Blog Maknya Naura

Monday, July 22

Part 2: Berkecainya LCD screen 1+3T
Memikirkan aku dah habis RM290 dalam sehari, dan LCD bersalotep yang entah berapa lama boleh bertahan. Akhirnya aku gamble jugaklah beli via AliExpress for the first time. Fuh.

Tapi lepas tukar touch screen, saya perasan ianya agak kurang sensitif pada sentuhan jari. Nak taip Wassap tu memanjang typo je. Kadang-kadang kena tekan banyak kali baru keluar huruf. Hurmmm, adakah perlu tukar telefon baru atau tukar LCD je? hehe

Friday, July 12

Part 1: Berkecainya LCD screen 1+3T
Disclaimer: Ini kisah sedih, lebih sedih daripada babak salam mohon maaf dipagi raya.

Ya, satu-satunya phone termahal aku pernah ada (pada aku 1k++ dah terlalu mahal) telah retak LCD screennya. Bukan sekali, bukan juga dua,  tapi TIGA kali angkara si kecik tu. Yang kali ke-2, naik darah juga tapi memikirkan sayang anak lebih daripada yang lain, mak redha. Masuk kali ke-3, lali dalam ralat rasanya.

Kes 1
Dah lama sebenarnya aku perasan screen phone aku macam dah ternganga sikit bahagian bucu atas. Sebab anak aku rajin sangat umpil tepi tepi phone tu dengan jari runcing dia. Aku sangka yang ternganga tu screen protector. So buat tak kisah sangatlah sebab dah banyak kali aku tukar screen protector sebab si kecik tu jugak suka umpil dan baling-baling phone aku sampai retak protector. Aku sampai buat stock screen protector okay.

Then datang hari dimana phone aku jatuh sekali lagi. Sekali kutip, mak aih retak seribu. Aku tenang lagi. Ah, kena tukar lagi screen protector kata akulah. Aku pun tariklah yang kononnya nak buka buang screen protector pecah tu. Prakkk, terus berderai ye kaca-kaca halus. Screen gelap. Tekan-tekan, gosok-gosok, senyap tak berkutik weh. Kaca-kaca halus berhabuk dah ni.

Aku cecepat bungkus phone tu dalam plastik, so kaca screen tak bertebaran. Tak memasal je kalau kena angin masuk mata. Otak dah berkira-kira ni berapa harga lcd oneplus, yang pasti bukan murah untuk model rare macam ni. Kalau mahal sangat aku nak angkat phone baru je yang murmur je. Berat nafas weh phone takda.

Sampai office, google kedai repair oneplus. Dah la model rare, kalau iphone ke samsung ke belambak kedai repair. Survey harga dapat paling murah RM320, yang kedai memula aku call dia kata budget RM550. Nasib jantung aku sihat, kalau tak kena heart attack dah.

Survey lagi around RM300 tu handphone apa aku boleh dapat. Kalau spec lebih kurang, aku boleh consider (tahu RAM6gb tak dapatnya RM300 haha). Tapi itulah, tunggu repair tak tahu bila siap kan.

Balik kerja terus aku ke USJ, konon-konon nak singgah DDirect cari telefon baru. Tengok-tengok banyak kedai telefon, tiba-tiba terfikir apa kata walk-in tanya kedai repair berapa.

Ada satu kedai, agak besar. Masuk tu ada beberapa orang tgh sibuk packing barang. Wow banyak betul online order diorang.
"Dik, LCD 1+3T ada stock tak? Berapa ye?"
"LCD sahaja RM190 kak"
Eh murah sangat, aku dah budget hangus 300 tadi. Aku pun terus "ha, bolehlah dik", terus hulur phone dalam plastik. Dia belek belek lepastu,
"Siap pasang dengan frame, semua RM290 ye kak"
Pfft pulak dah.. congak laju otak aku masa tu. Beli baru atau repair je.

Habis masak fikir, repair jelah. Kalau beli baru, sama je akan datang aku repair jugak. Dari aku beli phone murah, baik repair yang ini trade in phone baru yang setara or up sikit, betul tak? Aku tak salah plan kan?

Sejam settle tukar LCD, burn RM290.
Alhamdulillah kembali bernyawa phone kesayangan hamba.

Sehari kemudian..

Kes 2
Ye, beza cuma sehari ye puan-puan dan tuan-tuan. RM290 aku, plastik cover pun tak tanggal lagi. Kau cakap macam mana aku tak angin? Tapi khilaf aku juga, leka. Aku memang dah plan taknak bagi si kecik tu pegang phone aku lagi, tapi yelah nak dijadikan cerita takda rezeki. Aku leka sesaat, laju tangan dia capai phone aku letak atas lantai.

Sesaat lagi phewwwww... terbang weh phone tu dia baling.

Habis doa harap takda pape, hmm terhantuk bucu ke lantai, kau ghase? Memang tipislah harapan takda pape tu. Masa ni aku memang naik angin, terus laki aku bawak lari anak dia sebab aku dah tinggi suara. Bergenang jugaklah air mata tahan rasa, baru semalam keluarkan RM290.

But then, aku kembali waras. Yelah budak kecik apa tahu, sendiri la salah cuai. Takkan nak bantai budak kecik takda akal lagi, duit boleh dicari (aku muhasabah diri dalam kesal). Ini masih boleh berfungsi pun aku dah bersyukur. Kalau sebelum ni padam terus, ha nak taknak keluar lagi duit. Adoilah anak, mak redha.

So memandangkan masih berfungsi, aku nak try survey harga online. Beli LCD, kalau murah nanti hantar kedai upah install je. Aku check Shopee dengan Lazada, harga lebih kurang jugaklah 150++, tapi kalau upah takkan sampai 100++ kan, so masih lagi jimat beberapa puluh ringgit.

Then search punya search, harga di AliExpress paling murah aku boleh dapat dalam RM90++ je untuk LCD tu. Murah sangatlah, separuh harga dari sebelum ni kot. Aku check Shopee dengan Lazada dapat dalam RM150++, tambah upah dalam RM100 (ikutkan harga kedai sebelum ni) jimat berapa puluh ringgit je.

Cuma masalah problem dia, aku tak pernah shopping di AliExpress. Boleh percaya ke? Lazada local tu pun bersepah scammer. Screen aku ni entah berapa lama dapat bertahan. Aku dah siap berseletep bagai dah ni, sebab kaca-kaca halus tu bahaya.

So agak-agak apa aku buat? Kita sambung next entry, laparlah pulak. Bye.



Wednesday, July 10

Tukar duit dengan Max Money
Hi guys.

Memandangkan bulan 8 nanti aku akan ke Bandung, so keraplah merisik currency rate MYRtoIDR. Kebetulan few months back before raya lagi aku ada beli discount coupon dengan Max Money di shopee. Tukar min. MYR500 dapat rebate MYR25 dengan coupon harga RM5, dapat rebate RM20 la sebenarnya. So that time, aku beli coupon untuk tukaran MYR500 (discount RM25) dan MYR1000 (discount RM50), sebab tak sure nak tukar berapa kan. Kalau tong-tong collect tukar untuk satu family rasanya banyak sangat dah dapat save.

Min. MYR1500 save RM60, wow kan?

So Max Money boleh buat tukaran online. Just website dia www.maxmoney.com/my/ macam ada problem untuk login after sign up. Berapa ratus kali aku try, tak masuk masuk hampeh betul. Belek lagi website dia, ada juga MaxMoney mobile app tapi coming soon. Ini betul ke boleh pakai, website tak boleh function pun? Tapi aku gamble jugaklah try exchange for IDR 3.5juta dulu dengan coupon MYR50 (rebate RM40).

Step dia,
1. Surf website MaxMoney/my
2. Pada SERVICES, pilih MoneyXChange.
3. Klik ORDER NOW, exchange currency seperti biasa.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi kebetulan rate dalam target aku IDR 1 juta = MYR293.50, so untuk IDR 3.5juta aku bayar RM977.25 sahaja. Kiranya aku dapat IDR 1 juta = MYR 282.10, wow ke tak wow? Of course la WOW! Nanti agihkan pada yang lain aku tolak 1juta RM285, untung lagi dohinggit 9posen haha #sisbijak

Masa exchange online, dia ada option express delivery to door within 3hours (of course ada extra charge) ataupun self-collect. Self-collect bersyarat, pick-up time is the next working day after 12PM selepas hari yang kita order. Bukan jam tu order bayar, jam tu juga dapat. Memandangkan ada branch dia yang reachable, self collect la senang kan jimat duit delivery RM25 (tolak duit minyak ke Port Klang sana pun macam lebih kurang je haha).

After payment, akan display invoice. Aku screenshot je okay, tak ada download button macam resit online banking. Email after purchase pun takda, pergh memang gamble habis. Silap sikit ter-off page invoice tadi, memang gelak dengan air mata jelah. Sign-in boleh, login tak boleh. Nakharam betul sistem dia.

Settle part online, masuk ke part collection.

Since aku request self-collect, so kena menapak la pergi MaxMoney Port Klang sana. Ini pun satu lagi minta maki. Sebelum ke sana, aku cuba la call untuk tanya status order aku, bila boleh collect apa semua. Eh call banyak kali, satu call musibat pun tak berjawab ea. Hotline number? Itupun haramjadah juga tu, tak angkat juga.

Gamble lagi, pergi jelah sebab tengok online open hour sampai 6pm.

Hari Jumaat, aku sampai dalam 1:30pm. Roller shutter kedai tutup separuh. Buka ke tak ni? Aku tanya kedai sebelah dia cakap orangnya pergi solat Jumaat. Okay, tak lama pun kan ni pun dah nak pukul2 so aku tunggu.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, 4:00pm batang hidung manusia pun takda nak buka kedai tu. Gila apa! *crying* takkan aku nak kena tunggu sampai pukul6 alahai !@#$%^ betul.

Aku dah start enjin nak blah ni, barulah ada lelaki India berbaju melayu terkedek-kedek buka kedai. India muslim kot. Dalam bengang, aku turun juga dah lama tunggu kot takkan nak blah gitu je. Aku masuk kedai tu selepas dia,

"Eh takda transaction harini, pergi kedai sebelah" dia arah aku.

Peh gitu kau tanya customer. Seriously macam kita ni masuk nak merompak gaya dia tengok tu. Sebelah tu memang ada IME. Patut tanyalah dulu ada urusan apa, seriously rude pada aku. Dah la lama aku tunggu kau. Aku cakap aku nak claim online order, itupun dia tanya banyak ke. Eh rasa nak mencarut je. Rosak jumaat aku dari pagi mencarut.

Tapi malangnya semalang-malangnya la haritu. Tak boleh juga claim order aku sebab aku tak print out invoice. Dia tak terima softcopy, padahal boleh je print terus kat pejabat dia tu. Adoilah keling betul. Baliklah aku dengan hampa dan perasaan bodoh.

Esoknya aku datang balik, Alhamdulillah setel juga. Benda senang jadi payah. Murah tapi service kelaut, bodoh juga ye. Serik? Yes, mak serik.

Tuesday, June 25

I'm coming back after a long time away!
Hai to those yang masih follow or ingat, alhamdulillah aku masih hidup! Haha. Tiba-tiba rindu zaman blogging, valid lagi ke untuk doribusemilanbelas ni?

Lama tak nampak?

Yes, I haven’t posted since before the birth of my daughter (weh aku dah ada anak), now 1year and 2 months old. "before" tu 2014 kot, LIMA TAHUN LEPAS weh. Although I had every intention of continuing to blog long long very long times ago, biasalah reality nak hidup duduk selesa berdiri tegak macam orang, bina rumah tangga sampai ke nak caring for a newborn made this a bit challenging. Major life changes in these 5 years back, macam mana nak keep up blogging.

It's okay, I'm already here *gasp*

Now that my little munchkin is a bit older, I’m ready to get back into the swing of things, armed with a whole slew of new family- and baby-related topics to write about. But not sure yet how often do I will typically post, tengok rajin.

Dengan design blog, kau tengoklah sendiri macam sadis sikit. Punyalah keanak-anakan (eceh konon matang sangatlah lepas 5tahun). Ada masa aku renovate, sementara ni pakailah mana ada.

Iklan pun dah expired LOL

So yeah, aku takdalah making an epic comeback. Banyak boleh share tapi I'm not comfortable with those social medias yang tengah up sekarang. The point is to just get going again. So, welcome back & happy blogging to me!

Tuesday, September 16

Day 10 - Your favorite song ever
Orang kata, save the best for last. Tak sangka kita dah sampai ke hari terakhir untuk 10 Day Music Challenge. Fuh! Bukan senang. Gigih hari-hari gali lagu kot.

Actually lagu-lagu favourite aku semua dah diluahkan dalam entri-entri untuk 10DMC sebelum ini. So apa lagi lagu best nak letak ni? Hmm..

(setelah 5jam 32minit dan 14saat berfikir)

Telefon menyanyi-nyanyi.

Okay, dah tahu! Inilah lagunya yang konon feberet sangat tu. (mata ke atas tangan menaip) Kahkahkah

AMARAN: Hanya untuk orang yang mengantuk dan lemau tak bersemangat. Yang tengah sakit kepala dan berserabut otak dilarang sama sekali untuk mendengar lagu ini.


Aku kaki anime. Hantu anime sebenarnya. Dan lagu Mugen Loop ini adalah second ending song untuk anime Kaichou wa Maid-sama! (Boleh tengok di youtube) Aku dah pakai lagu ini as my ringtone dekat setahun lebih. TAK TUKAR. Setiap kali hempon aku berbunyi, satu rumah alert kot. Kat office, aku mute. Kalau tak, ada kang kena baling dengan fail. Hahaha.


Day 1 - A Song That Reminds Me of Myself (Zombie - Cranberries)
Day 2 - A Song They Should Play at My Wedding (A Thousand Years - Christina Perri)
Day 3 - A Song that Makes Me Laugh (Miow Miow Poona - Kandasamy)
Day 4 - A Song You Would Sing To My Crush (A Drop in The Ocean - Ron Pope)
Day 5 - A Song That Makes Me Want To Dance (One in Million - Neyo)
Day 6 - A Song I Listen To On Repeat (Mewangi - Akim ft. The Majistret)
Day 7 - A Song That You Hate (#gilabola - Joe Flizzow)
Day 8 - A Song You Are Secretly Obsessed With (Titanium - David Guetta ft. Sia)
Day 9 - A Song That Makes You Think Of Your Family (1234 - Aris Ariwatan)


Monday, September 15

Liebster Award Lagi!
Ini yang ke-3 daripada Sara Liyana, 2 lagi kat sini >>> Liebster Award. Jangan jelly --

Rupanya Liebster Award ini adalah untuk discover blog-blog baru. Kira untuk bagi semangat berblogging. Jangan jadi macam aku, blogger paling fail. 5 tahun dah buat blog, aktifnya setahun sekali. Sebab itu aku layak dapat Liebster Award banyak-banyak. Nampak permainannya? Kahkahkah.


The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

Soalan daripada Sara Liyana,

1. Pernah selfie duckface?
Tak pernah. Tak sanggup nak buat.

2. Kalau pernah apa perasaan lepas tengok gambar tuh sekarang?
So tak payah jawab soalan ni kan? Yeayyy..

3. Benda yang tak kan pernah lupa sampai sekarang?
Benda? Baju sekolah. Err...

4. Benda nakal pernah anda buat?
Banyak. Paling nakal, ada one day tu aku tak siap kerja sekolah. Bila cikgu mintak, buku homework tu aku hantar jugak sebab takut didenda. Waktu rehat, aku sesenyap pegi bilik guru curik balik buku aku dengan buku kawan aku. Aku tiru laju-laju dan hantar semula. Lega. (ini nakal ke jahat?)

5.Subjek paling tak suka dari zaman sekolah?
Geografi.

6. Hadiah harijadi yang hampa sentiasa impikan?
Keterlaluan tak kalau aku cakap jongkong emas? Tak kannn.

7. Kalau dah kahwin apa jawapan yang diberi kalau orang tanya 'ko bila lagi' , kalau belum kawin apa jawapan hampa nak prepare?


8. Longhat negeri yang tak berapa nak faham?
Sarawak.

9. Colour baju yang paling banyak?
Merah.

10. Hampa paham dak bahasa utaqa?
Padiaaaaaa?

11. Tak tau nak tanya apa , hampa jawap lah ikut suka.
Meh aku yang tanya kau, apa yang kau hampa sangat ni? Dari tadi asyik hampa-hampa. Luahkan je.


Nominate 11 other bloggers yang kurang daripada 500 followers. Hmm malas boleh? Awak-awak yang rasa berkelayakan, ini saya bagi awak-awak. Yang dah kena tag dalam Liebster Award sebelum ini, jangan nak lari. Aku tahu ada yang belum buat lagi.


11 soalan daripada aku untuk engkorang jawab. Tak susah pun, baling dadu je.

*Mohon tak kisah dengan penggunaan 'aku-kau' dalam ayat. Muah ciked! :*
  1. Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat, kenapa?
  2. Perkara paling gila pernah kau buat.
  3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
  4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
  5. Barang paling kau sayang.
  6. Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
  7. Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
  8. Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
  9. Perkara paling sweet pernah kau buat.
  10. Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
  11. Kalau kau adalah sejenis haiwan. Haiwan apa kau nak jadi?

Aku kopipes soalan aku sebelum ini. Layankan jelah. Haha k I'm done! *smile*


Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family
One more to go. Yeayyyyy!

Lagu yang mengingatkan aku pada keluarga. Okay, tetiba kena berfikir secara teruk. Banyak lagu cinta kekasih melebihi lagu untuk keluarga. But I got one song yang kalau aku dengar mesti terikut-ikut menyanyi..


Part suara kanak-kanak verse awal tu, comelnyaaaaaaaaaaaaaa. Sebak pulak kita dengar.*kesat air mata* Budak-budak dulu kalau nyanyi dengar suaranya ikhlas je, bukan macam sekarang.

Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua.. sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

(Air mata bergenang lagi) :')

[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[DONE] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With
[DONE] Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family
[NEXT] Day 10 - Your favorite song ever


Sunday, September 14

Day 08 - A Song I'm Secretly Obsessed With
Kita teruskan lagi cabaran untuk hari ke-8 dengan lagu yang aku obses secara senyap-senyap. LOL. Obses dengan lagu secretly? Macam obses dengan laki orang pulak.

Actually banyak lagu aku obses, antaranya dah dinyatakan dalam cabaran A Song That Reminds Me of Myself dan A Song That Makes Me Want To Dance

Titanium - Versi original ke cover ke akustik ke instrument, semua aku suka. Suka sangat-sangat. Sangat-sangat suka. Obses ke gini? Dan aku sangat-sangat naik angin kalau dalam contest nyanyian, peserta nyanyi lagu ni pastu tak sedap. Rasa macam nak ikat ketat-ketat orang tu kat pokok pastu letak sarang kerengga dalam baju dia.

Galau by 5 Minutes. Galau Dato Siti pun best jugak tapi belum sampai tahap obses haha. Ada ke yang tak suka lagu ni?


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[DONE] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With
[NEXT] Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family


Saturday, September 13

Day 07 - A Song That You Hate
Aku kurang gemar lagu rap dan hip-hop, nak-nak yang diorang restyle balik lagu lama kepada rap. Kesian aku dengar lagu sesedap dirosakkan camtu. Aku tau kalau aku list lagu-lagu rap hip-hop yang aku tak suka (banyak sangat), ada kena carut aku jakgi. Kakakaka.

Aku bagi satu contoh lagu aku dengar sekali lepas tu kalau dengar lagi confirm aku off,


Lagu-lagu rap or hip-hop bukanlah tak sedap langsung tapi kalau dibuang part rap tu lagi sedap. Just my two cent. Kbai *cabut*


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[NEXT] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With


Liebster Award

The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.
Wah, susah jugak dapat award ni. Bersyarat bagai ngalahkan Oscar. Haha. Haritu dapat The Versatile Blogger Award, kali ini Liebster Award. Apa sey liebster? Libresse tahulah. Hiks

Oh anyway, thanks to Iwan (istanalarangan.blogspot.com) and Amiez (amieznuown.blogspot.com) who nominates me to this award. Menang 2 award sekaligus, kau hado?



Daripada Iwan -- Soalan-soalan ni dia kopipes je soalan Faeytynn. Pemalas mengalahkan aku. Cubit sikit dak Iwan ni Tynn. It's okay, kita layankan. So here we go,

1) Korang ade impian tak? Klo ade dah tercapai?
Mestilah ada. Ada yang dah, ada yang belum. Tak tanya impian apa kan? K next!

2) Pernah tak berlaku suatu perubahan dalam hidup korang? Perubahan baik atau buruk?
Pernah, 2-2 pun pernah. Tak tanya perubahan apa kan? K next! Kahkahkah

Okay-okay, aku cerita sikit. Contoh perubahan baik pernah berlaku dalam hidup ini adalah sekarang aku dah bekerjaya. Daripada budak yang nakal (seriously nakal), boleh masuk kolej, kemudian universiti dan sekarang dah bekerjaya. Alhamdulillah.Yang buruk pulak, hmm.. entah. Haha. Apapun, niat hati itu penting. Nak berubah kena ada strategi dan sikap positif.

3) Samsung atau iPhone atau Sony? Korang rasa?
Ini macam bandingkan cupcake, pavlova, dan lempeng. Kalau ikut rasa, aku pilih lempeng. Lempeng boleh cicah sambal ikan bilis ke, gula ke, susu pekat ke.. Pehh kecur liur. (lari topik)

4) Kalau dapat peluang pergi melancong,korang rasa better pergi Europe atau Asia?
Mestilah Europe. Kita dah berada di Asia, rugilah tak merasa berada di benua yang lain.

5) Ada bela kucing? Berapa ekor kucing korang ada?
Ada, seekor jantan jenama parsi. Tapi bukan aku bela, mak yang bela. Malas uruskan binatang, aku sendiri tak terurus. Haha.

6) Ada "crush" tak? Kalau ade, kenapa korang suka die?
Dulu adalah, zaman anak-anak gadis merenyam. Suka sebab tampan, kacak, gagah, macho, cool, wangi, bergaya, mutu dan keunggulan. Biasanya si dia merupakan atlete/kaki sukan.

7) Rumah korang ade Astro tak? Ape channel favourite korang?
Ada. Takda favourite, semua channel yang tayang cerita best aku tengok.

8) Kalau pergi jalan-jalan atau keluar rumah, korang selalu pakai pakaian formal atau casual?
Keluar rumah pakai formal memang kena bahan sekampung. Kahkahkah. Pakai selekeh je, selipar, jeans, tshirt dengan tudung. Dah.

9) Contact lens atau Spec? Korang rasa?
No to both. Alhamdulillah, mata saya masih dalam keadaan baik. (saya gittew)

10) Umur bila korang ada handphone?
Form3, 15tahun.

11) Thank you atau terima kasih?
Ini soalan ke, google translate? Terima kasih kerana bertanya. Muah ciked!


Daripada Amiez --

1) Sejak bila anda berblogging? kenapa?
Since 2009, dah hampir 5 tahun. WOW! Hahaha, baru sedar. Tapi untuk 2014, start blogging bulan lepas. Kahkahkah

2) State '7 things' that describe yourself. ^^
Comel (tipu), nakal, fun, awesomely annoying (kah!), sport people, pemalas and sarcastic.

3) Print screen wallpaper yang korang guna sekarang, then upload. tell me why u like to use the wallpaper.
Desktop ke? Seriously kena print screen? LOL. Hope tak terkejut. Kahkahkah


Semua benda aku save kat desktop. Problem? Disebabkan itu aku memerlukan wallpaper yang banyak ruang plain colour, senang nak cari file. Air tu saja kasi sejuk mata memandang.

4) Apa yang korang suka makan untuk breakfast tiap-tiap hari?
Hari-hari roti. Roti hari-hari. Tak roti canai, roti ikan bilis. Tak roti ikan bilis, roti bakar sapu butter dengan gula. Hari-hari. Sebab aku paling malas buat breakfast.

5) Apa cita-cita korang waktu kecik-kecik dulu?
Arkitek. Sampai sekarang still bercita-cita untuk jadi arkitek.

6) Apa peristiwa yang korang tak boleh sangat lupa sampai ke hari ini?
Banyak. Antaranya peristiwa balik rumah jalan kaki balik dari sekolah yang sejauh hampir 10km, itupun lepas menunggu dekat 2 jam kat sekolah. Ayah aku tertidur, tak teringat ambil anak dia ni. Gewghammm.

7) Apa yang korang nak sangat buat dalam masa terdekat ni?
Kawen. Kahkahkah kalau bolehlah. (goncang tabung ayam)

8) Apa perancangan korang untuk masa depan, let say 10 tahun akan datang?
10 tahun lagi dah 30-an dah aku. Hmm, berharap untuk ada bisnes yang maju dan sedang berkembang.

9) Andai anda berjumpa dengan kawan lama yang memang dah lama tak jumpa, what is the first thing u want to tell him/her?
"Eh, lama tak jumpa. Apa dah nama kau?" (mmg pesen aku susah ingat nama orang)

10) Senaraikan nama orang-orang yang anda terpikir sekarang. kenapa? Haha
Alamak! Tengah fikir pasal kerja, ingat nama bos jelah. *sigh*

11) what do you think about my blog??
Diary budak nerd? Simple dan clean. Aku suka. Tak berserabut. Nampak la blog student yang nerd. Hahaha. Betul ke student?


11 blogger bertuah yang ditag untuk Liebster Award adalah.. (calon-calonnya)
Eh terlebih! Takpelah, biasa calon-calon untuk award memang ada lebih kan? Hiks


Oh-oh, ingat dah habis. Ada lagi. 11 soalan daripada aku untuk yang telah dinominate diatas, mohon dapat jawab. Tak susah pun, baling dadu je.

*Mohon tak kisah dengan penggunaan 'aku-kau' dalam ayat. Muah ciked! :*
  1. Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat dan kenapa?
  2. Perkara paling gila pernah kau buat.
  3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
  4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
  5. Barang paling kau sayang.
  6. Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
  7. Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
  8. Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
  9. Perkara paling sweet/romantik pernah kau buat.
  10. Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
  11. Secara jujurnya, pendapat (impression) kau tentang aku? *asah parang*
Soalan mengarut kan? Layankan jelah. Haha k i'm done! Yang tak ditag, nak jugak award ini. Silakan, anggap aku tag korang secara telepati. Kahkahkah. Happy blogging!


Friday, September 12

Day 06 - A Song You Listen To On Repeat
Aku tahu orang lain dah ramai habis dengan 10 Day Music Challenge mereka, aku masih ada 4 hari lagi. Fuhfuh..

Okay, hari ke-enam dengan lagu yang aku selalu dengar berulang-kali. Kau ghase? Perasan tak lagu dalam blog aku ni? Haa.. terus autoplay repeat sampai muntah. Everybody by Ingrid anak Micheal.

Omputeh lagi? Kebetulan je lagu-lagu aku suka semua omputeh, bukan sebab anti lagu local. Aku sama macam orang lain, dengar lagu baru lepas tu rasa lagu tu macam best, mesti aku download dengar ulang-ulang sampai lebam. Pastu jumpa lagu lain, ulang step sama.

Current song yang aku tengah repeat on--


Siapa kata aku tak dengar lagu Melayu? Pewlissss..


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[NEXT] Day 07 - A Song That You Hate Day


Thursday, September 11

Promosi Canadian Pizza RM10 je!
Pernah makan pizza Canadian Pizza?

Okay, kita tukar soalan.

Pernah dengar kedai Canadian Pizza?

Ah engkorang kenal Pizza Hut dengan Dominos je. Yang duduk area Selangor, anda bertuah sebab Canadian Pizza buat promotion nokharom murah. Only RM10 for 1 regular Thin Crust Pizza. Nak makan situ boleh, nak bawak balik pun boleh. Kalau malas sangat takut tapak kasut kotor, call delivery.

Cawangan Canadian Pizza Malaysia. Jangan risau, confirm halal.


Al-kisahnya aku beli kot-kot kena outstation ke sana nanti, bolehlah melantak tempat best dengan harga murah. Beli 2 voucher, so boleh makan 2 bijik pizza dengan harga RM20. Yumyum! Pizza hunter begins, jyeahh!

Siapa boleh tahan tengok benda alah ini beb? Kecur liur baq anggg..

So, grab cepat sebelum voucher habis! Tinggal sikit je lagi. Beli voucher disini: Canadian Pizza RM10!



Day 05 - A Song That Makes You Want To Dance
Assalamulaikum dan selamat pagi dunia!
Hamboih, ceria kemain.

Hari ke-5 untuk 10 Day Music Challenge, lagu yang membuatkan kita mahu berdansa ala Beauty and The Beast.

Aku tak reti menari. Langsung tak reti. Tapi suka tengok orang menari start sejak tengok Mari Menari Step Up. Geng-geng flash mobbers. Aku taklah up-to-date sangat movie-movie wayang, so start dengan Step Up 3D barulah cari yang lain. Benda yang berkaitan dengan street dance ni actually seronok lebih, nak dibandingkan dengan salsa, tango, waltz, dan lain-lain yang buat aku rasa macam nak tidur guling-guling sampai jatuh katil. Broadway dance pun best. Apapun, tarian tradisi melesia tetap paling best.


Eh ini music challenge ke movie challenge? Kahkahkah.

Okay, back to the topic. Ada cakap pasal broadway tadi kan? Aku suka sebab macam comel dan cool giler diorang. Nak-nak yang jans-jans, gewgham nengok abang-abang bertuxedo. Kacak kemain. So the song for today,


Ne-yo, one of my favourite singer. Lelagu dia semua buat aku addicted, especially Miss Independent, sebab aku rasa dia nyanyikan lagu tu untuk aku. Kahkahkah. Over sangat. Lagu one in million pun aku obses sampaikan step dance dia aku hafal. Nampak tak fanatiknya aku dengan lelagu Ne-yo?


P/S: Semua pengaruh So You Think You Can Dance, tahu je jenis-jenis tarian dunia. Haha.


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 05 - A Song That Makes You Want To Dance
[NEXT] Day 06 - A Song You Listen To On Repeat


Wednesday, September 10

SEGMEN BLOGGERS: 20 FACTS ABOUT ME
Kata Cik POP, "At least , kita kenal bloggers dan readers..bukannya setakat follow you, follow me back.."

Rasa terpanah didada 2 minit. Kah!



Okay, kita sahut cabaran segmen Cik POP. Here we go, 20 fakta mengenai Teja..

Eh, kejap-kejap. Hmm aci tak kalau aku sambung daripada The Versatile Blogger Award? Dah ada 7 facts disitu. Bolehlah ea. Muah ciked! *ngelat* Kahkahkah

Sambung,

8. Tinggi 165cm. Ketinggian ini adalah petite dikalangan penduduk Europe dan dikatakan macam hantu galah dikalangan penduduk Malaysia.

9. Tak ada dan tak pernah beli heels. Sebab? Rujuk fact no.8

10. Kemahiran trengkas atau Kelajuan Menaip Bahasa Melayu: 72 p.s.m. (hegeh giler)

9. Hadiah termahal pernah aku belikan untuk  birthday orang adalah sebijik TV 43" -- cash! Pastu berbulan aku catu makan dan nafsu shopping. Kah!

10. Bekas pelajar KMNS (alumni) dan pernah jadi fasilitator minggu orentasi KMNS untuk 3tahun

11. November,04 is my birthday. Dah tahu kan? Start kumpul duit sekarang, belikan hadiah aku.

12. Mudah terpesona dengan lelaki yang memasak. Maybe sebab my dad pandai masak. Aku tak pernah miss tengok Hot Guys Who Cook -- from here, I'm crazy in love with Erwan Heussaff.

Homaigadd! Homaigadd! *scream like a crazy fanatic fan*

Hey Erwan, tell me how can I don't love you?

13. Tak kenal jenis-jenis sayur berdaun dan jenis-jenis ikan (selain ikan bilis, ikan paus dan ikan sardin dalam tin). Aku pernah kena maki dgn mak sebab disuruh beli daun kari, aku pegi beli kangkung. Kau ghase? Kalau pergi market, kerja aku tukang tolak troli je.

14. Walaupun fact no.13 memalukan aku sbg seorang perempuan, tapi aku hebat memasak. Campak-campak je dalam kuali, konfem sedap.

15. Walaupun aku masak sedap, aku tak suka pulak makan apa yang aku masak. Kalau makan pun takat jamah je. Orang lain masak lauk hangus pun, aku makan dengan penuh berselera macam ada bela saka.

16. Alergi (elegik) dengan nenas. Yes, NENAS.

17. Sangat independent dan tidak suka menyusahkan orang. Tayar kereta pecah pun aku tak kalut carik orang tolong, aku tertonggeng-tonggeng sorang-sorang tepi jalan tukar tayar sendiri.

18. Berdarah Melayu-Siam-Jawa. My mom Jawa, my dad Melayu-Siam. Raya haji tahun ini, kami beraya di negara Sawadhikappp, yeay!

19. Suka sungai daripada laut. Suka gunung daripada pulau. Suka kampung daripada bandar.

20. Wanita bekerjaya. Wanita ke? Kah! Nak tahu aku kerja apa? Guess the emoji Guess the picture.

Yes, I do this everyday, everyday and everyday. #zzz

Nak tahu lebih lanjut, PM me. Kahkahkah. *smile*


Day 04 - A Song You Would Sing To Your Crush
Orang lain dah nak habis, aku baru masuk hari ke-4. Kfine!

Lagu yang akan aku nyanyikan untuk crush aka seseorang yg sangat aku minat, fallen in love rom the first sight dgn dia tetapi aku tak berusaha utk memiliki dirinya, lepas tu bila nampak dia dengan orang lain, aku mogok lapar, nangis kat bucu katil sendiri bersedih tepi gobok.. Gittew, fuh senapas!


It's just a drop in the ocean
A change in the weather
I was praying that you and me might end up together
It's like wishing for rain as I stand in the desert
But I'm holding you closer than most 'cause you are my heaven

Pergh ini kalau aku bebetul nyanyi lagu ni sebijik gaya Ron Pope depan crush, konfem macam kena calit minyak dagu dia angaukan aku. Kahkahkah. Berangan jelah, seperti mana kita berangankan crush kita tu pun crush dengan kita. Eh pening.


P/S: Suka main Candy Crush kat hempon orang, sendiri punya malas nak download.


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 04 - A Song You Would Sing To Your Crush
[NEXT] Day 05 - A Song That Makes You Want To Dance


Giveaway September by Karya Mahirah

Tuesday, September 9

Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
I'm back! Kita sambung 10 Day Music Challenge yang terbengkalai last week --

To be honest, tak pernah lagi aku dengar mana-mana lagu dan aku tergelak. Seriously. Mungkin adalah lagu-lagu dengan lirik-lirik kelakar tapi respon paling hebat aku senyum je. Ke aku bosan sangat? Blergh.

Tapi, tapi -- 

Ada music video yang buat aku gelak. Music jugak kan. Kena tengok, baru boleh gelak.

AMARAN: [PG13] Penonton di bawah 13 tahun perlu bimbingan ibu bapa atau penjaga.


Keseluruhan lagu-lagu dalam movie Kandasamy semua boleh buat kau gelak. Cerita ni pernah main kat TV3.

"Kau layan Tamil?"

Okay ini rahsia, jangan bagitau sesiapa. Sebenarnya bila aku seteghes teruk, aku akan layan movie tamil. HAHAHA. Kan dah gelak, baru taip belum tengok lagi. Tamil kalau bab bertumbuk dengan joget pawer nokharom. Sangat laju. Sangat over. Sangat tak masuk dek akal.

Kelakar ke idokkk? Kalau kelakar, gelaklah KAHKAHKAH. Kbai.


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[NEXT] Day 04 - A Song You Would Sing to Your Crush


Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

Saturday, September 6

KIV 10 Day Music Challenge
Oleh kerana aku terlalu sibuk (bajet) dan perlu outstation untuk beberapa hari ini, maka tak dapatlah aku meneruskan 10 Day Challenge. Arghhh tanak kalah! tanak kalah! Nanti aku balik, aku sambung boleh? *ngelat* Tak berturutan tak apa kan? Heh




Untuk yang juga turut serta challenge ini, feel free to drop link entri kau kat sini okay. Aku nak baca. *smile*

[NEXT] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh


Friday, September 5

GIVEAWAY BY ZYRAZHR
Demam giveaway belum berakhir lagi. Satu lagi untuk hari ini, panas-panas lagi baru keluar oven.


Tag tiga orang? Dengan kuasa random.org, yang dipilih utk ditag adalah
  1. Budak
  2. Cik Mimie
  3. Aiman Arif 
*Tipu je pakai random.org tu hahaha. 

Yang tak ditag jangan sedih. Boleh join sama. Macam biasa, picit saja banner ittewwww.

Expired: 20 September 2014