SEGMEN BLOGGERS: 20 FACTS ABOUT ME - Blog Maknya Naura

Wednesday, September 10

SEGMEN BLOGGERS: 20 FACTS ABOUT ME

Kata Cik POP, "At least , kita kenal bloggers dan readers..bukannya setakat follow you, follow me back.."

Rasa terpanah didada 2 minit. Kah!



Okay, kita sahut cabaran segmen Cik POP. Here we go, 20 fakta mengenai Teja..

Eh, kejap-kejap. Hmm aci tak kalau aku sambung daripada The Versatile Blogger Award? Dah ada 7 facts disitu. Bolehlah ea. Muah ciked! *ngelat* Kahkahkah

Sambung,

8. Tinggi 165cm. Ketinggian ini adalah petite dikalangan penduduk Europe dan dikatakan macam hantu galah dikalangan penduduk Malaysia.

9. Tak ada dan tak pernah beli heels. Sebab? Rujuk fact no.8

10. Kemahiran trengkas atau Kelajuan Menaip Bahasa Melayu: 72 p.s.m. (hegeh giler)

9. Hadiah termahal pernah aku belikan untuk  birthday orang adalah sebijik TV 43" -- cash! Pastu berbulan aku catu makan dan nafsu shopping. Kah!

10. Bekas pelajar KMNS (alumni) dan pernah jadi fasilitator minggu orentasi KMNS untuk 3tahun

11. November,04 is my birthday. Dah tahu kan? Start kumpul duit sekarang, belikan hadiah aku.

12. Mudah terpesona dengan lelaki yang memasak. Maybe sebab my dad pandai masak. Aku tak pernah miss tengok Hot Guys Who Cook -- from here, I'm crazy in love with Erwan Heussaff.

Homaigadd! Homaigadd! *scream like a crazy fanatic fan*

Hey Erwan, tell me how can I don't love you?

13. Tak kenal jenis-jenis sayur berdaun dan jenis-jenis ikan (selain ikan bilis, ikan paus dan ikan sardin dalam tin). Aku pernah kena maki dgn mak sebab disuruh beli daun kari, aku pegi beli kangkung. Kau ghase? Kalau pergi market, kerja aku tukang tolak troli je.

14. Walaupun fact no.13 memalukan aku sbg seorang perempuan, tapi aku hebat memasak. Campak-campak je dalam kuali, konfem sedap.

15. Walaupun aku masak sedap, aku tak suka pulak makan apa yang aku masak. Kalau makan pun takat jamah je. Orang lain masak lauk hangus pun, aku makan dengan penuh berselera macam ada bela saka.

16. Alergi (elegik) dengan nenas. Yes, NENAS.

17. Sangat independent dan tidak suka menyusahkan orang. Tayar kereta pecah pun aku tak kalut carik orang tolong, aku tertonggeng-tonggeng sorang-sorang tepi jalan tukar tayar sendiri.

18. Berdarah Melayu-Siam-Jawa. My mom Jawa, my dad Melayu-Siam. Raya haji tahun ini, kami beraya di negara Sawadhikappp, yeay!

19. Suka sungai daripada laut. Suka gunung daripada pulau. Suka kampung daripada bandar.

20. Wanita bekerjaya. Wanita ke? Kah! Nak tahu aku kerja apa? Guess the emoji Guess the picture.

Yes, I do this everyday, everyday and everyday. #zzz

Nak tahu lebih lanjut, PM me. Kahkahkah. *smile*


9 comments:

Unknown said...

selamat berkenalan..:)

Teja Evalea said...

@Sofu Hashim selamat berkenalan juga ^^V

Unknown said...

wah..tinggi nya..hahha..Thanks join segmen :)

Unknown said...

psstt...dont know pla erwan tu chef..haha..nmpk video dia nyanyi ada lah..

Unknown said...

tak aci ngelat.. hehehe
dtg singgah sini kembali..

Unknown said...

alamak, rendah sikit dr kak teja. haha. aku pon masak main2 campak2 je tapi aku makan syok sendiri.
nak pm camna? haha.

aiman mania said...

erwan tuh bukan makhluk dr filipina khonnnnnn?

Mila Ahmad said...

mila lepas kawin tiba2 tak suka nenas bole????heeee...

suka baca cara penulisan awak, mila follow.

Unknown said...

singgah dari segmen yang sama
http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/new-segmen-bloggers-20-facts-about-me.html