Perghh terasa tidur dalam oven. Homaigod, 1.30PM?! Patutlah. Nasib baik takde kelas rini. Arghhhh *geliat* .. Bilik kosong. Urm mana para rumet aku semua? Tenyeh² mata. Kriukkk .. bunyi kentut pintu. Yeyeh, Jemah balik.
"Haa baru bangun? Ini aku belikan nasi ayam dengan neslo. Sila mencekik.."
"Eh baiknya belikan aku makanan?" Tanya aku dengan suara serak² romantik lepas bangun tidur.
"Alah dah alang² aku pergi makan tadi. Bangun mandi! Anak dara apa bangun tengahari"
Wah macam Puteri Gunung Ledang rasanya. Bangun tidur dah ada orang hadapkan makanan. Lepas guling² sebarang dua guling, aku gagahkan juga diri hangkut towel menuju ke shower.
Selesai menyumbangkan 3-4 buah lagu ciptaan beberapa komposer terkenal di bilik mandi, siap² solat makan bagai aku mula meng-online-kan diri. Perghhh menggunung homwek neh. Mana nak mula dulu ni? Oke, hapdet fesbuk. LOL
Tengah syok baca troll face comic yg tak berpekdah tu..
Maaf lukisan buruk - Pendidikan seni failure. "Pehal lukis gambar freehair?" Dalam bilik nak bertudung litup bajet boleh masuk Ustazah Pilihan ke? "Erkk .. tu pehal pulak rambut Jemah kaler Oren, rambut kau kaler Kelabu taik hanjeng?" Eh, pedulik hapenyer aku nak letak kaler apa hatta kaler biru anjing laut sekalipun. Kau hado?
Moral of the story: Jangan mudah terpedaya dan percaya segala kebaikan orang secara tetiba kerana kebaikan secara tetiba ini boleh meragut kebahagiaan anda dalam sekelip mata.ppppfffffffft -.-"
6 comments:
Hahaha..Mcm Biasa Berlaku Pd Sy..Haha
@Shafiq Hashim sy tak biasa wak .. huhu
kdg2, kebaikan org tue, ada mksd dia....hehhee
bertuah la baru bangun makanan depan mata. haha
@anne untunglah kan? huhu
@TiraPengemis agreed! penuh motif tsembunyi ..
Post a Comment