin.. juz a guess. so nak sedekah al-fatihah xtao lak agama dy. Kat sini juz nak ucapkan thx kepada yg urus jenazah neh & takziah kepada ahli keluarga si mangsa. at least mayatnye xbersepah-sepah kn..

motif ak, tah la.. xde motif kot.. korang pikir la sendirik. aku de kelas neh. babai ^^

Thursday, January 28

bukan aku punya susu!
Title entry neh takde kaitan pon sebenarnya. Nak ceritanya kat kampus aku neh adalah sebijik gerai yang jual susu "First Dairy" - Segar Dari Ladang **tagline dia Untuk keterangan lanjut ko tanyelah si MamiMonster neh. Blog manusia neh penuh dgn cerita susu yang segar2 belaka.

Al-kisahnya, petang tadi aku pon belilah 2 bOtol **perisa original dgn jagung Kebetulan shortform untuk syarikat neh lebih kurang nama kawan aku si raksasa air. menggelepor dia xbg aku amek gambo tapi berjaya jugak aku melawannya sementalah aku adalah otromen tora.

Aku terperasan kat banner dia pasal kebaikkan susu neh tapi xsmpat baca abeh sbb dah petang. So aku tanya la kat my beloved Pakcik Google aku tuh. Rupanya website FIDAF neh under contruction lagik. Entah cane terkeluarlah pasal iklan projek ternakan lembu dan ayam organik. Lebih menariknya, lembu dan ayam mereka dipelihara dengan kaedah yang sangat-sangat istimewa. Menurut kata mereka laaa... **kat banner gerai susu tadi pon ada tertepek camtuh


Apa yang istimewanya? Haa.. itulah yang kita xtahu tu. Mereka kata, lelembu dan ayam2 mereka dijaga dengan terapi bacaan al-Qur’an hampir setiap hari **tak sure kaedah sama digunakan pihak FIDAF neh Tidak cukup dengan itu, lembu dan ayam mereka diberikan makaan dengan bentuk-bentuk makanan yang berlandaskan as-Sunnah. Iaitu seperti diberi makanan bercampur habbatus Sauda’, air mushaffa, dan air mineral yang dibacakan padanya al-Qur’an daripada surah-surah yang terpilih. **dah mcm Ustazah Norhayati plak aku neh

Aku hanya mampu tersenyum manis lagi sinis tanpa kumis **sebab aku pompan Bolehkah haiwan itu bertahan mendengarkan bacaan al-Qur’an sehingga hampir 24 jam sehari?! Yang aku faham, manusialah yang sepatutnya mendengar dan memahami al-Qur’an tersebut. Kerana al-Qur’an itu sendiri diturunkan untuk manusia, bukannya untuk haiwan. Tak pernah adanya sunnah yang mengajar bela lembu dan ayam dengan kaedah pelik camtuh! [Wallahu a'lam]

Sekalik lagi aku tersenyum manis+ sinis - kumis apabila membaca perenggan iklan seterusnya yang mana mereka menyatakan bahawa haiwan ternakan mereka diberi makan dengan ramuan2 sunnah cam bebahan seperti air yang dibacakan ayat-ayat suci al-Qur'an, habbatus Sauda', dan seumpamanya...

Apa kejadahnya haiwan tu diberi makanan yang cam tuh?!

Sepatutnya tuan dia lah yang patOtnya makan makanan tu. Itu bukannya untuk makanan haiwan ternakan. Kalau ikut sunnatullah, sebenarnya lembu-lembu secara fitrahnya mereka hanya memakan sumber dari rumput **tumbuhan ragut atau daun-daunan. Jika begitulah keadaannya, bermakna lembu yang dipelihara oleh Pak Long aku lebih menepati sunnah dan lebih natural **secara fitrah Ini kerana **tidak melebihi 20 patah pkataan hehe.. mereka diberi makanan dari sumber yang asli lagi segar berdasarkan kepada makanan rutin **fitrah mereka...

Aku terfikir 1 cadangan! Apakata kalau kita latih (ajarkan) lembu kita tu apabila hendak makan supaya mulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah mcm lirik lagu Raihan tuh? ajar nyanyi terus pOn bagus gak, + grOup nasyid kat Malaysia neh.. Pastikan lelembu dan ayam2 anda sentiasa diajar untuk bersenam setiap hari agar musclenya menjadi mantap lagi berketak-ketak. Leh masOk Olimpik ke, Masum ke sbb kita pOn mmg kekurangan atlet bina badan & angkat berat. Setuju tak?! **kita usulkan nanti

P/S: dah abes 2 bOtol, takde plak aku rasa jadik genius ke, gagah perkasa macam badang ke, ada superpower even aku neh otromen tora.. urmmm