"Dia ni muka dah berubah banyak. Mesti suntik botox sana sini," kata si Munahnya.
"Mana kau tau...?"
"Kau boleh tengok sendiri la.. dagu dah panjang, muka dah runcing.." siap juih-juih bibir.
"Dia lose weight kot.." Positiflah kononnya aku ni.
"Lose weight jadah.. Aku minat dia dah lama, aku ikut perubahan muka dia. Ini sah cucuk ni...pokpekpokpek (nak menang)"
Kfine. Aku malas nak betah lagi.
Aku bukan optimis sangat atau terlalu bersangka baik sangatlah. Samada betul ke Umi Aida suntik botox ke pejadah, kita takda bukti melainkan sumber daripada cakap-cakap orang sana-sini je.
Tapi dalam hidup ni, aku cukup sedar yang benda kita tak tau, kita jangan buat tanggapan melulu.
*Perenggan yang selepas ini aku reka semata, jangan percaya secara membabi buta.
Aku dah rasa macam mana orang kampung aku dulu nuduh aku pakai susuk. Sebab-sebab wujud sifat suka buat assumption tanpa usul periksa camnilah. Nak buktikan aku takda susuk, aku sesaja lalu bawah ampaian diorang time nak pegi kedai ke nak pegi gumah jiran ke nak pegi gali ubi ke..
Banyak kot faktor lain kepada perubahan paras fizikal manusia -- Peredaran masa, usia, penurunan berat badan, perubahan cuaca, gaya hidup, alat mekap, kamera, software-software photo editing spt Photoshop, blablabla..
Takkan lah setiap kejadian tu punca dia cuma satu je.
Haihlah Munah Munawan.. Munah Munawan..
No comments:
Post a Comment