Then boleh pulak aku lupa amek baju² cuci kat machine. Petang tu baru ingat. Cis, gara² fesbuk la ni. Sungguh melalaikan. Aku berlari² comel ke tempat dobi. Makaih, ku dah agak! Samdol mana la campak baju aku keluar? Takleh letak elok² ke dalam bakul aku. Paling aku hangen stoken baru lagi mahal aku hilang sebelah, dasar tettt.. Ni kes ke-4 dalam sejarah aku basuh baju gune public machine hilang stoken sebelah.
Aku malas nak bebel panjang. Aku wat style baru, lukis komik. Memang kalau aku bengang aku lukis komik. Pedulik hape aku cantik ke tak. Ni nak kata manga pon tak, katun gila² pon tak, lukisan potret jauh sekali.
siap tahan dengan dagu & lutut nak tampung berat |
Dah la tempat dobi jauh dari bilik ampaian. Aku sidai kat dalam sebab selain malas tak rajin nak membasuh, aku juga malas tak rajin nak mengangkatnya. Bawak pulak bakul baju seberat anak gajah. Aku gagahkan jugak dengan kaki sakit, demamnya lagi. Sadis kan? Sampai kat bilik ampaian, memang betul² tak mampu dah. Terus bakul tersbut terlepas dari pelukanku...
kutip².penat je basuh, kotor balek. |
Jangan tanya kenapa lukis rambut ala² Korean artist gitu. Bukan Kak Limah Kg Pisang ok. Aku ni jenis rambut malas nak sikat. So serabai sikit. Stylo what. Haha. Tetapi malangnya, rambut tersebut memakan tuan. Ketika aku asyik mengutip baju² yang jatuh. Rambut tersebut telah menghalang 60% penglihatan aku.
cukup tajam sesuai dibuat tombak or lembing |
Oleh yang demikian, pandangan aku juga terhalang daripada melihat bucu ampaian yang amatlah tajam pepenjurunya. Sampai sini dah boleh agak what will happen next right? Yeah, lihatlah lakaran kemalangan yang membawa kepada terpanculnya perkataan BODOH dibibir mungilku ini.
Air mata mengalir deras. Segala macam makian diterima oleh si besi ampaian. Tapi aku bukan jenis mulut puaka. Paling hebat pon b***h jela. Binatang² aku tak main. Dosa tau. Akibatnya kini, bila kepala sudah benjol aku dah tak boleh sikat rambut, syampu kepala, pakai helmet, lap rambut lepas mandi, ikat rambut, dan bela kutu pakai cekak.
Adeh! pedih², gosok².. |
Hari ini nak sadiskan lagi cerita tersangkut pulak kepala kat bucu payung. Betul² kat tempat benjol. Perghh, wa cakap lu. Perit tak terkata der.Tangkap leleh dibuatnya. Sobbing. Moral of the story, sila sikat rambut kemas² dan ikat rambut ketat². Pakai tudung lagi bagus, menutup aurat.
P/S: Watak katun adalah lakaran semata. Langsung tak mirip dengan aku.
8 comments:
lme gak aku menghayati manga lukisan kau tu. ;p
aku rasa moral yang terbaek, pakai topi keledar time jemur bajula. takdela terhantuk sakit sangat. keh3
aku pon rasa cenggitu. huhu.
thx 4 the advice.
perli katun ak nmpk..
duduk menghayati ..
ada bakat .hehehe
sian.
nelly: bakat apekah? bakat mencarut ke? haha
nizam: ye
ati2 taw lain kali..
sbb kan emosi terlampau 2..
wat kan semua jadi kcau..huhu..
sangat2 kacau cik..
Post a Comment