Blog Maknya Naura

Sunday, March 6

My 1st Give-Away by Shida & Esya
Tag dari Cik Qema kita. Tapi aku ada sedikit musykillah dalam kepala batu aku ni. Biasa kalau ada GA mesti ada syarat link or paksa follow blog tersebut. Sebab dia punya blog [http://iniqemapunyablog.blogspot.com/] so aku takleh nak macam². Bedal jela labu.

sori tak taw nak link ke mana
Syarat dia haruslah melengkap slogan saya suka buat blog kerana..
So aku pun melengkapkan slogan saya suka buat blog kerana tidak melebihi 250patah perkataan. Sekian.

Then macam biasa, syarat wajib letak. Tag beberapa blogger dan paksa diorang masuk jugak GA contest ni.
Calon²nya adalah...
  1.  Marjan
  2. Asy
  3. UMPblack
  4. Faiz **kena lagi haha
  5. Mamalisa
  6. Qira
  7. LM's
  8. perahotak
  9. Inani
  10. Uncle releven **tag jugak even tau dia tak main mende2 ceni haha
  11. Abang Vespa
  12. tubelawak

Friday, March 4

Mimpi, selalu aneh² (bhgn.2)
Sambungan daripada entri ini. Aku hampir terlupa. Huhu. Macam² nak dalam kepala sekarang. Kamu lupa² lagi. Nasib baik ada sahabat tolong ingatkan. Tak sangka pulak belog tak seberapa ni ada regular readers. Kembang jap bontot aku. Yelah tengok pada followers pon boleh agak betapa tak femesnya belog aku ni even almost 4 years berkeroncong kecimpung dalam dunia blogging. Kalau ada anak, dah boleh masuk taska pon. Mula la tu nak membebel. Straight to the point sebenar. Mula² susah jugak nak betul² lena. Then entah kapan, mimpi ke-2 bermula...

Gelap. Aku lupa starting dia cane. Huhu.

Tahu² aku berdiri di depan rumah Mak Long. Alah yang bela buaya kuda tu. Klik entri ini. Aku masuk ke dalam rumah, sunyi je. Mana sume orang? Aku ke dapur mengambek pinggan. Then ke meja makan, tengok bawah tudung saji kot² ada pape boleh aku cekik. Lapar kot. Tak ingat makan apa, maybe nasik. Sedap aku mencekik tiba² terdengar someone merengek merengus. Macam orang sesak nafas.

"Mak long.." Ku panggil. Sepi lagi. Aku continue makan. Kuak daun pintu kedengaran pelahan. Ku paling ke arah pintu bilik. Dekat je dengan meja makan tu. Pastu keluar Yaya, sepupu aku aka anak bongsu Mak Long. Baru 17tahun. Sweet 17. Sebaya dengan adik aku. Ditangannya tergengam sebilah parang berlumur darah. Tangannya juga. Muka bengis. Aku cuak.

cilok pix Yaya kat fesbuk
"Hey yah, mu wak gapo bawok golok dale bilik" Speaking aku kepada Yaya. 3-4 tahun jugak nuntut ilmu nak boleh fasih cenggitu. Yaya ke dapur. Ku dengar air sinki dibuka. Maybe dia cuci parang tadi. Aku tak puas hati. Aku bangun masuk ke dalam bilik. Curious jugak aku. Pemende la budak ni buat dengan parang segala. Takkan siang ikan dalam bilik kot. Al-maklumlah, anak pompan tunggal. Kije² dapor kat rumah neh memang kije dia.


Ya Allah! Bukan main terkejut beruk hamster aku dibuatnya. Terkulai tubuh Mak Long dan Pak Long di lantai bilik. Darah diserata tempat. Kat siling pon ada. Aku terkejut. Terkejut dengan apa yang aku lihat kini. Aku mula risau. Risau akan keselamatan sendiri. Tiba² Yaya muncul.

"Yah, mu wak kijo gapo neh? Bakpo demo tu" Kedengaran getar dalam suara itu.
Tiada parang ditangannya. Aku lega dikit.
"Kak, jange ngoyak sapo² deh." Dia menangis.
"Bakpo neh?Bakpo jadi ginih? Acu oyak!" Desak aku. Dia nangis lagi.
Bla.. bla.. bla..

Sori aku lupa² lagi dialog seterusnya. Yang pasti perasaan aku bercampur². Dilemma. Antara menuntut bela nasib si mati atau menyelamatkan nasib yang masih hidup. Keluarga. Bila disebut perkataan ini tiada lain yang lebih berharga. Tidak boleh dicari ganti. Mimpi ni pon takde penghujungnya. Entah sad or happy ending. Wallahualam.

P/S: Boleh bikin filem or novel mimpi aku ni. Huhu.

Tuesday, March 1

bila 'BODOH' terpancul dibibir
Aku memang suka kumpul baju selambak. Bukan pemalas ok. Student life, pepaham jela sibuk memanjang. Cukup seminggu dua aku basuh la. itupun sebab baju takde nak pakai. Kebetulan semalam kelas banyak cancel. So sesuai sangat aku membasuh baju yang menggunung tu. Baju² basah bawak dari Tioman tu kang membusuk pulak nanti. Balik kelas pagi tu terus aku humban baju² kotor dalam machine.

Then boleh pulak aku lupa amek baju² cuci kat machine. Petang tu baru ingat. Cis, gara² fesbuk la ni. Sungguh melalaikan. Aku berlari² comel ke tempat dobi. Makaih, ku dah agak! Samdol mana la campak baju aku keluar? Takleh letak elok² ke dalam bakul aku. Paling aku hangen stoken baru lagi mahal aku hilang sebelah, dasar tettt.. Ni kes ke-4 dalam sejarah aku basuh baju gune public machine hilang stoken sebelah.

Aku malas nak bebel panjang. Aku wat style baru, lukis komik. Memang kalau aku bengang aku lukis komik. Pedulik hape aku cantik ke tak. Ni nak kata manga pon tak, katun gila² pon tak, lukisan potret jauh sekali.

siap tahan dengan dagu & lutut nak tampung berat
Dah la tempat dobi jauh dari bilik ampaian. Aku sidai kat dalam sebab selain malas tak rajin nak membasuh, aku juga malas tak rajin nak mengangkatnya. Bawak pulak bakul baju seberat anak gajah. Aku gagahkan jugak dengan kaki sakit, demamnya lagi. Sadis kan? Sampai kat bilik ampaian, memang betul² tak mampu dah. Terus bakul tersbut terlepas dari pelukanku...

kutip².penat je basuh, kotor balek.
Jangan tanya kenapa lukis rambut ala² Korean artist gitu. Bukan Kak Limah Kg Pisang ok. Aku ni jenis rambut malas nak sikat. So serabai sikit. Stylo what. Haha. Tetapi malangnya, rambut tersebut memakan tuan. Ketika aku asyik mengutip baju² yang jatuh. Rambut tersebut telah menghalang 60% penglihatan aku.

cukup tajam sesuai dibuat tombak or lembing
Oleh yang demikian, pandangan aku juga terhalang daripada melihat bucu ampaian yang amatlah tajam pepenjurunya. Sampai sini dah boleh agak what will happen next right? Yeah, lihatlah lakaran kemalangan yang membawa kepada terpanculnya perkataan BODOH dibibir mungilku ini.


Air mata mengalir deras. Segala macam makian diterima oleh si besi ampaian. Tapi aku bukan jenis mulut puaka. Paling hebat pon b***h jela. Binatang² aku tak main. Dosa tau. Akibatnya kini, bila kepala sudah benjol aku dah tak boleh sikat rambut, syampu kepala, pakai helmet, lap rambut lepas mandi, ikat rambut, dan bela kutu pakai cekak.

Adeh! pedih², gosok²..
Hari ini nak sadiskan lagi cerita tersangkut pulak kepala kat bucu payung. Betul² kat tempat benjol. Perghh, wa cakap lu. Perit tak terkata der.Tangkap leleh dibuatnya. Sobbing. Moral of the story, sila sikat rambut kemas² dan ikat rambut ketat². Pakai tudung lagi bagus, menutup aurat.

P/S: Watak katun adalah lakaran semata. Langsung tak mirip dengan aku.
Tioman Island [part 1]
Sori la lambat update cerita vacation kat Tioman Island tempoh hari. Balik², terus aku diserang demam. Nasib baik, pagi isnin kelas sejam je. Boleh aku rest. Best tak kat sana? Cecite, cecite. Urm.. Seronok. Penat. Lapar. Basah. Panas. Duit habis. That all the words can i said to described it.

Bukan je seronok, sakit pon dapat. Kes mabuk laut sememangnya cukup sinonim dengan aku. Baru jejak kaki dalam kapal dah pening. Bayangkan bila kapal berlayar. Bajet cruise. Memang tak cukop plastik sampah. Rasa macam nak terkeluar organ² dalaman aku. Haha.

Balik² je demam. Sana-sini luka², calar-balar. Budak baik memang cenggitu. Rasa seronok sama balance dengan rasa seksa. Seronok sebab ciptaan Ilahi memang cukup indah, seksanya macam² penyakit dapat. Luka² kat kaki dan tangan. Kulit burn even dah pakai roadblock sunblock. Dah la kita ni tak berapa nak cerah, burn lagi.

terkena sirip ikan time snorkelling
Hari ke-2: Bngkak & bernanah sudah

Hari ke3: Bengkak surut. atett~ sob3

Ini ubat² yang aku guna. Ignore lappy.
Nak cepat baik kena rajin sapu ubat. Budak baik an. Kat sana, excited sangat sampai tak ingat sakit. Balik je, baru terasa. Jalan pon dah terincut² macam si capek. Padan muka!

Next: Something amazing me!