TRICK! Cara Atasi 'Disable Right Click' - Blog Maknya Naura

Saturday, August 30

TRICK! Cara Atasi 'Disable Right Click'


Ada orang Google search,

"How to disable right click on blog?"

Ada orang pula Google search,

"How to disable disable right click on blog?"

Sangat nakal. Majoriti buat disable right-click (nyahfungsi klik kanan) kononnya nak elak content blog/website dia dicuri. Hak cipta terpelihara (copyright). Betul, itu memang hak cipta engkorang yang engkorang perlu pelihara daripada si pentiru dan pengopi-pes yang pemalas taip sendiri.

But for me, disabling right click isn't security, it's just annoying the page visitors. Right-click je, keluar

"HAAAA! Buat apa tu? Nak tiru ea?"
"Maaf, kita tak izinkan awak mencuri hasil kerja kita."
"Siapa right-click, ketiak dia busuk."
"HAHAHA padan muka, tak boleh copy."

Kejam kan? Lepastu bila segmen/giveaway tak ada sambutan, mengamuk sendiri. Padahal dia disable right-click. So here, solution untuk masalah sebegini,

Tekan [Ctrl] + click atas gambar.
Lepastu 'Save-As' sahaja image tersebut.
ATAU
Tekan [Ctrl] + A (highlight)
[Ctrl] + C (copy) dan [Ctrl] + V (paste)
ATAU
Disable kejap JavaScript pada browser.

Contoh disable JavaScript untuk browser Google Chrome
Note: Step di atas hanya untuk window user sahaja.

Actually memana browser yang tak support function disable, worthless-lah juga usaha abang-kakak main code betul tak? Disebabkan itu, aku tak pakai function tersebut. Buatlah apa engkorang suka kat blog picisan aku ni. Baikkan aku? Heh

Ini win-win entri, jangan risau. Aku ada cara juga untuk elakkan downloader gambar kita memanipulasikan gambar tersebut dijalan yang salah. Watermark is the way to go. Tak tahu apa itu watermark? Google.

Baca: Useful Keyboard Shortcuts for Windows Computers untuk meningkatkan kepantasan, kecekapan, dan efficiency jari-jemari engkorang (blogger) ketika menggunakan PC.

Ada lagi cara lain tapi aku tak terbuka hati lagi nak share. Plus, kesian pada blogger yang dah penat-penat 'pagar' (disable right click) blog dia elak pentiru dan pemalas macam aku. Kihkihkih jangan marah haa..

P/S: To be honest, aku taip sendiri setiap post aku.

4 comments:

Unknown said...

Hehe tapi ilmu yg bermanfaat itu ialah ilmu yang dikongsikan.. tetapi mungkin ada baiknya juga yg copy entry tu creditkan juga kan? wallahualam..

Yun Sing said...

Betul T_T Annoying beb.. bukan nak buat apa pun.. nak copy alamat e-mail/Tajuk GA je..

Iola said...

sebenarnya tak kisah...tapi agak geram sikit la..bila kita nak join giveaway ..nak copy tajuk..tak pun nak buka link new tab bila nak blogwalk...huuu thanks for sharing

Teja Evalea said...

@Ibnu Ramli betul. kena kreditkan even gugel punya.. tapi xsemua apply.

@Yun Sing itulah, kita bkn jenis rajin sgt nak taip semua nak-nak tajuk yang panjang-panjang..

@Iola kan. copy tajuk tu hahaha.. samalah kita, pemalas bebenor