PEPERIKSAAN ONLINE BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41 - Blog Maknya Naura

Monday, August 25

PEPERIKSAAN ONLINE BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41

Itulah tajuk email pertama yang aku baca dalam inbox pepagi buta tadi.


Ini dikira exam SPA ke-2 aku selepas Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang aku gagal dengan jayanya tahun lepas. Betapa hancurnya hatiku ketika menerima keputusan kegagalan itu, sampai aku dah move on, tanak berharap pada kerja kerajaan lagi.

Eh tak sangka dapat lagi offer Peperiksaan Online Bagi Memasuki Perkhidmatan Awam Penguasa Kastam Gred W41. Alhamdulillah. Walaupun tak se-eksaited dulu, kita cuba jelah. Mana tahu ada rezeki. Nak-nak online exam memang feberet aku. Mengimbau zaman study dekat U dulu, suka sangat kalau lecturer buat online exam. (nakal)

Nak tips? Tengok sini:
TIPS JAWAB ONLINE EXAM PENGUASA KASTAM GRED W41 2014
Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 2014
Penguasa Kastam W41 Contoh Soalan Peperiksaan Online

Atau engkorang google jelah senang. Semua dihujung jari kot. Kalau jari sakit, guna hidung pun boleh. Pesen hidung kembang pastu kemek macam aku, boleh juga guna lidah, lutut, siku, dagu atau mana-mana bahagian badan yang runcing. No excuses, kalau nak seribu daya ye dak?

Kepada yang first time buat online exam, tak tahu macam mana rupa online exam SPA boleh download PDF manual online exam SPA Penguasa Kastam W41 di pautan Tatacara Menduduki Peperiksaan Online (Manual Pengguna) atau Panduan Peperiksaan online.

Kalau tak pahampaham jugak baca manual dalam PDF, rasa serabut tak boleh imagine dalam kepala, jangan risau dan gundah gulana. SPA ada menganjurkan Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41. Semua calon digalakkan menyertai kursus ini dengan mendaftar melalui pautan aduan.spa.gov.my/SPAOutreach/W41.php.

Jangan ingat Exam SPA ini mudah. Nak pulak online exam, yang geng-geng pemalas gosok baju, mandi pagi pun mesti bersemangat sebab boleh jawab dekat atas katil sambil peluk bantal golek.

Berdasarkan Statistik Calon yang Lulus Exam SPA bagi tahun-tahun sebelum ini yang dilaporkan oleh pihak SPA menunjukkan tidak pernah sampai 5% pun calon yang lulus peperiksaan SPA. Rindu awak boleh cecah 200% tetapi tidak untuk SPA. TAK PERCAYA? Tengok sini: Statistik Pemohon SPA Yang Berjaya

Tips Jawab Online Exam daripada aku? (LIKE SERIOUSLY? HAHA) OK, aku bagi sikit tips boleh tahan berguna untuk engkorang yang juga akan turut serta exam 6 September ini,

1. BACA. Baca apa sahaja yang engko rasa berkaitan dengan exam. Jangan ada, "yang xxx tak masuk kot", konfem engko melalak keluar air mata darah kalau tetiba masuk pasal xxx dalam exam. Apa topik dan persoalan yang terlintas dalam kepala, cari tahu dan baca.

2. TANYA. Tanya sesiapa yang pernah sit exam yang sama or yang berkaitan. Kebanyakkan memang akan jawab, "Sorry, aku tak ingatlah". Kau push diorang suruh ingat jugak, if memerlukan, ugut letak pisau dekat leher diorang. Dapat pembayang sesikit pun jadilah. Kalau ada keluarga/kenalan/sedara mara/kawan yang kerja dibahagian kerajaan tersebut, lagi bagus. Boleh tanya direct.

3. HAFAL. Hafal susunan huruf pada keyboard. Hafal turutan nombor kat kakeleter. Hafal sifir. Hafal doa-doa yang berkaitan. Jangan lupa ini online exam bukan bertulis! Karang orang dah jawab soalan ke-49, kita masih terkial-kial nak taip eja nama sendiri.

4. PREPARE. Prepare (sediakan) apa? Preparelah laptop, internet access yang pawer nokharom, kalkulator, jajan secukupnya untuk kunyah-kunyah dan juga kepala otak. Tapayah sesibuk pegi kedai cari pensel 2B dengan pemadam faberkesel, pastu malam sebelum exam gilap kasut kulit. Ini online exam, engko bogel pun masih lagi boleh sit exam.

5. GOOGLE. Tapayah aku ulas details sangat, engkorang paling terer yang ini. Memandangkan ini online exam, lagilah senanglah nak cari jawapan. HAHAHA

dan yang paling pawer antara semua diatas,

6. DISCUSSION GROUP. Buat group #tolongsayajawabexamnantisayabelanjakuaci kat YM/Skype/Whatsapp/WeChat/Telegram/Forum dan invite semorang untuk tolong kita jawab exam. Calon-calon lain pun boleh join sekali. HAHAHA (mati kalau orang SPA baca ini)

Dah, ikut tips yang baik je. If masih ada rasa nak ikut tips yang acacah menipu, pakai tektik kotor, dan tidak jujur, lapangkan hati untuk baca ini: Hukum Meniru/Menipu dalam Exam.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku."
InsyaaAllah, kalau benar itu rezeki kita, ia pasti jadi milik kita. Akhir kata, mohon doa dipermudahkan segalanya daripada awak yang membaca. InsyaaAllah, amin.


6 comments:

miss kepeng said...

senarai peserta UPDATE

http://duniamisskepeng.blogspot.com/2014/08/promote-url-blog.html

Teja Evalea said...

@miss wawa Mekaseh invite, nnt kita join k ^^

Nurfilzahnurfya said...

good luck. saya belum penah ad rezeki nak dapat offer exam spa ni. huhu

Unknown said...

tahniah yew..hehe..semoga dipermudahkan urusan

Teja Evalea said...

@. . fil . . thanks fil, insyaaAllah rezeki fil akan dtg :)

@munirah rahman Amin. Tengs munirah :)

Unknown said...

kak teja, mekaseh bagi tips. kite baru first time nak ambik exam ni :)
blur tak tau nak buat apa. haha.
good luck kak :)