Liebster Award - Blog Maknya Naura

Saturday, September 13

Liebster Award


The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.
Wah, susah jugak dapat award ni. Bersyarat bagai ngalahkan Oscar. Haha. Haritu dapat The Versatile Blogger Award, kali ini Liebster Award. Apa sey liebster? Libresse tahulah. Hiks

Oh anyway, thanks to Iwan (istanalarangan.blogspot.com) and Amiez (amieznuown.blogspot.com) who nominates me to this award. Menang 2 award sekaligus, kau hado?



Daripada Iwan -- Soalan-soalan ni dia kopipes je soalan Faeytynn. Pemalas mengalahkan aku. Cubit sikit dak Iwan ni Tynn. It's okay, kita layankan. So here we go,

1) Korang ade impian tak? Klo ade dah tercapai?
Mestilah ada. Ada yang dah, ada yang belum. Tak tanya impian apa kan? K next!

2) Pernah tak berlaku suatu perubahan dalam hidup korang? Perubahan baik atau buruk?
Pernah, 2-2 pun pernah. Tak tanya perubahan apa kan? K next! Kahkahkah

Okay-okay, aku cerita sikit. Contoh perubahan baik pernah berlaku dalam hidup ini adalah sekarang aku dah bekerjaya. Daripada budak yang nakal (seriously nakal), boleh masuk kolej, kemudian universiti dan sekarang dah bekerjaya. Alhamdulillah.Yang buruk pulak, hmm.. entah. Haha. Apapun, niat hati itu penting. Nak berubah kena ada strategi dan sikap positif.

3) Samsung atau iPhone atau Sony? Korang rasa?
Ini macam bandingkan cupcake, pavlova, dan lempeng. Kalau ikut rasa, aku pilih lempeng. Lempeng boleh cicah sambal ikan bilis ke, gula ke, susu pekat ke.. Pehh kecur liur. (lari topik)

4) Kalau dapat peluang pergi melancong,korang rasa better pergi Europe atau Asia?
Mestilah Europe. Kita dah berada di Asia, rugilah tak merasa berada di benua yang lain.

5) Ada bela kucing? Berapa ekor kucing korang ada?
Ada, seekor jantan jenama parsi. Tapi bukan aku bela, mak yang bela. Malas uruskan binatang, aku sendiri tak terurus. Haha.

6) Ada "crush" tak? Kalau ade, kenapa korang suka die?
Dulu adalah, zaman anak-anak gadis merenyam. Suka sebab tampan, kacak, gagah, macho, cool, wangi, bergaya, mutu dan keunggulan. Biasanya si dia merupakan atlete/kaki sukan.

7) Rumah korang ade Astro tak? Ape channel favourite korang?
Ada. Takda favourite, semua channel yang tayang cerita best aku tengok.

8) Kalau pergi jalan-jalan atau keluar rumah, korang selalu pakai pakaian formal atau casual?
Keluar rumah pakai formal memang kena bahan sekampung. Kahkahkah. Pakai selekeh je, selipar, jeans, tshirt dengan tudung. Dah.

9) Contact lens atau Spec? Korang rasa?
No to both. Alhamdulillah, mata saya masih dalam keadaan baik. (saya gittew)

10) Umur bila korang ada handphone?
Form3, 15tahun.

11) Thank you atau terima kasih?
Ini soalan ke, google translate? Terima kasih kerana bertanya. Muah ciked!


Daripada Amiez --

1) Sejak bila anda berblogging? kenapa?
Since 2009, dah hampir 5 tahun. WOW! Hahaha, baru sedar. Tapi untuk 2014, start blogging bulan lepas. Kahkahkah

2) State '7 things' that describe yourself. ^^
Comel (tipu), nakal, fun, awesomely annoying (kah!), sport people, pemalas and sarcastic.

3) Print screen wallpaper yang korang guna sekarang, then upload. tell me why u like to use the wallpaper.
Desktop ke? Seriously kena print screen? LOL. Hope tak terkejut. Kahkahkah


Semua benda aku save kat desktop. Problem? Disebabkan itu aku memerlukan wallpaper yang banyak ruang plain colour, senang nak cari file. Air tu saja kasi sejuk mata memandang.

4) Apa yang korang suka makan untuk breakfast tiap-tiap hari?
Hari-hari roti. Roti hari-hari. Tak roti canai, roti ikan bilis. Tak roti ikan bilis, roti bakar sapu butter dengan gula. Hari-hari. Sebab aku paling malas buat breakfast.

5) Apa cita-cita korang waktu kecik-kecik dulu?
Arkitek. Sampai sekarang still bercita-cita untuk jadi arkitek.

6) Apa peristiwa yang korang tak boleh sangat lupa sampai ke hari ini?
Banyak. Antaranya peristiwa balik rumah jalan kaki balik dari sekolah yang sejauh hampir 10km, itupun lepas menunggu dekat 2 jam kat sekolah. Ayah aku tertidur, tak teringat ambil anak dia ni. Gewghammm.

7) Apa yang korang nak sangat buat dalam masa terdekat ni?
Kawen. Kahkahkah kalau bolehlah. (goncang tabung ayam)

8) Apa perancangan korang untuk masa depan, let say 10 tahun akan datang?
10 tahun lagi dah 30-an dah aku. Hmm, berharap untuk ada bisnes yang maju dan sedang berkembang.

9) Andai anda berjumpa dengan kawan lama yang memang dah lama tak jumpa, what is the first thing u want to tell him/her?
"Eh, lama tak jumpa. Apa dah nama kau?" (mmg pesen aku susah ingat nama orang)

10) Senaraikan nama orang-orang yang anda terpikir sekarang. kenapa? Haha
Alamak! Tengah fikir pasal kerja, ingat nama bos jelah. *sigh*

11) what do you think about my blog??
Diary budak nerd? Simple dan clean. Aku suka. Tak berserabut. Nampak la blog student yang nerd. Hahaha. Betul ke student?


11 blogger bertuah yang ditag untuk Liebster Award adalah.. (calon-calonnya)
Eh terlebih! Takpelah, biasa calon-calon untuk award memang ada lebih kan? Hiks


Oh-oh, ingat dah habis. Ada lagi. 11 soalan daripada aku untuk yang telah dinominate diatas, mohon dapat jawab. Tak susah pun, baling dadu je.

*Mohon tak kisah dengan penggunaan 'aku-kau' dalam ayat. Muah ciked! :*
  1. Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat dan kenapa?
  2. Perkara paling gila pernah kau buat.
  3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
  4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
  5. Barang paling kau sayang.
  6. Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
  7. Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
  8. Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
  9. Perkara paling sweet/romantik pernah kau buat.
  10. Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
  11. Secara jujurnya, pendapat (impression) kau tentang aku? *asah parang*
Soalan mengarut kan? Layankan jelah. Haha k i'm done! Yang tak ditag, nak jugak award ini. Silakan, anggap aku tag korang secara telepati. Kahkahkah. Happy blogging!


11 comments:

Unknown said...

thx tag..hadoi2, jenuh nk mnjawab neh.. huhu

Teja Evalea said...

@Miss Yana kannn? jawab yang bawah je HAHAHAHA

Unknown said...

kahkahkah. kau stalk aku ke weh. tak la banyak mana orang tag aku. tapi aku bangga kau tag aku. ingatkan kau lupa nak tag aku. kang aku jawab soalan kak teja :)

aku gelak je baca jawapan ko. penoh kot desktop ko. muah ciked :)
minat armel ye.

Teja Evalea said...

@budak bukan stalk, dah mana-mana pegi mesti nama kau naik. Hahahah

Armel? Armel mana ni?

mrpolie said...

Tq lah tag... Huhuhuhuhu.. InsyaAllah ada kelapangan gua akan jawab soklan2 ni.... huhuhuhuhhuhu

norhasnizakhalid said...

mak aiiih soklan dia,. sengaja je kan.. cubit pipi baru tahu,. ok.. tunggu mama jawab nanti okeh..

Unknown said...

http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-teja-evalea.html

nah aku dah jawab. sekang aku tunggu jawapan kau plak. haha.

Anis Farhana said...

takutnya soalan last tu hahaha T.T

J said...

Saya dah jawab!

http://hamsterkentut.blogspot.com/2014/09/liebster-award-dari-kak-teja.html

Yun Sing said...

Soalan best :D Tapi tanak jawab :p Siyesly semua simpan dekat desktop? Wow. Sikitnya xD Pernah jalan ke sekolah dan jalan balik dari sekolah yang sejauh lebih kurang 3-4 kilometer.. Dahlah hujan T_T

Yun Sing said...

Soalan best :D Tapi tanak jawab :p Siyesly semua simpan dekat desktop? Wow. Sikitnya xD Pernah jalan ke sekolah dan jalan balik dari sekolah yang sejauh lebih kurang 3-4 kilometer.. Dahlah hujan T_T